Friday, December 24, 2010

Selamat Sudaa!!!

Meh la sini aku story mory skit pasal pengalaman aku bersalin kali ni..Pengalaman ni berbeza skit dari bersalin si papik..yang ini mencabar fizikal, mental & emosi aku..heheheh..

Ahad 5.12.2010 pagi- aku dah rasa sakit2 dalam 1/2 jam skali..sakitnye bleh tahan la..tegang gile perut aku..hari tu jugak MIL aku ada buat makan-makan pagi..so berangkat la aku anak beranak ke puchong..mak aku ckp jgn bsalin dlm perjalanan dah..aku cuma senyum n kate x mungkin sbb kalau dah sakit kerap sangat aku akan balik secepat mungkin..

Kat rumah MIL sakit dah jadi 15 minit skali..aku makan pagi tu sikit je..xde selera sebab perut menegang sangat

1.00 t.hari- aku dah rasa sakit makin kerap..masa ni aku dah ajak laki aku balik..tapi xde la aku kabarkan kat dia sakit makin kerap..aku buat diam jer n sambil tu dok tahan sakit..on the way nak balik sempat la aku suruh laki aku beli cendol dengan rojak mamak..rasa nak makan sangat2..masa tunggu mamak tu bungkus..sakit dah makin kerap..sampai rumah dok kejap..pastu ambik pinggan & cawan..melantak tak henggat..heheheh..dok terbayang hari ni sure bersalin..

2.30 ptg-dah abis makan..baring2..masa ni sakit dah 10 minit skali..laki aku ajak g hospital..tapi aku taknak..selagi bleh tahan aku nak tahan..aku dah terbayang kut2 sakit mcm ni bukak dah 5cm ke..kalau betul ok la..kut2 baru 1cm..masak aku nak dok kat ward..dalam kul 3 air ketuban aku pecah..masa nak pecah tu aku dok tahan sakit..tiba2 dengar bunyi "pop"..pastu terus rasa air..perkataan pertama keluar dari mulut aku.."ohoh..air ketuban dah pecah.."..air ketuban dok keluar jer..aku pakai pad pun lencun gak..aku xnak pakai kain batik..so aku gigih gak pakai seluar g hospital

3.00 ptg- g azzahrah..terus naik tingkat 2..nurse suruh duduk dulu..aku kate xleh sbb ketuban keluar..pastu dia suruh masuk bilik nak check cik V and pasang CTG..pas dah check dia cakap dlm 10 minit 2 kali aku sakit & bukaan baru 3cm..3CM ko..alosss...lama lagi aku nak menunggu beb..so dia call dr and dr suruh warded..dok la aku kat ward..


masih bleh senyum walaupun masa ni sakit perut yang amat..tgh buat CTG

3.30-5.00 ptg- aku dah ada kat wad masa ni..1/2 jam pas tu nurse dtg bg ubat berak..terus zass ke toilet..berak..masa ni aku bleh tahan lagi sakit..dah nak dekat kul 5 aku rasa macam nak teran..aku try tahan sbb takut belum bukak lagi..lagi tahan lagi sakit..nak tak nak suruh la laki aku panggil nurse..kena la seluk lagi cik V aku..baru bukak 5cm..adoiiiyaa...baru 5cm..

Nurse suruh tolak aku p labor room..dok la aku kat situ..dia tanye gak nak ubat ke tak..tapi aku takmau..selagi aku bleh tahan aku tahan..

6.00-7.30- Masa ni aku dah tak tahan..sakit bukan kepalang..rasanye dlm kul 7 cik V aku diseluk lagi..bidan cakap dah 9cm tapi kepala baby tinggi..dia suruh aku teran..macam mana aku nak teran..tangan dia dok dlm cik V aku..sakit wooo..aku cakap aku tak leh teran..sakit sbb tangan ada dalam.pastu bidan kata dah 10cm..tapi kepala tinggi lagi..dia suruh je aku teran sambil dia dok siap2kan aku nak bsalin..teran la aku berkali2..nak terberak aku sampai aku konpius aku nak berak ke nak beranak..sbb x rasa baby nak kuar kat cik V..rasa nk kuar kat vontot..ropa2nye dah terberak..sian dorang..kena bersihkan..aku pelik sebab aku dah berak tadi..hmmm..xpe la kan..

pastu aku rasa macam pedih kat cik V..ropa2nye dr dah gunting..tiba2 rasa nak meneran dengan gilanye..aku pun teran..dalam labor room..dr & nurse suruh teran sampai kepala keluar..aku rasa dah mcm kepala nak keluar..tapi tak cukup nafas..kali kedua kepala keluar..kali ketiga bahu keluar..pastu lega selega-leganye..hilang semua rasa sakit aku..

Dr letak baby atas dada aku..alhamdullilah..semua sempurna & sihat walafiat..tiba masanye dr besihkan aku n JAHIT..tang jahit awal2 aku suruh bius..dr bius n aku tak rasa kena jahit..rasa la dr buat ape..tapi tak rasa sakit..aku tanye banyak ke kena jahit..dia kate sikit je..bagus ler..pas siap jahit..aku cakap sakit perut..dr kate uri nak kuar..pas uri kuar..aku dah lega sbb semua dh selesai..akhirnye...

Baby masa ni nurse tengah bersihkan..siap semua bagi hubby aku utk iqamat..gembira aku semua selamat.


baby sarah beberapa minit lepas dilahirkan

aku lupa nak tanye dr awat letak dia dalam ni..


Masa dok menunggu nak dihantar ke wad..aku cakap kat dr perut aku still sakit..dia pun cakap maybe rengat..adoii la..malam tu pas telan pain killer..ingatkan ilang la sakit tu...hampess..takdonye..dah malam tu aku susah nak tido sebab sakit..3-4 hari gak la nak hilangkan sakit rengat ni..

ok sekian cerita bersalin aku..aku rasa aku tutup kedai dulu la kut..nak ngandung lagi..tunggu aku sedia mental & fizikal..hehehe



Thursday, December 23, 2010

Mau Kenal Dengan Anak Dara I....

Mau kenal dengan anak dara En Shahril & wife terchenta (aku le tu..:) yang terbaru..jeng..jeng..jeng..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Sarah Eizzaty Shahril
05.12.2010
3.06kg
Az-Zahrah, B.B.Bangi


p/s: masa lahir muka mcm atok..now dah lain wei..nanti aku tempek gambar baru budak ni..


Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAAPPYYY BIRTHDAY TOO MEEEE!!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!
WOHOOOOO!!!!



Hari jadi aku hari ini beb..tapi sayang..xleh p makan-makan sbb masih dalam kepantangan lagi..

Hadiah ape yang aku nak..hahahaha..ikut mr hubby la nak bagi ape pun (dlm hati ni nak mcm2..bleh mintak ke)..aku terima ngan tangan terbuka..chewahh..kut2 esok lusa keluar entry wishlist yang panjang sejela..hehehe..

