Friday, September 28, 2012

 
Dari takde entry pun ada gak nuffnang bagi benda alah ni..takyah tau la amount dia. Orang lain puluh puluh or ratus-ratus..aku pun sen-sen je..cukup la kan.

Thursday, September 27, 2012

Melaka Wonderland Theme Park

Cerite awal tahun ni. Aku pun dah ingat-ingat lupo. Hehehe. So halalkan je la kalau ada silap dalam ini cerite. Bermula dengan plan nak pergi Melaka Wonderland Theme Park. Masa tu 1st day, kira opening day la. Tujuan asal mau ke Dinasour park. Almaklum la anak bujangku sukakan Dinasour.

2 ekor dino palsu menari
Masa ni dok menunggu Dinasour park bukak
Bermain2 la kami di Park itu. Rasanya x sampai sejam pun dalam tu.Dok bergambar dengan binatang yang sudah pupus di tambah lagi dengan kanak-kanak yang menangis ketakutan, hehehe. Tensen aku. Dia yang suka Dinasour. Dia yang takut. Lihat aje gambar dibawah. Mak bapak je yang gembira, anak-anak  ketakutan.
Budak melalak takut
Sarah pun takut
Makan Sarah!!!
 Benda yang syafiq tak takut sangat ialah Tulang Dinasour. Hehehe. Kat sini la dia berani bergambar dengan gembiranya. Tu pun tak bergambar secara dekat. Secara jarak jauh ye tuan-puan semua.




Kami bergambar secara berjemaah





Disebabkan masih awal lagi, so kami pun plan la ke Bandar Melaka. Berjalan la kami ke sana. Mula-mula jalan dekat Kota Afamosa. Pastu naik Menara Taming Sari. Pastu Melaka River Cruise. Lepas tu pegi makan Asam Pedas. Lepas tu pergi Taman Buaya. Lepas tu balik. Korang tengok je la gambo yang aku tempek kat sini. Malas nak cerite.

Budak2 menunggu nak naik Menara Taming Sari
Tuan Tanah & Tuan $$$
Budak penakut naik ke Menara
Aishah & Syafiq
Apittt..Smileee!!
4 budak yang ikut pegi Melaka
Sarah bucuk



Wednesday, September 26, 2012

WW-Legoland



Tuesday, September 25, 2012

Sarah Sudah Besar..Yeah!!

Fuh..fuh..bersawang lagi blog ni. Aku rasalakan..lama-lama aku tutup jugak blog ni. Asal nak update internet macam siput sedut. Internet dah ok..askar 2 orang pulak nak guna laptop. Dah tu macam mana aku nak update. Tahun ni 10 entry pun tak sampai lagi. Cerita berlambak-lambak nak buat. Haish!!

Hari ni cerita pasal Sarah la dulu. Esok lusa pasal Syafiq. Pastu pasal babah pulak. Last sekali baru pasal ibu. Cerita budak kenit ni pulak, sekarang dah 1 thn 9 bulan. Berat dah 10 kilo. Ko dukung sekarang berat weii..itu sebab aku suruh jugak laki aku beli stoller lagi satu. Patah pinggang kalau nak berdukung je. Lilit kepala & panjang still sama, takde peningkatan pun..sama aje. Kata Dr. ye..bukan aku yg kata.


 


Budak ni sekarang suka cakap, cakap manjang. Sarah ni sangat garang. Takat gaduh ngan abang dia..rilek je.Macam takde hal. Abg dia pulak yang mengadu domba. Ayat yang keluar dari mulut dia pun dah panjang. Selalu kalau nampak aku ayat yang keluar:
"Ibu nak ikut"
"Ibu nak shushu"
"Ibu nak ido"
"yeh..yeh..babah alik"
& banyak lagi lagi la.
 

Naik kereta nyanyi & selawat. Setakat lagu tepuk amai-amai, ikan kekek, tu memang kesukaan la tu. Pandai pegang pencil and dah pandai conteng-conteng jugak. Ape lagi ek. Banyakla perkembangan budak kenit ni. Rasa rugi tak update dalam blog. Patutnye aku tulis je dalam blog kan. Nak buat macam mana nak oii!!. Ibu nye malas macam apa. Nak bukak and update blog pun malas yang amat. Bertambah lagi dengan internet yang slow segala. Gambar yang tak transfer lagi dari camera. Macam-macam la.

 


Takpe Sarah..ibu berjanji hangat-hangat taik ayam untuk update blog secara tetap. Hehehe..

Tu je la kut update untuk si kenit yang tak kenit mana. Kalau ada yang teringat aku update lagi.





Monday, September 3, 2012

Sarah Budak Bucuk



video


Budak ni dah 1 tahun 8 bulan.
Dah pandai macam-macam.
Pandai kira dari one smp ten
Dah pandai nyanyi.
Ni aku tempek sarah nyanyi.

Sila la tadah telinga dengar ye.