Tanya budak-budak nak lalu jambatan or naik feri. Semua pilih feri. Masing-masing excited je dapat naik. Angin pun bukan main kuat lagi. Untuk hari pertama ni, kami tido di hotel budget. Kahkahkah. Kami bermalam di Cititel express. Hotel ni dekat bandar and mall.
Aktiviti malam pertama terjah nan cis dengan nasik beriani claypot. Lepas tu round mall sambil ambik peluang tengok wayang. Malas nak berjalan-jalan dulu. Kita tunggu semua ada baru kita round satu Penang.
Keesokkannya, bersiap-siap untuk check out and cari sarapan. Disebabkan tak tau nak makan apa, cari la gerai yang jual nasik lemak. Tengok macam laku nauu je. Beli laa 3 bungkus untuk alas perut pagi tu. Rasa ok laaaa. Macam nasik lemak biasa la kan. Apa yang luar biasanya. Sambil-sambil menunggu abang tu bungkus, aku suruh la budak-budak ni ambik gambar omak sekeping dua buat kenangan.
Sementara nak menunggu semua sampai, kami berjalan-jalan laa dulu area bandar. Dalam pukul 11, husband aku dah ajak pegi pekena Deen Maju nasik kandar. Perut apakah ni???. Aku ni kenyang lagi. Husband aku kate malas nak beratuq jap lagi. Kang tengahari sure ramai orang. So mari la telan nasik kandar pukui 11 pagi.
Dah sudah makan, pergi tapau durian sikit nak bawak pergi apartment. Sebelum tu kami pergi ke Taman Botani Penang. Kalau pergi Penang, wajib singgah sini. Bak kate mak aku, nak jumpe kawan monyet/beruk.
Taman Botani menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah
kedai menjual tumbuh-tumbuhan, surau, tram selain tarikan taman-taman
khas seperti Taman Jepun, Taman Herba dan Eco-Stream Walk.
Aku naik tram, berhenti masuk kawasan hutan-hutan sikit. Syok la jugak. Lepas tu kalau ko malas jalan, ko tunggu je la tram datang jemput ko. Takyah kuar peluh jalan. Aku rasa kalau jalan memang kurus ko. Luas jugak kawasan dia.
Aku sertakan alamat and waktu operasi. Senang kang kut ada nak rujuk.
Alamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 8pm)
Waktu Operasi (Rumah Pokok): Selasa dan Khamis (930am – 1230pm, 2pm – 430pm), Sabtu dan Ahad (930am – 1230pm, 2pm – 6pm)
Harga tiket: PERCUMA
Sudah beriadah di Taman Botani, zass ke Fort Cornwallis. Bukan apo, kat situ selain ko nak tengok hasil peninggalan sejarah, ko jugak nak mengisi perut dengan mee sotong Hameed. Tapi sedihnya, beratuq punya panjang. Tak rela aku nak melenguhkan kaki aku beratuq. Last-last kami pergi gerai sebelah, order coconut shake. Hehehe. Jadi laaa. Pekena air sudah. Budak-budak dah tak sabar nak pergi apartment. Nasib ada buaian ni. Bleh la bagi dorang leka kejap.
Apartment aku review lain ek. Tapi memang puas hati laa. Sampai letak beg, semua zikir nak pergi kolam. Kolam apartment takde untuk budak. So memang dalam laa. Aku memang takmau berendam pun. Aku jadi tukang pegang towel and teman je laaa. Bak kate budak-budak ni, sejukkkkkk. Kejap je budak-budak ni berendam Mana taknya kolam dok atas langit. Memang laa sejukkkk.
Malam, bila semua dah ada, masing-masing nak makan nan cis and beriani claypot. Aku dah lupa yang ni dekat mana. Tapi yang ni dekat dengan mall yang pastinya. Kapitan restaurant aku tak sure ada berapa branch. 1st day aku makan yang dekat Lebuh Chulia, yang ni dekat mall. Ku sudah lupaaa. Harap ampun.
Makan masing-masing tak hinggat. Sorang satu roti nan. Itu pun tak cukup, nak order lagi habis sudahhhhh. Sedap memang sedap. Tapi bila berita keluar kate kotoq, haishhhhhhh. Teringat-ingat apa ko makan malam tu. Selesai makan, tawaf mall dulu sebelum balik.
Malam ni kena tidoq awal, sebab esok nak buat banyak aktiviti dekat Penang Escape Theme Park. Yang tu aku cerita dekat entry lain ok.
No comments:
Post a Comment