Aku harap dengan pertambahan umur ni menjadikan aku semakin matang xdo dah rasa sentap2 ni..dapat perbaiki kerjaya+gaji aku dan lain2 termasuk jadi wife yg baik& rajin dan ibu yang kurang garang..huhuhu..

okla..choww..xdak idea dah..




Thursday, December 16, 2010

Happy 4th Anniversary

HAPPY 4TH ANNIVERSARY
TO
MY LOVELY MR HUBBY
LOVE U SO MUCH!!!!!


Aku sudah lupa hari ni wedding anniversary aku wehhh...ini semua pasal kepala weng...berapa malam x cukup tido gara2 si sarah..nampaknye anniversary ni tak gi mana la..dok umah saja..maybe pas abis pantang baru fikir apa mau buat or kasi kat laki ku yang disayangi..heheheh..

p/s: aku hutang banyak cerita..semua dah dlm draft..cumanya takdak idea mau mengarang..


Monday, December 13, 2010

Rengat

Aku pernah dengar perkataan Rengat ni masa kawan aku bersalinkan anak ke dua dia..dia cakap kat aku pas bersalin dia still rasa sakit perut ala2 contraction..masa aku tanye normal ke..dia kate normal..selalu anak ke 2 mesti kena..tapi tgk orang gak kut..

Pas aku bersalin kali ke dua ni..aku kena rengat dalam 2-3 hari gak..hari 1st tu memang tak tahan la..rasa sengugut yang amat kuat..aku dah rasa masa dalam labor room lagi..masa dr tanye aku sakit lagi ke..aku cakap YE..dia cakap kena rengat la ni..so tahan je la..pas 2-3 hari dah hilang sakit tu..

Masa aku dok gugel kat pokcik gugel psal menda ni..ada la jumpe masalah2 lain pas berslin..ingtkan rengat je..so aku kongsi ngan korang..mana tau kut ada yg kena selain dari rengat ni..

Masalah yang mungkin dihadapi selepas bersalin

Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.

Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik

  • Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
  • Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.
  • Semasa kecing, cuba duduk secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.
  • Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.
  • Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
  • Darah nifas

    Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.

    Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.

    • Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
    • Darah yang keluar berbau busuk
    • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
    • Mengalami demam 38 darjah atau lebih

    Sakit rengat

    Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

    Susah kencing

    Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

    Terkencing tanpa kawalan

    Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.

    Buasir

    Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.

    Sembelit

    Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.

    Sakit Buah dada

    Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

    Rambut gugur

    Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

    Perubahan warna kulit

    Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.

    Perubahan emosi

    Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

    Perut buncit dan berangin

    Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.







    Monday, November 29, 2010

    Tak Tahu Nak Kata Ape

    Baru dapat call
    satu berita yang aku sendiri tak nak dengar
    satu berita yang aku sendiri tak jangka
    tak tahu macam mana nak terima berita ni
    buntu..buntu..dah tak tahu nak pikir ape..

    Ya allah..selamatkan lah semuanye
    Panjangkanlah Umurnya
    Berikanla kesihatan yang baik padanye
    Berikanlah kebahagian padanya

    Aku pasrah!!!!



    Sunday, November 28, 2010

    Masih Menunggu

    Sudah mau masuk 39 minggu
    tanda2 nak bersalin xdak lagi
    aku dah tak sabar nak meneran ni
    heheheheheh...
    mana taknye..aku dah macam dugung weh
    gemuk tak terkata
    muka bulat
    hidung dah macam jambu air
    cepat2 la bersalin
    tak larat dah nak bawak perut ni..


    Tuesday, November 16, 2010

    Spender

    sape-sape yang pernah bersalin c-sect
    pas kena oprate tu leh pakai spender biasa ke
    ke kena pakai spender panjang smp perut tu
    adoii..aku cari gak pic spender besor cover perut tu
    mana tau kut korang takleh bayangkan rupa spender tu

    disebabkan aku ni tak sure leh normal ke c-sect
    so aku nak siap sedia mental & fizikal
    kang pas operate..nak pkai spender xleh
    kena tempat bedah plak
    takkan nak suruh laki mak g beli kan
    sure dia tak tau
    sapa tau sila bagitau
    kalau leh pkai spender biasa..ok la
    xyah la beli spender yang aku tak sure leh pakai sampai bila
    hehehehe
    sah-sah dah baik aku tak pakai dah


    ps: nak jugak ke aku tempek rupa bentuk spender itu..:)



    Monday, November 15, 2010

    Tiada Jodoh

    Tiada jodoh..itu sahaja yang mampu diperkatakan jika diajukan soalan kenapa bercerai/berpisah..ini bukan cerita aku ek..aku masih lagi bahagia dengan hubby ku itu..cumanye tiba2 terlintas pasal bercerai berai ni bila membaca 1 blog..seorang isteri yang dikhianati suaminye..hmm..

    Aku cuba bayangkan berada dalam keadaan dia..

    -ape perasaan aku bila dapat tau si suami curang
    -ape perasaan aku bila dapat tau si suami dah berkahwin dengan perempuan ja*ang itu
    -ape akan jadi dengan anak2 aku
    - ape salah aku..ape kekurangan aku..masih kurangkah layanan yang diberi..
    -ape tindakan aku..adakah aku akan meredhokan saje..atau mengeluarkan segala parang/pisau yang ada
    - Tak terfikirkah perempuan yang merampas itu perasaan aku..anak2 aku..family aku
    - Yang si suami..sudah tiada kasih sayang pada isteri..sudah lupakah pengorbanan sang isteri

    Aku tak cakap masalh cerai berai ni disebabkan si suami..kadangkala si isteri pun adalah penyebabnye..aku tak cakap si suami itu sahaja yang curang..sekarang jangan kata suami..isteri pun boleh curang..aku tak cakap si isteri sahaja yang baik tetapi si suami tetap curang tapi ada juga isteri yang curang pada suami yang baik dan menyanyanginye..hmmm...

    Orang selalu cakap orang muda2 banyak bercerai sebab ikutkan perasaan..jangan tertipu wei..jangan kate sekrang orang muda-muda sahaja bercerai..sekarang boleh tengok..ada yang dah kahwin berpuluh2 tahun..tapi bercerai juga..tak sayangkah pada rumah tangga yang dah dibina bertahun2 itu..tidak malukah pada anak menantu malahan cucu atau cicit...adoiiii....

    Punca-punca penceraian:

    - Tiada persefahaman, curang, enggan dimadukan
    - Tidak bertanggungjawab
    - Campur tangan mentua & ipar duai
    - Ketagih dadah atau alkohol
    - Masalah kewangan
    - Masalah kesihatan, terbabit dengan jenayah, ketagih judi
    - Kena dera
    - Lain-lain

    sumber: http://ustaz-amal.blogspot.com

    Bila tengok trend sekarang buat aku takut..setakat mana jodoh aku..panjang ke pendek..tapi semua tu ketentuan dariNYA kan..ko nak elak macam mana pun tak boleh..kalau memang dah tersurat setakat itu..terima je la..yang penting ko berdoa and berusaha pertahankan apa yang ada..

