Friday, December 16, 2011

Happy Anniversary



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 5


SEMOGA PERKAHWINAN INI BAHAGIA SELALU


DAN JUGA KEKAL SEHINGGA AKHIR HAYAT




ps: mana mau sambut..ada idea..





Thursday, December 15, 2011

Novel

Lately ni suka baca novel.
Tak kisah sapa penulisnya.
Dulu suka Nurhayati Ibrahim.

2 3 bulan lepas try beli novel dia.
Dah tak leh masuk dengan cara penulisan dia.
Aku baca novel untuk release tensen.
Tapi kadang2 aku yang tensen.
Baca novel pun boleh nangis2.
Menghayati gile beb.

Siap boleh bayangkan Hero macam mana.
Dialog yang aku baca macam terdengar2 kat telinga aku.
Cetttt.

So itu je la koleksi novel yang ada.
Ada yang tak abis baca lagi.
Ada yang dalam plastik lagi.
Ada yang separuh jalan & simpan xtau bila nak baca.

Sekarang lagi tak sempat.
BZ nak closing lagi.
BZ nak audit lagi.
Adehhhhhh.

Walaupun tak ada masa nak baca,
Tapi aku suka beli sebab bila ada masa terluang nanti ada buku yang boleh di baca.
So selalu aku peruntukkan RM100 la utk novel.
Tak kisah la sebulan sekali or 2 bulan sekali.
Agak2 stok buku dah abis..aku pergi la terjah MPH.

OK..chow dulu..Itu aje mau cerite.



Wednesday, December 14, 2011

Review Azam 2011

Sepatutnya aku review "Azam 2011" bulan June hari tu.

Tapi nak buat macam mana kan.

BZ dengan ofis baru.

BZ dengan kerja baru.

So blog pun bercuti.

Bayangkan dari bulan April aku tak update.

Nasib la kan.

So hari ni tiba-tiba mood datang.

So kena la update selagi boleh.

So 1st thing kena update "Progress Azam 2011"

Azam 2010 yang di bawa ke 2011

1. Simpan duit

-Masih tak berjaya mencapai target. Sangat sedih. Hopefully tahun 2012 Allah akan murahkan rezeki aku untuk menyimpan at least 50% dari salary yang aku dapat.

2. Handbag idaman hati

-Walaupun duit sudah mencukupi, tetapi ada lagi benda yang lagi penting untuk dibeli.

3. Umrah

-Ini pun terpaksa di postpone sampai cukup rezeki/duit nanti.

4. Kereta/Van/Lori

-Hmm..tak dapat nak dibeli lagi walaupun kenderaan baru amat diperlukan. Harap-harap next year dapat la berkereta baru.

5. Wife yang baik & ibu penyayang

-Dalam process. Aku tak perfect. Tapi aku berusaha untuk bahagiakan orang lain.

Azam 2011


1. Berbakti pada orang tua terutamanya aboh.

-Masih dalam process. Sedang berusaha tapi kadang-kadang rasa sangat sedih sebab tak dapat berbakti 100%.

2. Mencari kerja baru
-Berjaya mendapat kerja awal tahun hari tu. Bukan di Shah Alam tapi di Bangi. Alhamdulillah.

3. Melancong ke luar negara-Korea kalau buleh

-Niat di hati memang nak pergi tahun ni. Tapi rezeki takde. So harap-harap tahun depan boleh la jejak kaki ke negara “Winter Sonata” ni.

4. Nak renovate rumah & hias cantik2

-Rumah dah dibeli. Renovate pun ala kadar. Takpe. Ada rezeki kita kasi cantik lagi rumah ni. Kali ni kasi tukar rumput & gate.

5. Nak banyakkan masak & makan kat rumah

-Ini boleh dikatakan 80% tercapai. Mostly memang makan & masak dekat rumah. Weekend je kalau malas pegi makan luar. Busan weiii makan masakan sendiri hari-hari.




Tuesday, December 13, 2011

Curang

Lately ni banyak sangat cerita pasal curang mencurangi.
Benda ni tak jadi dekat aku or keluarga terdekat.
Tapi telinga ni ada mendengar dan juga mata ni ada melihat.

