Monday, December 9, 2013

Dayre -1

Tak semua ada accout Dayre kan. Semenjak ada Dayre, makin malas aku nak update blog. Kat Dayre lagi senang. So rasanya aku akan buat satu entry untuk Dayre. Apa yang jadi kat aku dalam seminggu ni. Enjoyy.

Aku kayuh basikal 7km dah semput. Kalori burn pun ciput je.. kena tingkat usaha lagi ni.

Kat ofis buat closing ceremony Healthy Body Healthy Mind. Ada poco-poco ko..

Sempat pergi BBW. Pergi Sabtu pukul 11.30 mlm..jem yabg ampun. So rrpet hari Ahad. Pukul 9 pagi dah terpacak kat sana.

Buku pilihan Syafiq. Semua yang ada muka Dinosaurs dia nak.

Si Lofa yang comel. Pinjam seminggu biar si Syafiq and Sarah tak takut kucing.
      

Wednesday, December 4, 2013

WW-18

Bila makan terus jatuh cinta. Tak terfikir nak cari dekat Malaysia. Semalam berjalan-jalan terjumpa. Harusla beli sebungkus. Nyummm...

Thursday, November 21, 2013

Random Pic - 9

Dah balik dari Langkawi nak dekat 2 minggu, tapi mood nak update takdok lagi. Gambar pun tak transfer lagi dari kamera. So random pic hari ni kita layan gambar dari handphone cikai saja ek. Ada la dua tiga keping gambar dekat Langkawi and Perlis.

Kita stay dekat Kuala Perlis sehari and ni hotel yang kita tido semalaman. Hotel ni kita pilih lepas baca blog Kak D Green Apple. Nanti kita review pasal hotel ni pulak. My version pulok.

Alang-alang dah sampai sana, kita singgah ke tempat belajar kita dulu-dulu. Last datang sini tahun 2003. Berubah giler la UUM. Aku sampai tak kenal dah mana hostel aku dok.
 Laksa Kak Su. Semua kata sedap. Tapi for me so so je laaa. Ikut tekak masing-masing kan. 

On the way nak ke sini aku demam panas. Lupa pulak Perlis cuti jumaat. Mengelupur cari klinik. Nasib la ado klinik yang bukak. Sekali Dr check demam panas and tonsil bengkak. 

 Dekat jeti. Ramaiiiiiinyeeee orang. Yang ampunnnnnn.

 Dalam feri. Budak-budak excited sebab first time naik. 

Last sekali Sarah and waris Mahsuri. Sapa yang cantik. Hehehe.

Wednesday, November 20, 2013

WW-Part 20

Toys Muzium Penang. Dulu ada satu tapi rasanye dah tutup. Toy muzium ni best sebab semua mainan lama-lama. Kat luar ko dah tak nampak dah mainan ni. Kat sini je yang ada.

 Kasut roda ni dulu aku ada. Pakcik aku punya. Sekarang punya dah cantik and moden kan.

 Benda ni ko boleh test main weiii...ape lagi kan, cuba laaa.


 Tin-tin susu

 Kereta mainan


Game dulu-dulu. Sekarang orang main PS3 PS4 wii ..ada ke PS4..main tembak je aku ni

Ok dah abis. K Bai.

Tuesday, November 19, 2013

Padi House @ Putrajaya

Last Saturday ada Little Ihtifal Genius Aulad di Putrajaya. Malam sebelum tu aku ada Annual Dinner. Balik rumah dah pukul 1 pagi. Pukul 2 lebih baru tido. Esok pagi-pagi dah terpacak dekat sini sebab nak tengok si Syafiq buat persembahan. Dia tak graduate lagi. Ada lagi setahun dia nak bertapa dekat GA ni.

Gambar Little Ihtifal tu dekat entry lain ek. Sekarang aku nak cerita pasak Padi House. Dah lepas habis event, semua kepenatan dan kelaporan, so kita decide makan dekat sini ajer. Aku first time masuk Padi House. Yang aku tau dia banyak branch. Salah satu dekat Putrajaya. Tempat ni aman damai nak makan. Very cozy gitu. Ko nak makan pun tenteram je. Disebabkan nak test, kita order sikit-sikit je dulu. Almaklumla, kalau tak sedap takdo la nak ralat sangat. Price pun tak mahal tak murah. Sederhana gitu. Lupa nak snap gambo harga makanan. 

Padi house ni aku bagi 4.5/5.0 star gitu. Makanan sedap. Air sedap. Kek sedap. Ayam goreng pun sodap. Tapi sayang, hari tu nak order pavlova and kek ape ntah lagi satu. Pavlova abis and lagi satu tu tak jual satu slice. Kena beli satu kek. Sebelum nak beli satu kek kena rasa dulu kan. Last-last order cheese kek sajo. Favorite si Syafiq ni. Gambo kek pun takdo. Semua macam phirana makan.

Ok. layan je la gambo yang ada. gambo tuan tanah takdo. Tuan tanah tengah proses mengemukkan kuruskan diri sendiri.
 