    Nasihat aku pada gadis/anak dara tu..cari la laki yang bukan suami orang..aku punya prinsip senang je..kalau dengan wife dia bleh curang and ada perempuan lain..kalau dia kawin dengan ko pun maybe dia boleh buat gitu jugak..tak kena dekat ko..kat anak ko..tak anak ko..cucu ko..KARMA beb..KARMA..ape yang ko buat akan dibalas..cuma balasan tu ko dapat cash (sekarang) or nanti2..


    ps: isu ni xde kena mengena dengan yang hidup @ yang dah pergi..aku hanya suarakan pendapat aku..aku sedih tengok dah 30-40 thn kawin tiba2 berpisah..

    Friday, November 12, 2010

    Nangis

    Budak papik ada hobi baru
    melalak je kerjanye
    asal kejut tido nangis
    marah sikit..sentap..nangis

    ikut aku yang kurang sabar ni
    selamat dah budak ni aku tangan-tangankan
    cumanye aku ni waras lagi
    yang keluar jeritan tarzan aku
    kadang-kadang bila tak tahan sangat aku dok jauh skit
    biar laki aku handle budak bertuah ni

    semalam tengok kartun sampai kul 12
    aku tengok mata dah pejam
    ape lagi..p la tutup tv
    skali dia bangun masa aku tengah tutup tv
    ape lagi..ngamuk sakan mamat tu
    siap melompat2 bagai
    aku bukak balik tv
    last2 smp kul 2 aku ngadap cerita kartun
    adoiii la budak ni
    makin besor makin banyak perangai
    makin pandai cakap
    makin banyak akai

    nasib baik la aku dah nak pindah
    pasni laki aku ada selalu
    tak macam sekarang
    weekend je jumpe
    so pasni..sila la take over jaga hanak2 hokey

    yang kurang melalak bleh la pas kat aku
    yang melalak sila la pujuk dulu
    kang ngan aku2 yang melalak nanti


    ps: apesal aku tulis blog gaya gini..gaya malas susun ayat..

    Bersalin

    baru 36 week
    perut dah stat mengeras2
    huhuhu..aku takut wehhhh
    mintak2 la semuanye senang dan selamat

    sekarang jalan pun dah tak larat
    jalan sikit kena duduk
    dah duduk plak sakit pinggang
    dah tak leh duduk baring pulak
    dah baring susah pulak nak ubah posisi
    sakit bukan kepalang
    macam nak tercabut pinggang aku

    barang-barang baby 95% dah ada
    yang 5% tu barang kecik2
    pas bersalin la aku terjah mall pegi cari
    tak kose nak jalan sekarang
    penat badan
    barang-barang & beg pun tak berkemas lagi
    alamatnye kena kemas dah sekarang ni
    mana tau esok lusa selamat ada kat hospital

    raya haji..tak beraya wehhh
    aku sound kat hubby
    sila angkut maid p balik umah MIL
    tolong2 ape patut
    aku tak larat nak wat ape dah
    aku raya je umah mak aku
    ada orang takde orang aku dok la situ
    mak aku pun tak sure balik ganu ke tak
    kalau balik..aku sorang2 je la kat umah
    kalau tak balik..sama jugak
    raya tak raya pun sama
    asalkan makanan adoooo

    makin nak bersalin makin serabut
    kerja tak siap2 lagi
    macam mana nak siap
    asyik migrain je manjang
    alamatnye aku kena pulun siapkan kerja
    kemas meja ala2 nak berenti
    heheheh..mana tau pas bersalin terus ilang
    mintak2 murah rezeki aku
    dapat baby baru
    kerja baru
    bos baru
    yang penting gaji baru



    ps: doakan untuk aku ek..mintak selamat semuanye


    Thursday, November 11, 2010

    Migrain

    Tak kuasa menghapdet blog
    migrain menguasai otak aku
    3 hari cuti..migrain tak hilang-hilang jugak
    adakah petanda perlu mengambil unpaid leave lagi
    hehehe..kalau betul
    punaj harapan mau berbelanja sakan
    duit yang ada harus disimpan untuk kegunaan nanti
    adoiiiii...

    Pasal sapa nak ganti aku nanti
    hmmm..bos cukup bagus
    HR nanti buat account
    boleh tak boleh aku tak tau la
    yang pasti aku pening nak ngajar
    sempat ke nak ngajar guna accounting software
    sempat ke nak ngajar double entry
    kut-kut aku jugak kena buat
    sila bayar dekat aku ye
    aku tak buat kerja amal
    dalam pantang kena buat kerja
    itu sudah lebihhhhh

    Pasal bersalin
    sila la baby kembali ke posisi asal
    ibumu takut kena belah
    ibumu takut sakit
    uwaaaaa
    tak terbayang mcm mana dia toreh perut aku
    sudah 36 week..kut baby mau kuar awal
    ikut cakap ibu ye
    sila pusing ke tempat asal


    ps: byk cerita tapi otak sakit..



    Monday, November 1, 2010

    Siapa Buat


    Skarang si papik suke benor tengor citer dinasour..dulu-dulu asal bukak tv je..dibo..asal bukak tv je dibo..yang buat aku tensen tu..kalau dah bukan time dibo masa tu..mana nak ada dibonye..bila aku bagi tgk citer lain..dia bleh ckp.."bkn yg tu"..ishhhh..tensen..

    Last2 aku download kat dalam notebook aku citer "the land before time"..cite ni best gak..tapi asal aku teman je dia tgk ada je soalan dia..

    Papik: ibu ausor (dinasour) makan ulat..
    Aku: eiii... Papik: ibu..babah ausor anner..
    Aku: tuuuu (aku tunjuk kat laki aku)..cuba apit tgk gigi babah..mcm dinasour tak
    Papik: babah..nak enggok gigi babah..
    Papik: Kawan ausor anner..
    Aku: Ada tu..banyakkan kan kawan dia..dia nak pegi makan
    Papik: sapa buat
    Aku: takde sapa buat..dia nak g makan..

    Kalau dia tanye..then aku jawab..mesti dia akan tanye " sapa buat"..contohla aku cakap hari dh hujan..pastu dia pun tanye la "sape buat"...hehehe..semua sapa yg buat...

    Budak ni kalau layan dia cakap memang tak habis..lagi2 kalau dia dok ralik tgk cd or tv..ada je dia nak tanye..

    Asal aku cakp nak hantar p school..dia bleh jawab.."BORING"..bertuah punya budak..sah2 la makne boring pun hang tak tau..mesti main ikut je orang cakap..

    Aku rasa dah tiba masa hantar budak ni g school..bagi pendedahan skit..lebih2 lagi dari segi pergaulan..anak mak ni kan pemalu n takut orang..so kena la bagi berkawan skit..


    Puting berjaya dibuang..tiada lagi puting di mulut..yessss


    Friday, October 29, 2010

    Niat

    Aku start tulis blog masa pregnantkan si papik..masa tu aku EL sampai 3-4 bulan..almaklumlah..migrain tahap kritikal..so aku sangap weh dok umah..dari main game hp (hp cap ayam) sampailah bbsit aku punya anak buah..si eshah..satu hari adik aku cadangkan tulis je blog..almaklumla..aku nak ada anak..so maybe aku nak abadikan kisah bsalin or jadi ibu dalam blog..