Aku rasa dulu aku ada buat entry pasal ni.
Entah. Tiba-tiba nak tulis balik pasal isu ni.
Aku tak salahkan lelaki atau perempuan.
Sebabnya bukan LELAKI sahaja yang curang.
Sekarang zaman moden.
PEREMPUAN lagi berani.
PEREMPUAN pun boleh buat ape yang lelaki buat.

Hmmm. Aku nak komen takut.
Takut terjadi dekat diri aku.
Tapi bila ada antara kawan-kawan aku yang kena.
Aku tak terkata.
Kesian ok dengan dorang.
Kesian dekat anak-anak dorang jugak.

Punca terjadi aku pun tak tahu.
Tapi aku pelik.
Walaupun dah tahu SUAMI main kayu tiga empat.
Kenapa nak pejam mata lagi.
Kenapa dibiarkan jugak.
Kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.

Adoii. Kalau la benda ni jadi kat aku.
Aku tak tahu ape aku akan buat.
Berdiam diri or ambik tindakan yang drastik.
Yes. Aku sayang laki aku.
Tapi kalau kau dah tak percaya kenapa teruskan.
Apa yang ko nak pertahankan.
Anak-anak ke. Aku rasa diaorang akan paham satu hari nanti.
Kewangan ke. Ko bukan suri rumah. Ko bekerja. Maybe gaji ko lagi banyak dari laki ko.

Ada dua tiga blog aku baca pasal benda ni.
Tapi yang paling aku suka satu blog ni.
Bukan kate aku setuju ape yang dia buat.
Tapi aku suka sebab dia bagi perempuan tu rasa macam mana dia rasa.
Rasa curiga. Hati sakit. Unsecured. Macam2 la.
Hmmm.. KARMA beb KARMA.

Ape ko buat dekat orang.
Satu hari nanti kau akan kena balik.
Kalau bukan kau, anak kau.
Kalau bukan anak kau, cucu kau.
Kalau bukan cucu kau, cicit kau.
Allah bayar CASH je sekarang.
Tak kemana Masjid kau bina atas sengsara orang lain.
Kalau utuh & kukuh ALHAMDULILLAH.
Kalau roboh, sendiri mau ingat la.

P/s: ku berdoa agar MASJID ku bina ini berkekalan hingga akhir nafasku. AMINNN!!!!!




Happy Belated Birthday Sayang


Sarah Eizzaty sudah setahun.
5.12.2010 birthday budak kecik ni.
Ada sambut ke tak besday cik Puan ni.
Buat masa ni belum.
Tapi maybe nak buat jugak kecik2.
Panggil family sajo.
Cukup la.

Ape perkembangan budak kecik ni.
Sudah merangkak.
Jalan tak lagi.
Gigi ada 2 batang.
Berat 8.5 kilo.
Dr bilang beratnya cukup2 makan.
Adeh..nak bagi makan bubur dia taknak.
Nak makan nasik.
Macam gigi dah banyak.

Mulut mcm bertih jagung.
Cakapppp terberhenti.
Suka tiru ape yang orang buat.
Suka jerit.
Suka kacau abang Apit.
Nangis No. 1

Tu je la buat masa sekarang.

Sekarang kalau hala kamera.
Ko kira 1 2 3
Dia buat muka macam ni

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Mulut ternganga..hidung dikembangkan..baru cantikkkk...


Sarah Eizzaty
Happy Belated Birthday.
Ibu, Babah n Abg Apit doakan Sarah sihat selalu.
Panjang Umur.
Murah Rezeki.
Jadi anak yg solehah.
Anak yang cerdik.

Muahhhhhssss!!!!!


Friday, October 28, 2011

Balik Kampung

Weekend ni akan ke Terengganu.
Tujuan adalah BEKERJA.
Haishh!!! Tak best sungguh.
Disebabkan pergi sampai hari selasa.
Kena la angkut semua budak2+maid sekali.

Yes!!! dapat balik kampong.
Aku dah buat list apo yang nak di makan.
Dan juga list apo yang nak di beli.
Nak makan mi sup atas Pasar Payang.
Nak makan sata kat Kuala Kemaman.
Nak makan seafood celup tepung dekat kedai sebelah Airport.
Nak makan keropok lekor, nasik dagang, laksam.
Nyummmm!!!!

