Thursday, December 27, 2012

Rezeki di pagi hari

Sarah budak pembawa rezeki. Budak ni semua geram dekat dia. Dah la gemuk, bam-bam plak tu. Takde la gemuk and bam-bam sangat, tapi bagi aku kira gemuks la sebab syafiq dulu masa 2 tahun berat mana sampai 10 kilo. Budak ni 2 tahun dah 11 kilo.

Pagi ni sebelum pergi ofis, singgah makan dekat Azura. Syafiq and Sarah tido lagi, so angkut je dalam kereta. Sampai, makan cepat-cepat sebab nak pergi ofis. Nak balik tu ada sorang pakcik dok lambai-lambai kat Sarah. Budak ni mana nak dekat orang. Pakcik tu try lagi nak pancing Sarah, bukak wallet bagi RM1. Sarah buat tak heran. Bila lalu sebelah pakcik tu, dia pun hulurlah RM1 tu, dengan muka tak malu Sarah ambik. Aku suruh dia salam, haremmm dia taknak. Aku dah naik segan, cakap terima kasih and blah.

Dalam kereta dia dok kibar-kibar duit RM1 tu. Maybe dalam hati bangga pagi-pagi dah dapat RM1. huhuhu.



Wednesday, December 26, 2012

WW-Part 8






Ally McBeal

Ally Mcbeal. Siapa penah tengok cerita ni. Angkat tangan. Aku memang gila dengan cerita ni. Merata jugak aku cari CD/DVD cerita ni, non hado. Hampa. Mana ek nak cari cerita ni. Kalau ada hok free bagus jugak. Sesapa nak bagi link sila la. Amat dialu-alukan.

Tak silap aku cerita ni ada 5 season. Start dari tahun 1997 sampai la 2002. Lama gila punya cerita. Aku nak sangat-sangat tengok balik cerita ni. Nak sangat-sangat.Arghhh!! Tension..tension.

Cepat-cepat, bagitau kat mana nak beli. Cepat bagitau kat mana nak download free. Aku buta IT plus malas nak cari. Bolehh!!

Sesapa yang tolong tu aku dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH. THANK YOU sangat-sangat.

Chow.


Wednesday, December 5, 2012

Happy Birthday Sarah


Happy birthday anak ibu Sarah Eizzaty. Ibu harap sarah sihat selalu, murah rezeki, panjang umur dan happy selalu. Ibu, Babah and abang Afiq sayang sarah banyak-banyak.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 2. Muahsssss.



WW-Part 6


Baskin Robbins. Ni la stok setiap 31hb. Lambatnya nak abis bulan ni. Nak beli lagi.


Tuesday, November 20, 2012

Kalau Memang Harus Begitu-Acik Lana

 


Aku bagi buku ni 4 star. Masa mula-mula baca slow sikit. Rasanya lepas bab 2 or 3 dah ok. Ko akan jadi tak sabar nak tahu ending cerita ni macam mana. Masa aku baca aku rasa macam nak skip aje bab-bab lain, nak baca ending macam mana. Tapi sabarrrrrr. Bab-bab imaginasi bagi dekat aku. Aku dapat bayangkan Tuan Putra macam mana. Dengan hensemnye. Muka serius tapi comel. Dengan tinggi lampainya. Dengan romantiknya. Wahhh!!! sukanya dapat bos macam ni. Yang heroinnye aku bayangkan comel. Putih melepak. Muka blur and pakai tudung. Boleh tak aku bayangkan Adara tu pakai tudung sedangkan sebenarnya dalam buku tu dia tak pakai tudung pun. Korang tau aku bayangkan siapa heroin tu..haha..Ana Suzana..blogger yang suka masak sedap tu..nyum..nyum..Ana kan kecik molek je..berat pun 45kg kut. Yang heronya takde pulak di alam nyata..ada di alam khayalan aku ajer..

Aku ambik masa 2 hari habiskan baca buku ni. Macam biasalakan,  mula-mula benci, gaduh setiap hari and bila si Adara dah ubah penampilan dari selekeh, pakai baju lama bertukar jadi perempuan yang cantik baru la si Tuan Putra perasan yang cantik jugak budak comot ni. Dah suka tapi taknak bagitau dan yang si Adara tak perasan yang Tuan Putra tu dah tergila-gila suka dia. Bertunang dan berkahwin. Mula-mula bahagia. Lepas ada masalah gaduh-gaduh sampai nak bercerai. Hmm..ending cerita ni boleh tahan la and macam biasa happy ending.

Buku ni tak boleh buat aku nangis sebab takde part sedih yang dapat sentuh hati aku ni..chewaaaahhhhh!!!.