    Disebabkan buta IT..adik aku yang buat semuanye..dia yang ajar macam mana nak setup blog ini..aku start tulis dari tahun 2008 sampai la ni..

    Baru-baru ni orang dok sibuk cakap pasal pendapatan dari blog..sibuk pasal nuffnang..sibuk pasal visitor..sibuk pasal BE..hahaahha

    Aku ni dah la buta IT..sah2 la tak tau pasal ni..aku rasa aku baru je letak adv nuff kat blog..tu pun main bantai letak..ada ke takde BE aku tak tau..tak kose nak tgk..rasanye tahun ni baru aku masuk dlm nuff acct tgk aku punye visitor..of course la sikit sbbnye xde sapa tau pasal blog aku..budak2 opis tak tau..family pun ada tau ada tak tau..kawan2 rapat pun tak tau..

    Dalam minggu lepas aku ada baca mcm mana nak naikkan rating blog or jumlah visitor..aku taknak komen sebab aku rasa semua orang tau pasal isu ni..rasanye ramai yang dah komen pasal cara2 yang dicadangkan itu..

    Aku just sekadar baca..orang kate..kalau berguna ambik..kalau rasa takleh pakai letak tepi..tapi kadang2 kita manusia..ape yang kita tulis disalahtafsirkan oleh orang lain..Semua itu bergantung kepada keadaan persekitaran pembaca itu kan..aku tak salahkan orang yang komen2 semua..aku paham situasi doarang..kalau aku ditempat dorang..mungkin tak tertanggung n tak setabah dorang..

    Bagi aku tulis blog ni bergantung pada niat..kalau ko tulis blog sebab duit..ko dapat duit..kalau ko tulis blog suka-suka saje..so ko akan heppy bila ko dapat tulis blog..kalau ko tulis blog sebab nak menabur fitnah..hahaha...tunggu je la orang dok maki hamun ko..so pk sendiri niat ko masa mula2 buke blog ni..

    Aku ada baca beberapa tips..kunon2 nye la..tapi aku xde pun buek..hahahah..aku rasa aku kena wat test la wei..kita tgk keberkesanan

    1. Niat- Niat asal bukak blog..aku tulis blog sebab nak ceritakan kisah aku..yang tak terlalu peribadi bleh la dikongsi..yang peribadi simpan je la..bleh gak tulis..tapi protected entry ler..

    2. Jumlah Entry-Lagi satu macam yang orang cakap kalau nak orang jengah blog ko..entry kena best..entry kena ada tiap2 hari..adoii..tiap2 hari yang aku lemah..mana ado masa..nak stay malam2 buat entry baru..kim salam..aku punya style senang je..kalau ada masa buat je 2 3 entry..kalau xde citer..berhabuk la blog aku 2 3 bulan..hahahaha..

    3. Original-Lagi satu dah bukak blog tu..ikut cara sendiri la kan..xyah nak tiru orang ni..nak ciluk orang ni punya entry..buat je cara ko..orang suka or tak..lantak la wei..ko yang tulis..bagus ke idak bukan orang nak bagi markah kat ko pun..btol tak..

    4. Ziarah & komen- Ni lagi satu cara gak yang aku baca..hehehe..rajin-rajin jengok blog orang n tinggal la jejak kasihan anda kat situ..aku part jengok blog orang rajin..part tinggal jejak tu..xdo la..malas weh..kalau rasa nak komen..aku komen..slalunye memang aku jadi silent reader jer..

    5. Layout/Template - yang ni pun orang kate main peranan gak..kalau warna menarik..cantaik..tertarik..orang akan baca blog ko..kalau kusam & macam kosong je..orang pun malas baca

    6- Cara penulisan- ni pun penting..aku rasa nak buat singkatan bleh..tapi yang orang bleh paham..bahasa pun tak terlalu "bahasa pasar" hahaha..font yang sesuai..tak terlalu banyak warna..tak terlalu besar & kecik..yang penting letak la sekeping dua gambar sebagai penyeri..heheheh..aku bab tgk gambar memang suke wei..lagi kalau orang dok citer ape dia shopping..hahahah


    Hape la yang aku merepek meraban ni..ya allah..tah hape2..mengarut2 dah weh..

    p/s: aku nak test buat la wei..kite tgk visitor aku naik ke tak...hehehe..kalau ada masa la..aku ni dok kejar masa menghabiskan kerja sblm cuti 2 bln..


    Thursday, October 28, 2010

    Hong Kong-Part 4

    Entry malas weh..layan gambo je la..

    Hari ke 3..hari ke 3 ni siangnye dok lepak je dalam hotel sebabnye hubby ada kursus kan..so petangnye pas dah makan nasik segala (kena isi perut dulu sblm jalan)..aku p la dekat Avenue Of Star ni..tak ingat plak kat mana..dari hotel nak ke sini naik taxi..tak kose dah aku nak naik MTR..kaki sakit dah weh..

    Sampai2 je cuaca ala-ala mendung..pergila beli tiket untuk naik kapal laut ni..sementara tunggu tu jalan2 la kat area2 sini ambik gambo..


    Muka aku muka orang sakit kaki..naik taxi pun muka gitu gak..kalau naik MTR aku tak tau muka aku macam mana..

    Aku & budak papik

    So..kat area sini kteorang ambik gambo je la..dah la ramai betul manusia dok Q nak ambik gambo..kteorang nyelit2 je la..asalkan ado..

    Laki aku..action je lebih..:)

    Kat area sini pun ada gak tapak-tapak tangan pelakon Hong Kong..aku just amik skit2 je la..wat kenangan..


    Jet Li..

    Dah abis..kte orang g la seberang jalan..kat situ ada gak shopping kompleks..ingatkan nak beli la ape2..tapi bila convert pun harga lebih kurang malaysia..baik beli sini je..tak berat bag aku..
    Masa dok jalan2 tu jumpe satu bangunan ni..cantik woo..aku rasa kalau kawin n ambik gambar sini mesti cantik..kalau ikutkan kate drebar taxi..ni hotel paling mahal kat HK..tak tau la semahal mana..tapi ikutkan kecantikkan nye..rasanye memang mahal la kut..

    Dah abis ukur jalan..sudah masa berangkat menaiki kapal..so p la tunggu kat jeti tu..masa tu takde la ramai benor orang..

    Hong Kong di waktu malam

    Masa dok menunggu kapal sampai..ada budak sebelah aku dok makan MCD..ya ampunnnn...sedapnye dia mengunyah..aku macam nak mintak sikit dari dia..hahahah..

    Ini la kapal yang cinonet itu..cukup la tu kan

    Aku memang awal2 mabuk beb..dah dok atas air ni lagi buat kepala aku weng..awal2 lagi aku cari kerusi..dapat duduk lega skit..naik kapal ni dia bagi air n biskut free..hahaha..aku just telan air je..

    Laki aku bawak papik dok luar..tgk bangunan n air..si papik takut2..hehehehe..last2 dok je kat dalam..

