Tuesday, June 4, 2013

Benci meluat

Pernah tak korang rasa meluat dengan seseorang. Perangai dia macam bagus. Orang lain semua buruk, dia saja la yang cantik. Ini bukan cantik rupa paras, ini cantik buruk perangai. Aku ni jenia tak ambik tahu pasal orang sekeliling. Aku ambik tahu ala kadar gitu. Contohnye dia sakit ke ada musibah ke. Benda-benda yamg memang wajib ko ambik tahu kan. Lately aku macam perasan ada orang macam tak berkenan dengan aku. Terfikir jugak apa yang aku buat sampaikan jadi tak selasa. Bukan aku je tak selesa dengan dia, maybe dia pun tak selesa macam aku. Semalam ada persoalan siapa nak pegang duit. Then keluar la suara dia. , "Erna ke". Why kalau aku pegang duit, ko ada masalah ke. Aku pun tak teringin nak pegang duit orang. So sila la cari orang lain. 

Aku memang konpius. Ape yang aku buat sampai tak suka sangat dengan aku. Tapi aku ambik jalan mudah. Ko tak suka, itu bukan masalah aku. Aku layan semua rakan sekerja sama aja. Rakan sekerja hanya di tempat kerja. Tak boleh jadi BFF. Aku memang taknak ambik tahu orang mana suka aku orang mana tak suka aku. Semuanya takde kepentingan untuk aku. Yang aku tahu kerja opis aku beres. Kalau kena tegur, aku tegur. Nak dengar or tak bukan jugak masalah aku.

Why ek dulu-dulu, masa aku kerja aku dapat je kawan yang baik. Kawan kerja yang sampai sekarang baik and jadi BFF aku. Why laaaa. Tak kisah la. Aku taknak hati aku rosak sebab benda-benda tak berfaedah. Aku taknak fikir and ambik tahu apa orang nak cakap. Yang pasti orang terdekat dengan aku tahu aku macam mana. Aku rasa kerja mana-mana pun sama je. Ada je orang JENIS NI . Maybe bersepah-sepah kat company korang. Kalau korang alaminye, buat macam aku. Diam bukan bererti mengalah. Diam untuk menjaga air muka and maruah kita. Taknak gaduh-gaduh, sentap menyentap, tarik muka sesama sendiri. Biar dia dengan dunia dia. Kita dengan dunia kita. Yang pasti ALLAH ada dengan kita.

Ok . Abis bebelan kosong dari ku ini. Chowww.

Monday, June 3, 2013

Jalan-jalan ke Genting Highland

Jalan-jalan ke Genting pun tak plan. Tiba-tiba aje hubby ajak pergi. Aku kalau boleh nak la tido sana, malas nak balik hari. Tapi almaklum la kan, cuti lama, mana nak ada bilik lagi. So we decide untuk gamble je. Pergi je sana bawak kain baju semua and nanti tanya ada bilik ke idok.

Sampai dah pukul 11, terus ke counter tanya ada bilik ke tak. Hampa weh. Bilik yilek pochi. Dia suruh letak nama kat senarai waiting list. Dah tulis nama tiba-tiba ada budak approch laki ku. Katenya kawan dia tak jadi datang. Dia nak balik tapi nanti dia rugi sebab bilik dah bayar. Dia nak jual kat kiteorg. Ape lagi kan. Macam orang ngantok disorongkan bantal, of cos la ambik kan bilik tu. Dah setel semua p la tengok bilik. Dapat dok Tower 2 level 20.

Dah sudah letak bag, moh la kita mencekik. Syafiq nak makan pizza,merasa la makan pizza mahai. Makan ataih ni memang mahai macam jin. Sudah makan jalan-jalan dulu pastu balik bilik rehat2. Kat bawah nun ramai orang, panas. Dok bilik gak sedap. Nyaman and sejuk je.

Dah nama pergi genting, sure nak main apa yang ada kan. We all decided main indoor saja. Bagi budak-budak main train, and apa-apa yang ada. Tapi almaklum la, pergi musim cuti sekolah, beratur panjang and ambik masa sikit. Kami main pun tak lama. Macam tak berbaloi pulak beli tiket mahal-mahal tapi tak main sangat. Yang menarik mata kami ialah shopping. Sana sini tengah SALE. Wah wah, shopping sampai dekat Genting sana. Tak kisah la kan, asalkan berbaloi-baloi.

Esoknya breakfast pergi makan kedai mamak. Kedai tu agak jauh jugak. Dekat dengan stesen cable car. Terfikir di kepala otakku, kenapa kedai mamak ni tak berada di kawasan tumpuan. Sebab berbau ke or sebab apa. Dah bedal roti canai sorang satu, terus kemas barang check out. Tujuan utama check out awal sebab nak shopping. Selesai semua kami balik around pukul 2. Penat tapi berbaloiii.

Ok. Abis dah cerita Genting. Nanti kita sambung cerita balik terengganu. Kalau jadi balik. Chow.