Ok..aku bagi sinopsis cerita ni. Kang kalau korang rajin pegi la beli and baca.

Sinopsis Kalau Memang Harus Begitu

Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….




Monday, November 19, 2012

Produk muka

Aku ada masalah dengan penjagaan muka. Aku dah guna macam-macam brand, tapi semuanya hanya mampu bertahan selama sebulan. Lepas sebulan, gatal-gatal la muka aku. Brand apa aku tak guna, semua dah cuba. Tapi aku guna brand biasa-biasa je la. Takde la 1 pencuci muka sampai beratus-ratus kan.

Disebabkan dah tak tahan dengan kegatalan muka, aku decide nak cuba brand hok mahal sikit. Tapinya aku tak mampu la nak pakai SKII, Chanel or brand2 mahal yang lain. Aku try google mana yang ok, end up aku terjumpa satu blog, dia cakap dia try brand ni and ok dengan kulit dia. Aku nak test la kan, pergi la aku ke Mid Valley semata-mata nak beli brand ni. Apakah brandnye..sila lihat..




Aku beli pencuci muka, toner, moisterizer and masker. Rasanya kos untuk semua dalam RM300 lebih. Pecah rekod la aku belanja banyak tu untuk muka. Dia ada bagi sample night serum, UV protected krim dan juga krim mata. Semua aku pakai and aku suka. Masalahnya mahai benor. Macam night serum tu botol kecik toik harga RM200 lebih, UV protected tu tiub kecik harga RM150. Fuhhh!!! lap peluh. Bukan tak boleh beli, tapi sayang duit. Hahahaha.

Aku dah pakai dalam 3 bulan. Banyak la perubahannya. Muka tak gatal. Liang roma x besar and makin mengecik, kulit muka jadi lembut. Nak aku tempek muka aku kat sini karang korang muntah plak. Nanti
aku ambik muka tak pakai bedak. Jangan pengsan sudah bila tengok.

Barang-barang muka dah nak abis. So bersiap sedia la nak perabiskan duit kat situ. Adehhh..sayang..sayang..aku sayang duitttttt!!!!

Wednesday, November 7, 2012

WW-Part 6


Rindu kawan-kawan masa UUM. Bila la nak jumpa ek.




Thursday, November 1, 2012

Sarah

Budak yang suka cakap, makan and nyanyi


Sarah demam, batuk and cirit birit. Batuk dah nak dekat seminggu tak baik-baik. Ubat dah tukar 2 kali. Dia pun macam tak selesa mana sebab tak sihat. Ibu dia macam zombie. Malam tidor-tidor ayam. Kejap-kejap budak ni nangis sebab batuk. 

Ya allah, sembuhkanlah anakku. Berikanlan kesihatan yang baik pada anak-anakku. Jauhkan anak-anakku dari penyakit berbahaya. Aminn.

Ibu rindu nak tengok sarah sihat. Suara tak serak, tak batuk, makan banyak, nyanyi and banyak cakap. Cepat la sihat sarahhhh!!!.



Tuesday, October 30, 2012

Laksa Penang

Aku memang hantu laksa. Makan laksa hari-hari pun takpe syaratnya kuah laksa mesti sedap. Kalau nak sedap haruslah masak sendiri kan. Aku jenis malas duduk dapur lama-lama. Kalau laksa ni bleh masak dalam masa 2 minit alangkah bahagianya.

Cara aku masak laksa simple sangat. Jimat masa dan tenaga. Mari sama-sama kita lihat ek.

bahan-bahan untuk kuah












Bahan-bahan untuk kuah:

1 tin sardin (apa-apa brand pun takpe)
5 biji cili besar
1 ikat daun kesum
1 ikat bunga kantan
1/2 biji bawang besar
10 biji cili padi (aku selalu letak lebih sebab suka pedas)
1 ibu jari belacan
Asam gelugor

Cara-cara:

Basuh semua bahan-bahan diatas. Potong cili dan buang bijinye. Blendkan cili, daun kesum, bunga kantan, cili padi, bawang besar dan belacan. Sebelum blend letak periuk berisi air atas dapur. Dah siap blend curah la dalam periuk hasil yang diblend tadi.

Bukak tin sardin dan buang sosnye (isi jangan buang ek). Blendkan isi sardin sahaja beserta air yang didihkan tadi. Blendlah sampai lumat dan curah dalam periuk tadi. Letak asam gelugor 2-3 keping beserta garam. Tunggu sampai mengelegak. Rasalah kut-kut kurang masin masam, korang adjust la sendiri. Laksa jangan lupa rebus.

Tadaaaa..siappppp!!!