    Ada beberapa tempat dia berenti..kat gambo atas tu korang bleh tgk mana dia bawak kteorang..rasanye dlm 1/2jam-1 jam kut atas kapal ni..

    Kasi budak kecik makan biskut oreo..

    Bukti aku dah kepeningan melampau..

    Sampai2 je hotel aku terus zzzz..pening weh..esoknye laki aku cakap dia pun rasa pening2 lagi..macam terumbang ambing atas laut..hahahah..aku ingat aku sorang je..

    p/s: bila la nak abis entry HK aku ni..pasni ada lagi..sikit lagi nak abis..

    Wednesday, October 27, 2010

    Sebulan

    Sebulan lagi nak bersalin
    takut woooo
    budak kecik dalam ni tak mau pusing-pusing lagi
    Sila la pusing dan kembali ke posisi asal
    asalkan ibumu ini tidak dibedah
    tak dapat ku bayangkan kalau kena c-sect
    macam mana mau bangun
    macam mana mau bf
    macam mana mau duduk
    macam mana nak pantang
    sakit kah?????
    adoiiiii...
    budak kecik dalam perut ni dok menari-nari lagi
    suka kut duk dalam perut ni
    haku runsing wehhhh...
    tinggal lagi sebulan je ni
    runsing pasal takut kena bedah
    runsing ngan sapa la nak buat gaji nanti
    kang tak bergaji plak budak-budak opis ni
    runsing sapa mau take ober kerja aku




    -sudah mau masuk 34 minggu..berat aku makin bertambah..berat baby sikit jer..2kg..normal kah..normal la kut ek..dr pn tak cakap ape..total berat naik dari awal pregnant smp la dh 8 bln ni..10kg..huhuhu..penat la aku nak turunkan nanti..gender..hari tu aku suruh check lagi skali..insyaallah..gegurl..hmm...PINK..PINK..




    Monday, October 25, 2010

    Surat Kepada En Bos

    En Bos,

    Mood malas saya makin menjadi-jadi
    Nak buat kerja malas
    Nak datang kerja lagi malas
    Nak bawak kereta p kerja pun bertambah malas
    Tinggal lagi sebulan sebelum bersalin
    En Bos dah fikir ke siapakah pengganti diriku semasa pantang nanti
    Haku tak mau buat kerja dari rumah
    Tak kose aku wehhh!!!
    Kalu nak jugak..sila la bayar elaun yer..
    Gaji haku cuti 2 bulan tu..memang haku punye
    Kerja extra masa pantang nanti sila la bayar ikut jam or hari
    lagi banyak lagi bagus
    tapi kalau boleh En Bos..sila la cari orang lain
    Haku nak berehat setelah berhempas pulas menghabiskan tenaga mengeluarkan baby
    Ada masa sebulan saja lagi untuk En Bos fikir
    Siapa yang patut membuat & menjaga duit company
    Haku taknak fikir dah
    Taknak serabutkan kepala hotak aku ni..

    Sekian saja dari haku pekerja yang paling rajin balik awal





    Friday, October 22, 2010

    Dugaan

    Hari isnin hari tu aku cuti..sebabnye papik demam..dan isnin tu jugak aku berdebar2 menunggu result dari orang yang paling penting dalam hidup aku..pada mulanye aku berfikiran positif dan menyatakan segala-galanye akan berakahir dengan baik..namun jelas dari riak wajah orang tersayang...result yang dinanti2kan tidak terlalu baik.. Aku tak keruan..terbayang-bayang apekah langkah selanjutnye yang perlu diambil..ape yang perlu di buat untuk mengembirakan hati orang yang tersayang..masih sempat kah aku berbakti padanye..sedangkan selama ni aku masih mengharapkan sokongan padunye dalam membuat ape-ape keputusan..masih mengharapkan pertolongannye jika aku sakit..masih mengharapkan kekuatan fizikalnye untuk menghantar aku ke kerja jika aku diserang migrain walaupun dia juga tidak sesihat mana..

    Ya allah..aku mengharap padamu..berikan kami masa untuk membalas segala budi baiknye..membalas segala pengorbanannye..membalas segala perit jerih dalam membesarkan kami..Aku mohon panjangkan usianye..capaikanlah segala hajatnye yang belum kesampaian..
    Aku dah hidup selama 30 tahun ni..ape jasa aku padanye..tak terbayang okeh..ape yang aku dah buat..ape yang aku dah bagi..kalau takat bagi duit..itu memang tanggungjawab..selain dari itu..ape yang aku buat..adoiiii... Ya allah..berikan aku petunjuk dan masa untuk melaksanakan tugas sebagai seorang anak dengan lebih baik..


    p/s: segala yang berlaku adalah dugaan..tuhan menguji sejauh mana kekuatan kita menghadapi segala dugaan..tuhan menguji sejauh mana ketahanan perhubungan antara keluarga..tuhan menguji sejauh mana kesetiaan umatnye padanya..aku redha..kami akan berusaha sehingga keakhirnye..jika itu suratan yang dah ditentukan..kami pasrah dan terima seadanye..

    Masih mengharap keputusan yang positif pada oppointment akan datang..aminnn..



    Thursday, October 21, 2010

    Cloth Diaper


    Masa aku n hubby dok sibuk-sibuk beli barang2 baby..tiba2 kteorang nak test la pakai cloth diapers..disebabkan aku tak tahu ape psal CD ni..so ape lagi..p la cari mandiq..

    Pas abis sesi bertanya & membeli..sesi membasuh CD pulak di jalankan..CD baru kena basuh 3x sebelum digunakan..disebabkan aku nak tgk sendiri keberkesanan & ketahanan Cd ni..aku decide bagi papik pakai dulu seblum adik dia..ini juga sebagai latihan kat maid aku..kang dia jugak nak kena handle CD ni sumer...

    So weekend hari tu sehari la jugak si papik pakai..mula2 pakai ok..tak bocor..pastu dlm 2 jam dah basah..aku tukar yang baru..tak sampai sejam basah kat tepi..aku ngan laki aku pelik la..depan & tepi je lencun..belakang kering je..ke salah pakai..

    Tukar kali ke 3..sebelum pakai dah adjust saiz semua..bagi pakai..tak sampai sejam sama jugak..basah lencun gak..abis cadar & tilam aku..aku tau papik memang kencing banyak..tapi takkan la bocor je kan..gerenti aku slah pakai atau basuh tak betul..

    Tukar lagi..kali ni tahan 2 jam..masa tu papik tdo..skali di pusing badan dia..tgk2 dah bocor..last2 aku pakaikan je pampers..ingatkan nak pakaikan yang 2 insert..tapi tak sempat la plak..mlm tu ada hal..mls nak ambik risiko pakaikan CD..kang bocor umah orang..haru..

    This week nak try lagi pkaikan CD..mana tau..kut-kut cara aku tu salah..btol tak..alang2 dah beli mahal2..kena kasi utilised btol2..

    p/s: gambar dr mydearshoppe


    Wednesday, October 20, 2010

    201010



    20102010




    Macam cantik je tarikh ni
    Tarikh takde kena mengena ngan aku
    Disebabkan aku rasa macam unik..ala2 10102010
    so aku abadikan lah tarikh ni kat blog aku

    Peace!!!