Sementara aku pegi kerja, Syafiq & babah kena buat aktiviti lain la.
Macam biasa la. Siang dok la rumah.
Dah petang boleh la pegi pantai main layang-layang.
Tak pun pegi jalan-jalan cari makan.
Haishhh!!! Makan je yang kau tahu.

Doakan kami selamat pergi dan selamat balik. Selasa balik, Rabu dah kerja. Penatttt.




Friday, April 29, 2011

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

Your current relationship, if single discuss how single life is.


MARRIED.


p/s: malas nak tulis banyak.


Cari kerja..cari kerja..

Korang ingat tak entry ini.
Bila dah selesai semuanye boleh la aku cerita kat sini.

Masa aku dah nak dekat bersalin dah dengar cerita ini.
Macam-macam verion yang aku dengar.
company nak bankrap la. Takde duit la.
Semua staff kontrak tak disambung la.
Tapi aku buat tak tahu je sebabnya BOS tak cakap ape-ape.

Bila aku naik kerja bulan 2. Bos datang kat bilik.
Bagitau la ape jadi & offer kat aku pigi KL.
Dengar nak kena pergi KL. Aku nak pitam.
Malas okeh. Nak harung jam segala.
Nak kena kuar rumah pagi-pagi buta.
Nak kena bayar toll & parking lagi.
Gila kedekut aku ni.

So bila dah takde hati nak kerja KL.
Apa lagi. Calling2 la sesape yang tahu lobang kerja.
Nasib la ada "Future SIL" shyra.
Dia la bagitau ada kosong kat tempat tu.
Aku apa lagi update resume. Pergi ambik gambo.

Tak silap lepas 2 minggu hantar resume.
Pergi interview & 3 week lepas tu dapat offer.
Dalam masa 3 weeks tu aku pergi gak interview tempat lain.
Mana tau ada rezeki kan.

Bila dah dapat offer letter rasa lega sangat.
Sebabnye aku taknak tanam anggur.
Taknak dok umah. Aku dah biasa kerja & ada duit sendiri.
Kang kalau tak kerja takleh la belanja sesuka hati.
Hahahahahah.

Now masa entry ni ditulis.
Khamis ni aku last company lama.
Rasa happy sebab nak ke tempat baru.
Yang malasnye nak kena mula balik.
Kena kenal balik ngan rakan2 lain.
Kena belajar balik accounting software.
Adehhh..tu yang malas.

Aku mintak-mintak semua ok di sana.
Hopefully aku leh la tahan dengan karenah manusia2 yang ada kat sana.
Aminnnnnn!!!


Thursday, April 28, 2011

Day 11 – A picture of your favorite memory

A picture of your favorite memory


Banyak sebenarnya. Tajuk suruh letak satu, tapi aku letak DUA. Salah satu dari banyak fav memory yang aku ada.

Matrik IPDA-UUM 1998/1999

Kenapa aku pilih gambar masa matrik. Banyak kenangan weiii!!!

- Masa aku matrik tengah popular MIRC. Masa tu tengah gila chatting la. Nak tau nickname aku bila chatting. L[a]DieS. Hahahaha. Sampaikan boleh keluar pagi-pagi buta sebab nak book tempat. Almaklum la. CC yang ada berapa kerat je kat IPDA. Nak kena berebut dengan cikgu-cikgu lagi. Budak-budak matrik lagi.

- Tinggal 1 rumah ngan kawan-kawan matrik. 1 rumah 10 orang. So korang tau la macam-macam perangai yang ada. Tapi yang aku paling suka, budak-budak rumah aku semua 1 kepala. So kalau nak buat kerja-kerja yang tak manfaat ni..memang 1 rumah buat.

- Masa ni kalau keluar pergi bandar naik bas/kereta. Selalunya bas la. Tapi ko bayangkan la, kalau beli barang dapur. 10 orang punya mulut, 2 troley pun tak cukup. Selalu kalau pergi beli orang mesti tau ni mesti budak-budak UUM or matrik sebab dok membeli-belah bahan makanan macam la nak kena catu/habis makan tu. Semua dia nak borong.

