Wednesday, November 29, 2017

WW-25

Bila ada entry WW ni maksudnya kita tak payah nak taip banyak-banyak. Sila laa tengok gambo je.

*
*
*
*

Sarah kena cucuk pensil dengan kawan sekolah. Masa ni tuhan je tau perasaan aku. Dah la melalak je budak ni, bukan nak bagi tau apa jadi. Haishhh.

Family day KKAE ke CH lagi. Kali ni ramai yang tak dapat join. Setiap kali ke CH sure aku akan ingatkan ayoh (atok). Arwah suka sangat pergi sini and selalu kalau datang CH dia akan sponser. Sekarang tinggal mok (nenek) je. Mok pun suka ke CH. Hopefully next year boleh pergi ramai-ramai lagi.

Pikachu merajuk. Susah ini budak. Peluk abang dia claim mak dia sayang abang je and tak sayang dia. Adoiiii. 

Cendol durian kat Shah Alam

Company trip ke Phuket and Krabi. Ye ye aku hutang banyak cerita mcm orang nak baca pun
 



Monday, November 27, 2017

Periuk Nasik

Kisahnya, aku balik kerja macam biasa la, sure nak masakkan. Sampai rumah terus nak masak nasik. Ntah macam mana masa nak bukak periuk nasik tu, sekali patah. Dah tak boleh bukak. Panik jap aku sebabnya budak-budak ni kelaparankan. 

Aku pun try la tanak nasik atas dapur. Gilo ko, seumur hidup aku yang 37 tahun ni, sekali tak penah aku masak nasi atas dapur. So sila laaa terima apa aje hasil yang terjadi dan hasilnya adalah nasi menjadi bubur.

Iye aku tak tipu. Aku malas nak google (nampak nau kebodohan kau nak masak nasik pun nak google) cara masak nasik. Jadinya aku pun try and error. Apa aku buat aku masak api kecik and kacau selalu 🤦‍🤦‍. Lepas tu aku pelik, awat nasik aku makin lama makin macam bubur. Adoiiiiiii. Rupanya nasik dah jadi bubur ko. Dah agak-agak siap aku pun tutup api and berdoa biorlaa dia keras sikit. Sudahnya jadi laa nasik ala-ala bubur. Makan je laaa. Esokan terus beli periuk nasik. Puas hati sebab macam-macam ko boleh masak dengan periuk tu. Ko nak nasik keras ke, nasik lembik ke, crispy ke semua ado 👍😆😆.

Sekarang rajin dengan tak je nak masak. Disebabkan selalu nau masak malam, makanya kami sekeluarga berjaya menternak lemak 🤦‍🤦‍. Haiyaaa. Nasib laaa kann. Takde periuk ko susah, ada periuk pun susah sebab ko makin gemuk. Ye salahkan laaa periuk tu, sedangkan salah diri sendiri. Habis dah cerita pasal periuk. Jumpa di lain hari dan lain cerita

Reunion 2017-Makan lagi

Tora datang lagi dan cerita basi datang lagi. Adoiiiii. Dah nak habis tahun 2017, ko sibuk lagi cerita hal lama. Ceritanya, 3 or 4 tahun sudah dah pernah buat jugak reunion ni. Sebelum ni buat dekat rumah aku. Kali ni kasi tukar, buat dekat rumah mandik. Kalau buat dekat rumah mandik, bleh budak-budak mandi kolam. Kalau tak silap aku start dalam pulul 10 pagi nampak nau dah lama sampai ko lupa.  Makanan semua potluck. Aku bawak roti jala, kem bawak nasik lemak, saadah fahmi bawak nugget and mandik rendang kalau tak silap aku. Sebab makanan banyak nau, makanya idok la kami ni dapat perabihkan and kena laa tapau sikit sorang. Ok malas taip, tengok gambo sudah. Takdo apa nak cerita pun sebab biasa kalau jumpe gini gosip menggosip adalah wojibbbb. So harapnya tahun depan or lagi 2 tahun boleh buat lagi and harapnya semua boleh mai. Maybe tahun lepas ni bleh g johor pulekkk, pergi serang rumah fahmi and Saadah.

Tuan tanah kedaung, Kem and Mandiq


Makanan yang ado


Bapak-bapak, emak-emak and anak-anak


Sesi mandi kolam