    Akikah

    Baby belum lahir..aku dah rancang pasal akikah..sebenarnye aku plan..untuk baby yang baru ni nak buat akikah kat rumah baru..masa syafiq dulu buat kat rumah IL..so alang2 dah pindah rumah baru..buat la house warming skali kan..bleh kenal2 ngan jiran segala..

    Macam biasa la..kalau nak buat kat rumah sendiri..budget mesti ada..aku masih berkira-kira berapa yang perlu disediakan untuk majlis akikah & kenduri kesyukuran ni..persoalan yang ada:

    1. Berapa jumlah jemputan

    Masih mengira berapa jumlah tetamu yang akan dijemput..heheheh..terover jemput kang makanan tak cukup pulak..

    2. Menu

    Ini pun masih tak tahu samada mau masak sendiri ( of course bkn aku masak) or ambik je cartering..sekali ngan khemah semua kan..ala2 pakej gitu..and segala pinggan mangkuk..aku rasa pinggan mangkuk penting sebab nak harap umah aku tu..cukup2 aku anak beranak jer..

    Aku ada jumpe 1 website ni..aku rasa harga pun mcm ok kan..cumanye tak tau la makanan ok ke tak..dari review yang aku baca macam ok je semuanye..

    Menu:

    •Kuzi Arab Lamb for aqiqah (1 whole lamb). A Must Try! Chef’s Recommendation.

    •Food for 100 pax. (Menu A)

    •1 Arabian tent inclusive of scallops according to theme colour, round table with table cloth & plastic chairs for 40 pax & ceiling fan.

    • 2 Buffet tables complete with skirting.

    •Tinkerbelle cradle inclusive of white shaggy base, imported artificial flowers, ornaments such as flower ball, decorative cushions, teddy bears, butterflies & ribbons.

    •Tray for Cukur Jambul.

    •Tinkerbelle Dress for Princess to wear during aqiqah, berendoi & cukur jambul ceremony.

    Cumanye kalau bleh aku nak kambing panggang..hmmm...

    3. Gift

    Rasanye mau bagi buku/surah yassin kat tetamu..dari bagi menda2 yang pakai abis or pakai buang..baik bagi menda yang bleh digunakan sepanjang hayat kan..semua orang dapat kebaikan dan pahala...

    4. Hiasan


    Ingatkan nak buat berendoi..so kena la ada buai ek..nak suruh aku hias sendiri..tak tau la ape jadinye..kat website ni ada gak pakej skali ngan buai..so..website ni aku rasa sangat sesuai ngan aku cumanye tak tentu harga & jumlah tetamu..kalau ikutkan dia caj utk area pj.shah alam..belah2 sana jer..

    Harap2 harapan aku nak buat kat rumah sendiri termakbul la..kalau takde rezeki nak buat..xpe la..lain kali bleh buat jugak..

    p/s: Kena bentang budget kat menteri kewangan..kalau approve alhamdulillah..

    website: http://makeawishbabies.wordpress.com



    Tuesday, October 19, 2010

    Semenjak aku pregnant..papik memang buat perangai betul la..kalau tegur tak mau dengar..aku tau dia baru 2 tahun..tapi bak kata orang nak melentur buluh biar dari rebungnye..nak ajar anak biar dari kecik..macam syafiq kalau keluar n pergi tempat mainan..kalau kita tak belikan dia takde la meraung2..bab2 tu aku masih bleh kawal lagi..tapi bab membuli..korang jangan tak percaya..dia bleh tarik rambut sepupu dia..gigit n macam2 lagi..kalau aku marah dia buat tak tau je..aku cakap elok2 pun lagi dia buat tak tau..maybe perubahan ni disebabkan dia nak dapat adik kut..kate orang tua2 la..aku tak kata..hahaha..

    Aku tak suka marah2 or pukul anak aku..nanti ganggu emosi dia kan..so kadang-kadang perangai dia macam sengaja menaikan darah aku..gila2 aku geram weh..macam kalau ada benda depan aku..memang aku baling la..adoii laa si papik ni..aku tak tau macam mana mak2 bleh jaga ramai anak..ko bayangkan nak jaga 10 orang anak ngan pelbagai perangai..kalau aku mau meroyan aku kat situ..

    Aku ada jumpe la kat satu blog psal tantrum ni..kalau rajin bace la..

    APAKAH TANTRUM?


    Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba.

    Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

    1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
    2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
    3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
    4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
    5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
    6) Mudah marah dan mudah menangis.
    7) Sulit dialihkan perhatiannya.

    Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

    Dibawah Usia 3 tahun

    - Menangis
    - Menggigit
    - Memukul
    - Menendang
    - Menjerit
    - Memekik-mekik
    - Menghempaskan badan ke lantai
    - Memukul-mukulkan tangannya
    - Menahan nafas
    - Menghentakkan kepala
    - Melemparkan barang
    - Menyangkung
    - Memeluk tubuhnya

    Usia 3-4 tahun

    - Perilaku tersebut diatas
    - Menghentakkan kaki
    - Berteriak
    - Meninju
    - Membantingkan pintu
    - Mengkritik
    - Merengek

    Usia 5 tahun keatas

    - Perilaku-perilaku tersebut diatas
    - Memaki hamun orang lain atau ibubapanya
    - Menyumpah
    - Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya
    - Mengkritik diri sendiri
    - Memecahkan barang dengan sengaja
    - Mengancam
    - Merungut
    - Trauma atau fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

    FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

    Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

    1) Kehendak atau Keinginan Anak Di Halang

    Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

    2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan

    Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

    3) Pergerakan yang Terhad

    Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.

    4) Asuhan Ibubapa

    a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.

    b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.

    c.Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk si anak.

    5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

    6) Anak sedang stress

    Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

    7) Trauma @ Fobia

    Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

    BAGAIMANA UNTUK ATASI TANTRUM ANAK ?

    Dalam buku “Tantrums Secret To Calming The Storm” oleh La Forge, majoriti berpendapat bahawa tantrum adalah suatu perilaku yang masih tergolong normal yang merupakan sebahagian dari proses perkembangan atau tumbesaran kanak-kanak, suatu tempoh transformasi dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal sianak. Sebagai bahagian dari proses perkembangan, episod tantrum pasti berakhir.

    Beberapa hal positif yang biasa dilihat dari perilaku tantrum adalah bahawa dengan tantrum anak ingin menunjukkan sikap independensinya, ekspresikan individualitasinya, mengemukakan pendapatnya, mengeluarkan rasa marah dan frustasi untuk menyampaikan maksud agar orang dewasa mengerti dengan sikap negatif mereka.

    Namun bukan bermakna bahawa tantrum harus digalakkan dan disemangati (encourage). Jika ibubapa membiarkan Tantrum berkuasa (dengan memperbolehkan anak mendapatkan apa yang dihajati setelah ia Tantrum, seperti ilustrasi di atas), maka bererti ibubapa sudah menyetujui dan memberi peluang pada anak untuk bertindak kasar dan agresif (walhal sepatutnya ibubapa tidak harus menyetujui kehendak anak).