- Ponteng. Jangan tak tahu. Aku masa matrik pun ada gak ponteng. Ponteng kursus haji. Kiteorang kuar dr IPDA & check-in kat Hotel Sentosa. Pastu pergi blind date. Aku nak jumpe budak yang chat ngan aku. Nasib la dia tak lari jumpa aku. Kalau tak, maluuuuu!!!!.

Malam ape ntah..ni la baju unuk tarian Agogo. Tak kena kan. Ade aku kesah!!!

- Masa dah nak abis matrik, ada malam ape tah. Semua kena buat persembahan. Kelas aku buat tarian Agogo. Belasah je la labu. Aku bukan tau menari. Tapi disebabkan semua perempuan, so tak kisah la macam mana rupanya. Asal menari, sudahhhh!!.

- Beli T-shirt. Asal ada orang jual t-shirt matrik-uum, aku beli. Ntah kenapa aku mesti akan beli kalau orang jual kat aku. Last-last melambak t-shirt matrik-uum. Disebabkan dah banyak, aku buat t-shirt tu jadi baju jalan. Ape lagi, bangga la orang tau aku ni student matrik. Ntah hape-hape.

-Budak-budak matriks IPDA-UUM kena stay kat maktab dari pagi sampai petang. Tapi disebabkan sangap kan, kan kelas dah habis, tapi dipaksa gak dok kat maktab, maka kami beramai-ramai lari ke arah van kontot & suruh bawak balik rumah. Sampai pintu pagar nampak pengetua dengan rotan. Ape lagi, bebel la. Tahan je la telinga.

Tu je la. Sebenarnye banyak lagi. Kang kalau aku rajin aku cerita la dari sekolah sampai masuk UUM. Walaupun takde la best sangat & aku pun tak pasti korang nak baca ke tidak. Tapi takpe la, kut anak cucu aku nak baca satu hari nanti kan. Kang kalau cucu aku tanya, aku buleh jawab gini "cu pegi la baca kat blog nek". Kelassss mak nyah!!!!. Hahaha.



Jalan-Jalan Buang Masa

Cerita zaman bila ni. Bulan lepas rasanye.
Punya la lama aku tak update. Malas betul nak update.
Okey. Aku rasa masa ni aku & laki aku bawak papik pigi Time Square.
Sebabnye kesian dekat dia. Dah berapa weekend dia kena dok rumah.
Laki aku sibuk kerja. So bila dia cuti we all pun zass ke sini.

Tujuannye satu. Kasi dia main dekat park sini.
So hari ni memang hari untuk dia. Kasi dia main sampai puas.
Sampai sini dalam kul 10. Balik pukul 3.
Lama tak. Hahahahah..


Park yang tak berapa best.
Mainan untuk budak-budak sikit sangat.
Untuk dewasa banyak la jugak.
Bila masuk sini agak boring jugak.
Asyik layan ketapi,bas terbang & lain-lain.

Dalam ketapi..sakit buntutku naik ketapi ni..



Layan gambo je la ek. Malas nak taip.
Perasan tak benjol kat kepala papik.
Budak ni terantuk meja.
Nasib tak beso mana benjolnye.

Ok. Abis dah.
Macam hampes entry aku.
Lantak. Asalkan ado.


Wednesday, April 27, 2011

Day 9 – A photo of the item you last purchased.


Mood membaca sudah datang..so weekend lepas pigi terjah Book Fair.
Rembat la seketul dua novel. Ikutkan nak beli buku apit.
Ramainye umat. Tak sanggup nak berlama-lama kat sana.
So ini je la yang sempat dibeli.


Wordless Wednesdayw

Sarah @ 4 months old.


Thursday, March 31, 2011

Sapa Pernah Dengar Lagu Ni!!




Layan ye u olszzz!!!

(sumber dari you-tube)


Make-Make @ KL Tower

Cerita entah minggu bila.
Bateri camera dah kong.
Dengan malasnya. Dengan takde moodnya.
Maka entry ni dok la bertapa dalam draft.

Biasa la. Bab makan memang aku suka.
Ntah tiba-tiba laki aku ajak mai sini makan.
Mula-mula aku ingatkan dia nak ajak Hi-Tea ajo!!.
Rupa-rupanya lunch. Ok la. Boleh makan sedap sikit.