:

:

:

:



Kuah laksa atas dapur

nyum-nyum

Dah siap bleh la dihidangkan dengan timun, cili, dan juga bawang. Jemput makan semua.

Monday, October 29, 2012

Drowning



Don’t pretend you’re sorry
I know you’re not
You know you’ve got the power
To make me weak inside
And girl, you leave me breathless
But it’s okay
Cause you are my survival
Now hear me say
I can’t imagine
Life without your love
And even forever
Don’t seem like long enough
Every time I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love
Every time I try to rise above
I’m swept away by love
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love

Maybe I’m a drifter
Maybe not
Cause I have known the safety
Of floating freely in your arms
I don’t need another life line
It’s not for me
Cause only you can save me
Oh, can’t you see
I can’t imagine
Life without your love
And even forever
Don’t seem like long enough
(Don’t seem like long enough yeah)
Every time I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love
Every time I try to rise above
I’m swept away by love
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love
Go on and pull me under
Cover me with dreams, yeah
Love me mouth to mouth now
You know I can’t resist
Cause you’re the air that I breathe
Every time I breathe I take you in
(Cause every time I breathe yeah)
And, my heart beats again
Baby, I can’t help it (baby I can’t help it)
You keep me drowning in your love
And, every time I try to rise above
I’m swept away by love
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love (ooh, ooh)
Baby I can’t help it
You keep me drowning in your love (got me drowning)
oh oh oh
You’ve got me drowning
You really got me drowning in your love
Baby, I can’t help it
Can’t help it oh no
(got me drowning)
Cause ever time I breathe I take you in (yes I do)
Then my heart beats again (Oh)
Baby, I can’t help it (baby, I can’t help it)
Keep me drowning in your love (oh no)
And every time I try to rise above (got me drowning)
I’m swept away by love
Baby, I can’t help it
Keep me drowning in your love


Friday, October 26, 2012

Poligami

Entry yang dah ada dalam draft. Entah kenapa aku tak publish aku tak tau la.

Aku berbulu dengan sorang caller  ni. Pagi tu hot.fm dok buat topik ape benda ntah. Tup-tup minah ni cadangkan "Hari Poligami". Desprate sangat dah minah ni sampaikan sanggup call tu. Kalu hari poligami tu takde, tak kawin la dia.

Konpius aku dengan perempuan ni. Bukan main banyak laki bujang kat luar sana, dengan laki orang jugak dia nak. Sanggup pulak tu tunggu 2 tahun. Adoiiilaaa. Perempuan ni aku rasa bengap kut. Sifat lelaki ni, kalau dia nak sangat kat perempuan tu, ape dia kisah dengan 1st wife dia, bagi sign ke tak dia peduli ape asalkan dia kawin. Kalaula dia nak kawin kan, awal-awal lagi dia dah kawin. Siam pun siam la. Takat kena denda aje pun bila nak register kat sini.

Ni ape ke bodoh la menunggu ke laki tu sampai 2 tahun. Jadi andartu dulu la baru dapat kawin. Aku tak marah sebab dia nak kawin. Kalau ko buat cara baik orang takkan marah (note: orang tak marah tapi berbulu-bulu dengan ko). Ni dah la nak kat laki orang, ko cakap-cakap lagi yang kalau laki ada perempuan lain maknanya dia dah tak sayang kat wife dia. Mana kau tahu dia tak sayang 1st wife dia. Sebab dia sayang 1st wife dia la kau tak kawin-kawin sampai sekarang.

Hai la perempuan sekarang, aku yang dengar pun malu. Aku rasa mak pak dia lagi malu dapat anak gini. Ni kalau kena kat mak aku, sah-sah arwah dah aku sekarang ni. Buat caller tersebut, kesian pada anda sebab terpaksa menunggu lelaki durjana menjadi suami anda. Bak kata kak Di, ko hanya ada dalam list KIV lelaki tersebut. So sampai bila tu, ko tepuk dada tanya hati sendiri sampai bila nak menunggu.

Dah itu ajer.











Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat hari raya haji kawan-kawan. Aku macam tahun-tahun sebelum ni la, raya kat Puchong je. Malam ni balik Puchong sebab ada takbir rumah ke rumah. Mintak-mintak la kena rumah yang awal-awal. Kalau lambat alamatnya beleh la mata den ni.

Jumaat dah balik Bangi semula. Misi menghantar bibik ku balik for good. Lepas ni aku la jadik bibik. Adoiiilaaaa. Apa-apa pun, sesapa yang balik hari ni hati-hati memandu. Kalau tersangkut dalam jem, silalah bertabah. Hehehe.

Pada kambing dan lembu, bersiap sedialah untuk bekorban jiwa ragamu. Hihihi.