    Ibubapa harus membantah dengan tegas dan memberi penjelasan secara logikal pada anak. Dengan bertindak tegas dalam menangkis Tantrum, ibubapa juga berkesempatan untuk mengajar atau mendidik anak tentang bagaimana caranya beraksi terhadap emosi-emosi yang normal (marah, frustrasi, takut, jengkel, dll) secara wajar dan bagaimana bertindak dengan cara yang tepat sehingga tidak menyakiti diri sendiri dan orang lain ketika sedang merasakan emosi tersebut. Inilah yang dikategorikan sebagai intelligent emotion yakni pamerkan emosi dengan kaedah yang positif.

    Kaedah terbaik menangani tantrum anak?

    - Mencegah terjadinya tantrum
    - Menangani anak yang sedang mengalami tantrum
    - Menangani anak pasca tantrum

    PENCEGAHAN

    Tindakan susulan untuk mencegah terjadinya Tantrum adalah dengan mengenali kebiasaan-kebiasaan sianak dan mengetahui secara pasti pada kondisi-kondisi seperti apa muncul Tantrum pada si anak. Misalnya, kalau orangtua tahu bahwa anaknya merupakan anak yang hyper-aktif dan kalian berada didalam kereta terlalu lama perjalanannya, ini sebenarnya akan menimbulkan stress pada anak dan dia mula menunjukkan tantrum. Untuk elakkan sianak Tantrum, ibubapa perlu mengatur perjalanan dengan beristirehat di jalan atau di kedai makan untuk memberikan waktu bagi sianak berlari-lari di luar.

    Tantrum juga dapat dikesan kerana stres akibat tugas-tugas sekolah yang harus sianak laksanakan. Dalam hal ini, mendampingi anak pada saat ia mengerjakan tugas-tugas dari sekolah (bukan membuatkan tugas-tugasnya) dan mengajarkan hal-hal yang dianggap sulit, akan membantu mengurangi stres pada anak kerana beban sekolah tersebut. Mendampingi anak bukan sahaja terbatas pada tugas-tugas sekolah, tetapi juga pada permainan-permainan, sebaiknya anak pun didampingioleh ibubapa senantiasa, sehingga ketika ia mengalami kesulitan ibubapa dapat membantu dengan memberikan petunjuk.

    Langkah kedua adalah teknik keibubapaan mengasuh anaknya.

    Apakah anak terlalu dimanjakan?

    Apakah ibubapa bertindak terlalu melindungi (over protective), dan terlalu suka melarang?

    Apakah kedua ibubapa selalu seia-sekata dalam mengasuh anak?

    Apakah ibubapa menunjukkan konsistensi dalam perkataan dan perbuatan?

    Jika anda merasa terlalu memanjakan anak, terlalu melindungi dan seringkali melarang anak untuk melakukan aktiviti yang sebenarnya sangat dibutuhkan anak, jangan baran jika anak akan mudah tantrum jika kemahuannya tidak dituruti. Konsistensi dan kesamaan persepsi dalam mengasuh anak juga sangat penting. Jika tiada sepakat, ibubapa sebaiknya jangan berdebat dan beragumentasi antara satu sama lain di depan anak, agar tidak menimbulkan kebingungan dan rasa tidak aman pada anak. Ibubapa hendaknya menjaga agar anak selalu melihat bahwa ibubapanya selalu sepakat dan rukun damai.

    Ketika TANTRUM Terjadi

    Jika tantrum terjadi dan ibubapa tidak dapat mengawal situasi, maka beberapa langkah patut diambil;

    Memastikan situasi sekeliling – Sekiranya sianak tantrum didepan orang awam, bawa anak ke satu sudut yang jauh dari penglihatan awam dan biarkan sianak melempiaskan emosinya disitu untuk seketika. Ketika sianak tantrum, jauhkan darinya benda-benda yang boleh dia capai (barang merbahaya) untuk elakkan dia dari tercedera atau orang lain.

    Ibubapa harus bersabar (berkeadaan tenang) – Jaga emosi, mulut dan tangan. Jangan sampai memukul dan berteriak-teriak marah pada anak.

    Endahkan (ignore) ketika sianak tantrum – Ketika sianak tantrum, sebaiknya ibubapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati sianak. Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibubapanya. Jalan terbaik ialah membiarkan sianak untuk seketika, biar dia lepaskan kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibubapa tidak campurtangan dengan memujuk atau paksaan atau kemarahan.

    Jika sianak masih lagi tantrum – Ibubapa hendaklah memeluk sianak dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibubapa yang malu dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka moleknya ibubapa hendaklah berada tidak jauh dari sianak dan bercakap dengan sianak yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, sianak berasa aman dan tahu bahawa ibubapanya ada dan tidak menolak sikap negatifnya.

    Ketika sianak Kembali Tenang

    Saat Tantrum sianak sudah reda, seberapapun parahnya ledakan emosi yang telah terjadi tersebut, janganlah diikuti dengan hukuman, nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan hadiah apapun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu). Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibubapa akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahwa ia tidak bisa memanipulasi ibubapanya.

    Ingat, ibubapa hendaklah mendidik anak dengan mengajak anak mendengar (nasihat) kata kita bukan mendengar katanya. Jika sejak mula sudah terbiasa mengikut katanya, inilah kesan sampingan sika-sikap negatif yang akan terdapat pada diri sianak.

    Berikanlah belaian kasih sayang dan rasa aman Anda kepada anak. Ajak anak, membaca buku atau bermain bersama. Tunjukkan kepada anak, sekalipun ia telah berbuat salah, sebagai ibubapa Anda tetap mengasihinya.

    Setelah Tantrum berakhir, orangtua perlu mengevaluasi (selidiki kembali) mengapa sampai terjadi Tantrum. Apakah benar-benar anak yang berbuat salah atau ibubapa yang salah merespon perbuatan/keinginan anak? Atau karena anak merasa frustrasi, lapar, atau sakit? Fikir secara positif dan ini perlu, agar ibubapa bisa mencegah Tantrum berikutnya.

    Jika anak yang dianggap salah, ibubapa perlu berfikir untuk mengajarkan kepada anak nilai-nilai atau cara-cara baru agar anak tidak mengulangi kesalahannya. Kalau memang ingin mengajar dan memberi nasihat, jangan dilakukan setelah Tantrum berakhir, tapi lakukanlah ketika keadaan sedang tenang dan nyaman bagi ibubapa dan anak. Waktu yang tenang dan nyaman adalah ketika Tantrum belum dimulai, bahkan ketika tidak ada tanda-tanda akan terjadi Tantrum. Saat ibubapa dan anak sedang gembira, tidak merasa frustrasi, lelah dan lapar merupakan saat yang ideal.