So bila tiba masa bersiap awal sikit.
Pergi awal boleh dok lama melantak makanan yang ada.
Ingatkan nak ambik la gambar kat luar.
Harapan berkecai. Dari pergi sampai la balik.
Hujan manjang.

Dalam kereta. Aku suruh dia muncungkan mulut. Dia boh layan je aku. Ciss!!!
Sampai-sampai terus la ambik pas.
Naik lif. Terus rasa telinga berdengung macam naik kapal terbang.

Tapi tak terasa la tinggi ke ape sebab lift tu laju kut.
Aku nak ambik gambar yang tulis dah berapa tinggi lift tu jalan.

Tapi ada orang pulak. Kang dia kata aku jakun pulak.

Tapi memang jakun pun. Hahahaha.


Lift akan berenti kat tempat nak tengok Kl dari atas KL Tower.
Aku tak tahu kebenda namanya.
Pastu baru ke restoran.
Tapi aku & laki aku terus ke restoran.
Sampai-sampai terus di bawa ke meja.
Hahaha. Masa ni ada la dua tiga ketul orang tengah makan.

Masa ni baru kul 12 tengahari.
Gila gigih weii. Bufet ni dari pukul 12-3 ptg.
Ada 3 seksyen la. Melayu. Western. Desert.

Aku budget western ada la lamb ke.ape-ape yang di panggang la kan.

Nyata xde wehhh. Kempunan aku.
Dah nama restoran nye seri Melayu.
Of cos la makan melayu yang banyak.


Nasik beryani kut. Dengan lauk-lauk yang ada. Kat bahagian melayu ni ada macam-macam. Rendang, roti canai, mi rebus, sotong kangkung, pecal, rojak buah & lain-lain.

Ni makanan western. Macam biasa la. Salad, Solmon, coslow & ape2 ntah lagi. Aku makan mcm kat atas ni je. Sekali je aku round area tu sebab tak menarik.

Ni nasik. Sotong. Daging & sayur. Aku makan gak mi rebus tapi tak ambik gambo.

Rojak buah sikit. pasembor sikit. pecal sikit. Sotong kangkung sikit.

Si budak kecik satu hape pun taknak makan. Ko tengok umpan ngan kek pun dia taknak makan. Tapikan desert dia pun tak best weiii.. Aku rasa puding roti je best. Yang lain SO-SO jer.


Buah hati hambe!!!!

Budak nakai. Makanan dia ludah macam makan tepi jalan. Nasib baik la tak ramai orang.

Percubaan mengambil gambar berdua. GAGAL.

Last sekali gambar pemandangan. Banyak sebenarnya gambar. Malas nak upload. Hambik 1 je la.
Dah habis makan turun tingkat bawah tengok pemandangan KL.
Tapi ramainya manusia. Aku just jalan 1 round. Pastu keluar.
Ingatkan nak ambik gambar kat luar. Hujan lagi.
Maka tiada la gambar berlatar belakang KL Tower. Frust!!!!!


* Kalau tanya aku nak datang lunch lagi sini or tak. Rasanya tak berbaloi. Baik pergi mana-mana hotel. Harga pun sama jugak. Cumanya sambil makan sambil pusing-pusing tengok bandar KL.


**Nak cuba dinner. Mana tau better dari lunch kan. Maybe aku belanja kali ni..

***Dah habis makan. Masa jalan pun dok rasa pening-pening sebab menda tu kan berputar. Dah nama "Restoran berputar". Gila jakun aku.


Wednesday, March 30, 2011

Your're In Love



"You're In Love"

Open the door and come in
I'm so glad to see you my friend
Don't know how long it has been
Having those feelings again.

And now I see that you're so happy
And ooh, it just sets me free
And I'd like to see
Us as good of friends
As we used to be

[Chorus:]
Aah, my love, Aah
You're in love
That's the way
It should be
'Cause I want you to be happy
You're in love
And I know
That you're not in love with me
Ooh it's enough
For me to know
That you're in love
Now I'll let you go
'Cause I know
That you're in love

Sometimes it's hard to believe
That you're never coming back to me
I've had this dream that you'd always be by my side
Oh I could have died.

