Hari ke dua di Phuket. Macam biasa, aku dan kawan aku la orang pertama yang akan turun breakfast. Pihak hotel ada sediakan makanan halal, tapinya tak banyak laa. Aku macam biasa laa, kalau kat hotel sure tolor dengan roti. Kalau ada bubur ku ambik bubur. Makanan so so laa..ada yang tak kena di tekak pun.
Tolor wojib ada. Masa aku makan ni takda orang pun. Takyah menunggu lama tolor tu.
Aktiviti hari ni ialah berada atas bot sepanjang hari. Hari ni island hoping ke Phang Nga, Koh Tapoo dan Koh Panyee. Kami tak berhenti pun kat pulau-pulau ni. Just round gitu je. Masing-masing malas nak turun segala and kami juga kejar masa sebab hari yang sama akan gerak ke Krabi pula.
Bila dah tengahari, perut mula la menyanyi-nyanyi. Tour agent dah arrange lunch di Muteara Floating Restaurant. Di sini macam kampung air. Ada rumah, masjid, surau dah lain-lain. Dekat sini jugak budak-budak ni mengila beli ikan bilis dan makanan lain jugak. Makanan dekat restaurant ni sedap jugak. Kalau dah dekat Thai sure laa tomyam dan jugak seafood yang lain kan. Dah kenyang, berjalan sekitar kampung air, boleh tengok aktiviti penduduk di sini. Aku ada ambik video masa dekat sini, ada aku tepek dalam IG. Sila-sila la skodeng.
#next entry cerita krabi pulak.
No comments:
Post a Comment