    Dari uraian diatas dapat terlihat bahwa kalau ibubapa memiliki anak yang "sulit" dan mudah menjadi Tantrum, tentu tidak adil jika dikatakan sepenuhnya kesalahan ibubapa. Kebiasaann yang kita dengar orang tua berkata, macam mana perangai ibubapanya maka itulah yang menurun ke anak Namun harus diakui bahwa ibubapalah yang punya peranan untuk membimbing anak dalam mengatur emosinya dan mempermudah kehidupan anak agar Tantrum tidak terus-menerus meletup. Beberapa saran diatas mungkin dapat berguna bagi anda terutama bagi para ibu/bapa muda yang belum memiliki pengalaman mengasuh ana

    p/s: add blog tu aku lupa save..kut2 tuan blog ada baca..jgn marah ek..


    Monday, October 18, 2010

    Bosan

    Aku sudah bosan dengan kerja aku..tapikan dengan background accounting yang aku ada..kije ape lagi yang aku nak buat..ye dak..nak bisnes..tak tau nak bisnes ape..

    1. cashier

    Pas abis SPM maka ayah aku suruh kije..dari melangut kat umah baik aku kije kan..kebetulan plak warta baru bukak area bangi..so ape lagi..p la mintak jadi cashier..penat weh walaupun ko dok je sehari..seminggu ko cuti sehari je..masuk pagi balik mlm..mcm buruh kasar plak aku rasa..korang teka berapa lama aku bertahan kije situ..SEBULAN..sebulan je weh..aku berenti pun sebab dia tak bagi cuti raya..ape kejadahnye aku nak kije kalau mak pak aku balik ganu masa raya kan..aku nak dok ngan sapa..sapa plak nak antar aku p kije..dapat je gaji..aku terus cabut..

    2. Auditor

    Kerja ke dua aku, tahun 2002 aku praktikal kat firm ni..pastu terus mintak kije situ..lama la aku bertahan kat sini..walaupun kerja teruk gaji ciput..kalau pk ilmu ko dapat..kira halal je la..dari audit assistant sampai la aku jadi audit supervisor..masa mula2 outstation suka la..lama2 malas dah aku nak kuar2 ni..penat..pas kawin..cari kije lain..mana tahan kalau kena stay sampai pagi kan..sapa nak teman laki aku tido..
    3. Account executive

    Pas jadi auditor..kije wat account plak..kiranye dah 4 tahun aku wat account untuk 2 company berbeza..company 1-trading..company 2-consultancy...tapikan aku dah boring wat account ni..tolong la hambamu ini....

    4. Masih mencari2 kerja yang sesuai dengan jiwa aku..maybe SURI RUMAH kut..Aminnnnn


    Friday, October 15, 2010

    Hong Kong-Part 3

    Hari ke 2..baru hari ke 2 wei..pagi2 dah bangun sebab dah plan nak makan dim sum n pastu zass ke disneyland..so sebelum pergi MTR tu p la isi perut dulu kat kafe hotel..breakfast ala kadar je..mcm biasa la nak kena menapak..hubby dok pegang map nak p cari Islamic Centre Canteen..kteorang jln jauh..rupa2nye ada je jalan dekat..patut aku tgk ramai benar manusia bertudung berjalan arah tu..



    Antara makan yang dijual

    Air honey chrysanthemum tea tu sedap wehhh!!

    Order menda ni je sbb nak rasa n sebab kenyang lagi..

    nyum..nyum..

    Dekat sini la kantin nye..

    Dah abis makan menapak pergi balik ke MTR utk ke disneyland..nak ke disneyland ada train dia sendiri..dalam tu semuanye ala2 kartun la..ko tengok je la gambo..

    Kepala mickey

    Tingkap pun mickey gak..

    train nak ke disneyland

    Nak masuk ke disneyland kena menapak skit la..macam biasa..ibu2 mengandung adalah tidak larat untuk berjalan kaki jauh2..tapi memandangkan bila lagi mau datang sini..ku gagah kan jugak kaki melangkah..masa masuk mcm biasa dia check semua bag..dlm bag aku macam2 makan ado..nasib baik lepas weh..kalau tak berlapo la kami anak beranak..

    Aku tak ambik gambo depan pintu ni..haishhhh!!!

    Korang tengok macam tak panas kan..ala2 mendung aje..tapi berpeluh2 gak weh..angin xde..harap matahari je ala2 ada takde..

    Sampai2 je dah nampak orang jual macam-macam..tangan dah gatal nak membeli..tapi memandangkan karang susah plak nak bawak plastik p jalan2 dalam disneyland ni..so tahan dulu..laki aku dah jeling2 tengok wife dia meroyan nak shopping..hahaha..masa tgk barang2 ni..tak rasa penat dah weh..

    Segala tok nenek barang ado..

    Hambik ko segala jenis topi ada..

    mug aku beli kat airpot..kat sini mcm xde hati plak nak beli sedangkan kat sini lg byk pilihan..

    Masa sampai2 tu ada summer parade plak..layan dulu tgk menda alah ni..papik pun mcm pelik and takut2 je tgk kartun2 yang ado..

    Ibu, papik and puting..:)

    Aku nak ambik gambo kat castle tu..tapi jauhnye nak jalan..ambik gambo dari jauh pun ok la..



    Masuk dalam tarzan house..aku tak naik sampai atas..malas nak naik tangga..sakit kaki..

    Pastu ada pertunjukkan ape tah namanye..layan gak la..tak sia2 tunggu..

    Masuk pulak rumah pooh ni..nak masuk dah hazab sbb nak kena beratur panjang..pastu naik train nak masuk sana..terlompat2 train tu..aku sampai letak tgn kat buntut takut terhentak ke hape..almaklum la pregnant..kang jadi ape2 susah plak..


    Masa ni aku dah melepek..malas dah nak jalan..nampak kerusi aku duduk..laki aku n papik g jalan2 n naik la kuda ni..



    Dah abis pusing & ambik gambo..g plak tgk Mickey 3D..best wei..siap terpercik2 air kat muka..mickey mcm ada depan mata n mcm ko bleh pegang je..masa aku beratur nak masuk ni..aku angin ngan bapak budak tu..aku tunggu depan gate..dia bleh plak tolak aku n suruh anak dia dok depan..ngan dia2 skali..nak je aku siku bapak dia tu..xde adab..bkn org mesia..aku rasa In*ia..

    papik ngan spek senget

    Banyak jugak show yang kteorang masuk..ada satu tu..x ingat show ape..siap cakap cino lagi..kt disneyland ni ada 2 show ..satu dlm bi..satu dlm cina..disebabkan malas nak tunggu..bantai je la labu..cina pn cina la..buat2 paham sudah..

    Dah malam tunggu bunga api..masa ni papik dah tido..korang tau..dah mlm baru aku shopping sakan kat kedai ni..dapat la berplastik2 bag disneyland..ikut hati aku beli sumer..tapi jangan ikut nafsu..hahahah...(ayat orang yang duit cukup2 makan jer)

    ambik la sekeping gambar aku yang berlengas..dok kat disneyland ni sampai malam..


    p/s: gambar byk..mls nak letak..malas nak cerita detail sbb dah tak ingat..wakakakak..