But now I see that you're so happy
And ooh, it just sets me free.
And I'd like to see
Us as good of friends
As we used to be

[Chorus]

I tried to find you but you were so far away
I was praying that fate would bring you back to me
Someday, someday, someday... Ooh, you're in love

Ooh it's enough
For me to know
That you're in love
Now I'll let you go
'Cause I know
That you're in love


Aku dengar lagu ni masa sekolah rendah..Dok la main dalam otak tapi tak ingat tajuk & sapa yang nyanyi..so sebab dah tak tahan nak dengarkan..gigih la cari..akhirrrnnyaaaa...jumpe beb..teringat memori lama..hehehe..


(Sumber: You-tube.com)

Korang Blog Sebab Ape??????

Ce kabo sikit.
Korang blog sebab ape.

Aku rasa VP ada keluar isu ni dalam blog dia.


Aku blog sebab :

1. Aku nak simpan semua stroy yg best or tak best pasal aku & family.
2. Aku perlukan tempat untuk luahkan segala isi hati aku.
3. Tempat aku berkenalan dengan blogger2 lain.


Aku diperkenalkan dengan blog oleh adik aku.

Masa tu aku prenantkan Syafiq.
Disebabkan ada masa lapang.
Aku saja create satu account blogspot.

Macam biasa la kan orang yang buta IT.

Apa pun tak tahu.

So aku ambik masa jugak belajar buat blog ni.


Sekarang dah 3 tahun aku tulis blog.

Sampai satu tahap kawan aku cakap aku tak ramai follower.
Hmmm. Aku tak kisah pun.
So dia bagi la tips.

Bagi komen & ajak blogger lain jadi follower blog aku.
Serius aku ada cuba 2-3 blog buat gitu.
Sampai aku rasa
ape pasal aku nak buat swmua itu.
"Hi..saya follow awak..awak follow la saya".
Apekejadah yang aku buat.
Macam mintak sedekah tah hape-hape okey.

Bila dah sedar diri aku stop.


So rasanye ada la 2-3 blog dapat msg aku gitu.
Hahahahahah.
Nasibla. Saya sudah insap.

Aku berblog bukan sebab nak ramai follower

Okey..tak dinafikan dapat ramai follower satu bonus kan.
So rating blog korang pun boleh naik sebab dorang dok nyinggah blog ko.
So ape aku buat untuk mempopularkan blog aku.
NOTHING.


Aku tak letak link blog kat FB.

Yang mana kalau aku letak potensi kawan2 sekolah, Universiti akan klik.

Aku tak bagi tahu link blog aku kat officemate aku.

Yang ada YM maybe tahu sebab aku ada letak.

Tu pun untuk kawan-kawan rapat aku sahaja.
Aku memang gemar bloghop kat semua blog.
Tapi yang pastinya aku tak tinggalkan jejak.

Kalau aku tinggal jejak.
Potensi untuk orang pergi ke blog aku tinggi jugak.


Semua ada tujuan masing-masing bila berblog.
Ada sebab nak tulis pengalaman untuk ingatan sendiri.

Ada nak mengembangkan perhubungan.

Ada yang nak menambahkan income.

Macam-macam la.

Aku tak bersedia nak bagi orang lain baca blog aku.

Okey..kalau taknak orang baca kenapa aku tak privatekan je blog aku kan.

Sebab aku taknak.
Yang penting aku tak bagi tau sesiapa pasal blog aku.

Kalu orang-orang tertentu jumpa blog aku.

Terima kasih sebab sudi berusaha cari blog aku.

Hahahaah Perasan fofular ko!!!.

Tak kisah la ape pun niat berblog.

Yang penting jujur & ikhlas.
Jangan ada tipu-tipu.

Jangan suka kutuk-kutuk blogger lain.

Jangan ada hasad dengki dgn kesenangan orang lain.

Jangan kutuk life orang lain.

Masing-masing ada kehidupan masing-masing.


p/s: Entry ditulis kul 3 pagi. Mata dah layu. Tapi perut lapo!!!





Tuesday, March 29, 2011

Day 8 – Your dream wedding.

Your Dream Wedding


Aku simple orangnye.
Ko taknak sanding pun takpe.
Sebab aku rimas orang dok pandang aku
.
Aku rimas nak make-up bagai.
Aku rimas kena pakai baju songket or lace
.
Bagi aku buat wajib je dah okey
.
Akad nikah.
Buat la kat mana pun
.
Masjid or rumah asalkan semuanye selesai & sah
.