Melur Jelita

Lately ni blog aku ni banyak entry pasal novel plak kan. Bukan ape, takde idea nak tulis apa. So baik aku cerita pasal hobi membaca aku ni.

Latest addition-novel dari Melur Jelita. Aku tak pernah baca novel tulisan beliau. Aku jugak baru tahu tentang kewujudan Melur Jelita ni. Bila kawan-kawan FB dok gebang-gebang tentang novel terbaru Melur, aku pun mengeletis la kan. Apesal aku tak tahu pasal novel ni.

Aku pun ape lagikan, terjahla Popular. Bukan satu aku beli, tapi dua buku sekali gus. Puas hati den!!. Sinopsis buku ni aku malas letak . Buku ni aku bg 4 star dr 5. Hehehe. Aku lebih suka Siti Rosmizah. Buku Melur Jelita ko kena baca dari hati. Banyak pengajaran dari cerita yang dia buat terutama dalam buku I Love U Stupid. Cara cerita macam ko pernah berada di negara itu. Ko boleh rasa perasaan Iris. Sebab tu kena baca dari hati. Nak tahu lebih lanjut, pergi beli and baca.

Buku Melur Jelita
Koleksi novel yang ada dalam simpanan. Kalau penuh sangat aku nak jual la buku-buku ni. Agak-agak ada orang nak beli ke.

Koleksi sehingga sekarang


Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Hasil tuaian kebun

Sabtu lepas hari yang ditunggu-tunggu. Hari mengemas dan mengutip hasil kebun yang sekangkang kera itu. Dekat kebun ni aku tanam kangkung, cili, serai, daun pandan, ulam raja, daun kunyit. Sebelum tanam cili kat batas yang hubby aku buat tu, aku tanam sawi & kailan. 

Kiteorang try tanam sawi and kailan semula kat batas tu tapi tak hidup pulak. Maybe tanah nak kena baja semula ke hape. So sebab malas, tanam je la cili, daun kesum and kangkung kat batas tu. Mari sama-sama kita lihat hasil kebun ku ini.

cili besar


daun pandan, sebelah daun kayu ke ape namanye

hasil tuaian..kangkung

ulam raja..kali ke 2 tanam. Yang 1st dah tua, kasi cabut.
kebun yang hubby buat, ada cili, kangkung and daun kesum

daun ape ntah nama ni..tak ingat plak



Orang kuat yang menjayakan kebun ini adalah..jeng..jeng..jeng..
:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:


tok laki ku..busyukk!!

 


Monday, October 22, 2012

Birthday Syafiq @ school

Besday Syafiq yang ke 4 tahun we all plan sambut dekat school-GA. So ape lagi kan, kena la prepare goodies untuk budak-budak 4 tahun, rasanya dalam 40 orang. Lepas tu cari kek, anak teruna minat dinosour and robot. Susahnya nak cari kek yang ada gambar binatang yang dah pupus tu, last-last kek robot ni la yang ditempah.

Goodies just bagi mufin, cokelat and mainan robot. Masa nak sambut ni si Syafiq tengah sakit mata. Nak cancel tak bolehla kan sebab dah tempah segala. So aku decide hantar la jugak dia ke school untuk sehari. Semata-mata untuk sambut birthday dia.

Kek robot, tempah kat area rumah je.

Besday ni celebrate masa dorang makan pagi. Dalam pukul 9 dah dengar budak-budak ni turun tangga sambil selawat. Semua excited sebab tiba-tiba ada kek. Hahaha. Semua dok tanya "ini mummy syafiq ke?". So budak-budak aku sediakan mi goreng jugak. Abis makan teacher arrangekan Syafiq untuk potong kek. Tengok muka Syafiq, blurrrrr!!!.:)





Syafiq & kawan-kawan









budak ni susah betul, suruh senyum taknak






Dah abis acara memotong, ape lagi kan, makan sakan la budak-budak ni. Budak mana yang tak suka kek kan. Lupa plak, krim puff pun aku tempah gak, sebenarnya untuk teacher, tapi budak-budak bedal sekali.

Masing-masing dengan botol air sendiri
Ibu and afiq, tengok budak sebelah Syafiq, tengok macam geli je..heheh

dok intai ada lagi ke tak ke

Aku pun tak tau sedap ke tak sebabnya aku tak makan. Hubby cakap sedap, so percaya je la kan. Tahun depan tak tahu nak celebrate besday apit kat school lagi ke tak. Kalau buat dekat school kena bg goodies yang berguna sikit untuk budak-budak. Kek pun sure budak ni nak kek binatang dah pupus. Mana lagi la aku nak cari. Sesape tahu sila inform aku ek. Ok. Abis .