 
 
 
 
 
 
  
Location :

Padi House,  
Galeria PjH, Jalan P4W, 
Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100 Putrajaya.

Padi House
No. 29, Jalan Radin Bagus 3
Bandar Seri Petaling
57000 Kuala Lumpu

18 Jalan P Ramlee, 
50250 Kuala Lumpur, 
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

 

Wednesday, November 6, 2013

WW- Part 19

Mulut nak makan macam-macam. Tak padan dengan perut kempis buncit. Ada hati nak makan macam-macam. Nah. Sapa baik hati nak belikan makanan kat bawah. Angkat tangannnn.

 






Tuesday, November 5, 2013

Business Kad-Kedai Batik Di Pasar Payang

 Ini sebahagian dari kedai pakcik makcik aku di Pasar Payang. Nanti aku update lagi bila dah dapat kad dari dorang semua. Selamat bershopping semua.








Monday, November 4, 2013

Ke Terengganu lagiiiii

Ini pun cerita basi. Bulan dua punya cerita. Hoiii..gila lama. Orang dah nak abis tahun dah. Punya la lembss tuan tanah kedaung ni. Balik Terengganu ni adhoc plan. Pagi datang breakfast rumah mama, tiba-tiba dorang cakap "jom balik ganu". Macam la ganu tu sejam dari Bangi kan. Tapi ape kisah. 8 jam pun sanggup ku redah sebab nak makan sutun celop tepung.

Gerak la dari Bangi kul 2 macam tu. Seperti yang dijangka, dekat tol Karak jem tak henggat. So ape lagi, ikut jalan lama yang macam ular kena palu. Nasib la lepas genting sempah semua clear. Cuma sumbat dekat tol gombak je kut. Sampai area Dungun dah maghrib. Dah sembahyang semua singgah Kuala Kemaman untuk dinner and makan sata. Kalau pegi Kuala Kemaman, pergi la kedai Aziz Satar. Aku cadangkan makan satar and seangkatan dengannye. Kalau makan masakan panas macam ikan bakar ke tomyam ke..kureng sikit.

Sampai rumah nenek dah pukul 12 malam. Ape lagi kan, terus la tido. Esok banyak aktiviti. Lusa nak balik pulak. Esokkan, tempat pertama pergi pasar payang. Disebabkan gerak asing-asing, so tempat perjumpaan dia kedai atok aku, kat Jalan Banggol. Kedai ala-ala gudang la. Barang-barang yang order semua humban sini. Tapi kat sini ada jugak jual songket dan lain-lain sejenis dengannye.

 Syafiq kat kedai "ayoh"

Tujuan pergi pasar payang untuk berjumpe dengan "pakcik and makcik" aku. Dorang ni semua ada kedai kat pasar payang ni. Dah masa singkat kan, kita jumpe sini je la. Nak pergi rumah sorang-sorang ambik masa. Selain tu nak cari stok keropok la, rempah la, laksa la, macam-macam la nak beli.

 Melepak dengan pakcik makcik..update story panasss

 Makan lagiiii..budak-budak paw atok aiskrim

Petang pergi pantai Teluk Ketapang. Aku paling suka kedai ni sebab sotong, ikan and udang dia fresh. Besar-besar and portion dia sesuai dengan harga dia. Tapi maybe ada yang tak kena taste kan. So ikut masing-masing la. Kat sini aku suka order 3 tu la. Udang, sotong and ikan. Nyum-nyum. Ini baru di namakan sotong celup tepung. Bukan cekodok sutun. Kedai ni satu je tak best. Air. Ko order la air ape, semua tak best kecuali Kelapa buah. Kalau kelapa letak dalam gelas pun tak best. Banyak ais dari air. Manis pun manis air gula.

 Tunggu makanan sampai

 Tunggu lagiii...

Malam ke "China Town". Jangan main-main, Terengganu pun ada. Kat belakang tu dia dah tambak and hias cantik-cantik. Takde la menarik sangat. Tapi ok la dari dulu. Dulu belakang ni kosong je kut. Aku pun tak penah jejak kaki kat belakang ni. Kira 1st time la ni. 

 Awal-awal budak-budak dah pow mak pak masing-masing

 Sarah the Princess

 Ni muka-muka belengas sebab panas

 Ini je la yang ada pun. Lampu-lampu macam kat I-City Shah Alam

Lusanya nak gerak balik. Port perjumpaan adalah di Pantai Batu Buruk. Aku nak bagi budak-budak main pasir kejap

 Pantai yang tak boleh mandi. Takut tengok ombak besarr

 Budak ni jumpe pasir suka laaa..

 Ibu mok-mok dengan anak mok-mok..

Sampai Bangi dalam pukul 5. Selesai balik Terengganu. Akhir cerita aku hadiahkan gambar budak panjang akai..budak kuat ngamok..kuat marah and kuat nangis. Sapa lagi kan..Sarah laaa.

 

p/s: Nanti aku tempek business card pakcik makcik aku. Kut ada yang melancong ke sana, boleh la cuba nasib. Kut-kut dapat diskaun kan.