Tapi biasa la orang tua
.
Nak anak dia kawin
.
Biar tak gah mana pun asalkan majlis tu lengkap
.
Ada Nikah, ada sanding, mkn beradap & potong kek
.
Baju songket lace takmau.

Nampak tradisional sikit
.
Tapi mak aku bab baju dia tak kisah.
Aku yang cerewet ntah hape-hape.

Serius masa aku kawin mak aku setel semua
.
Aku bizi kerjaaaa
.
Yang aku tau lagi 2-3 nak kawin baru balik
.
Dari barang hantaran sampai hias bilik.
Semua mak aku buat.
Aku cuma tukang kuar duit
.
Beli barang hantaran.

Aku balik semua dah siap

Tinggal makanan jer
.
Bab pilih baju aku paling tak suka.
Pegi banyak kedai.
Tapi biasa la aku
.
Macam-macam.
Semua tak kena
.
Last2 mak aku jalan sorang cari baju.
Mana dia berkenan baru dia kabo aku.
Dah tahu yang mana baru aku pegi cuba.

So kalau tanya aku "My dream Wedding"
.
Ringkas,Padat,Kemas.
Itu saja dari saya
.
Aku dah kawin
.
Malas nak pikir pasal entry ni.
Tu yang ngarut sikit
.

p/s: tak best entry takde gambo!!!!!.


Kapur Kasut

Result SPM kuar 2-3 hari lepas.
Macam mana korang rasa masa ambik result tu.
Kalau cerita pasal aku masa SPM.
Hmmm...berdebar ko
.

Ok..masa exam SPM mak aku yang hantar & ambik aku kat sekolah
.
Alasannye taknak aku pening kepala masa jawab exam
.
Selama aku sekolah parents aku tak pernah hantar & ambik
.
Semua kaki yang buat kerja.
Sekolah dengan rumah dalam 15 minit gak la.

Aku jawab macam biasa la kan
.
Betul salah belakang kira.
Tapi sakit hati okey
.
Asal abis exam jumpe member & bincang2.
Masa tu mula la..ala aku tak jawab tu..aku jawab ni.
Dah gelabah gila
.
Takut gagal
.
Yang paling aku tak lupa Add Math
.
Aku memang malas gila weiii
.
Sekolah dulu form 5 pun boleh ponteng lagi.
Kerja sekolah Add Math selalu aku tiru jer.
So masa exam terkebil-kebil tengok soalan
.
Soalan no 1 aku dah tak tau jawab
ape.
Sudahnye aku salin balik soalan tu
.
Hahahahaha..

Sampai aku kena gelak dengan penjaga exam tu
.
Punya la bingai..suruh belajar ponteng.

So masa nak ambik result exam tu berdebar-debar la ko
.
Kang kalau gagal kena kawin marah.
Beratur la kat kantin ambik result
.
Budak yang paling nakai kat sekolah pun dpt Pangkat 1
.
Aku dh tak keruan
.
Aku no 2
.
Budak depan aku cuak gak
.
Aku tengok cikgu dok selak-selak
.
Aku nampak la pangkat 2
.
Nak nangis okey!!!!!!!!!!!!!.
Rupa-rupanye result tu utk budak depan aku
.
Nasibbbbbbbbbbbbbbb Baikkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.
Tiba giliran aku
.
Cikgu cakap.
"Awak dapat pangkat 2" dengan senyum2 kambing lak tu.
Cuak okehhhhhhhhhhhh.
Bila dia bagi slip aku mcm nak melompat.
Nasib baik pangkat 1
.
Tapi Add Math korang tau dapat berapa.
P7..sikit lagi nak gagal wehhhh.

Tu la pengalaman aku.
Apa motip aku letak tajuk tu
.
Entah..takde idea nak letak ape.
Bantai saja la Labuuuu!!!!!
.



Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah


Setelah berhempas pulas berusaha.
Dalam masa sebulan pergi sana sini.
Keputusan di buat tetap dan teguh.
Segalanye demi diri sendiri & keluarga.

Alhamdulliah semua telah selamat.
Doa dimakbulkan.
Akan ditulis dalam entry akan datang bila segala-galanya selesai.
Alhamdulillah.