Monday, April 14, 2014

Syafiq



Aku tak tau samada aku pernah tunjuk gambar ni or tak. Gambar ni tak silap awal tahun 2012. Dalam bulan 4 or bulan 5. Masa ni Syafiq sakit teruk.

Aku perasan kelenjar Syafiq bengkak sebelah. Bawak pergi Azzahrah and Dr suspek TB kelenjar. Lepas dua tiga hari aku perasan dua-dua belah leher Syafiq bengkak. Masa tu aku bawak dia pergi buat rawatan islam. Bila tengok macam tu, aku decide bawak pergi Azzahrah balik. Jumpe Dr. Nazim and dia terus refer ke SDMC.

Esok aku pergi SDMC, jumpe Dr. Chan. Dr Chan explain yang limpa and hati Syafiq bengkak. Masa tu aku dah fikir benda buruk. Dr Chan nak tengok result darah dulu and baru decide what treatment nak bagi Syafiq. Tak silap hari tu hari jumaat. So semua orang rushing ke makmal ambik darah. Meraung-raung Syafiq cakap sakit. Masa tu aku tengok mak aku dah meleleh air mata. Aku menangis dalam hati. Aku tak berupaya nak nangis pun masa tu.

Dah sudah ambik darah, pergi balik ke Dr Chan. Kebetulan result tak boleh dapat hari tu jugak. So dr suruh balik dulu and start dengan 3 antibiotik. 3 antibiotik tu kena makan sekali gus. Dr inform yang kalau result tak ok, dia akan call hari sabtu and isnin kena ambik air tulang belakang. Jumaat balik hospital Syafiq lemah and demam. Aku bagi makan minum tapi dia tak selera mana.

Sabtu, Dr Chan call inform yang result tak berapa baik. Darah putih low or high aku tak ingat. Tapi semua result tak berapa bagus. Dr suspek Lukiemia. Aku terdiam. Tak mampu berfikir. Aku memang dah bersedia terima berita tak baik. Dr suruh puasa start pukul 12 malam ahad. Isnin dia akan buat procedure ambik air tulang belakang. Start malam ahad badan Syafiq makin panas. Badan naik merah-merah. Aku saspek alergi dengan salah satu antibiotik. Malam tu dia nak minum macam-macam. Nak susu, nak sirap, nak air milo.
Semua aku tak boleh bagi sebab dia kena puasa. Menangis dalam hati aku tengok dia macam tu.

Esok pagi, aku, mama and hubby pergi hospital. Dalam kereta aku lap-lap lagi Syafiq sebab dia masih demam. Lepas register, Dr Chan suruh pergi ke Day Care Ward. Ko masuk situ ko boleh tengok orang muda, tua, baby, kanak-kanak semua dok tunggu turn buat chemo. Lagi aku stress dok situ. Aku pangku Syafiq sambik dia tengok kartun. Sambil tu aku bisikkan kat dia yang aku sayang dia, dia kena bertahan walau ape yang jadi and dia kena sihat semula. Sambik tu aku berzikir jugak ke telinga Syafiq, untuk ketenangan dia and aku. Aku rasa nurse pun  nampak muka aku down gila. Dia siap cakap " sabar puan". Yes aku bersabar ni.

Lepas Dr Chan habis meeting, sebelum buat procedure ambik air tulang belakang, dia nak check Syafiq lagi sekali. Dr Chan pandang aku and bagi tau yang limpa and hati syafiq dah kecil sedikit. Ada perkembangan positif and tak perlu ambik air tulang belakang. Masa aku dengar, aku rasa nak sujud syukur dekat situ jugak. Aku rasa macam batu yang ada dalam kepala aku dererai satu-satu. AKu terus pergi dekat mama. Mama tunggu dekat luar. Aku tau mama tak sanggup nak dengar berita tak baik and tengok cucu dia sakit. Aku dapat tengok mata mama. Berair and aku tau yang mama gembira dengan perkembangan Syafiq.

Disebabkan Syafiq elergi dengan salah satu antibiotik, Dr Chan decide stop salah satu dari 3 antibiotik. Aku tanya jugak macam mana kalau antibiotik lain yang buat Syafiq alergi. Dia cakap kena gamble. Kalau still merah, then kena tukar yang lain. So Isnin, hari sepatutnya ambik air tulang belakang tak jadi. Dr suruh balik and 3 or 4 hari datang balik.

Lepas 4 hari makan antibiotik, Syafiq makin segar and dah tak demam. Tapi kelenjar dia masih bengkak. Kami pergi jumpe Dr Chan and Dr inform yang hati and limpa syafiq makin mengecil ke normal saiz. Aku tanya jugak pasal kelenjar tu. Dia cakap bukan 1 kelenjar yang bengkak, tapi 8. Ambik masa untuk kelenjar itu kembali normal.

Selepas dari itu, ada lagi 3 or 4 kali appoinment dengan Dr Chan. Yang terakhir sekali, Result darah dah keluar and Dr dah tau bakteria apa yang serang Syafiq. Limpa and hati dah kembali normal. Syafiq dah makin sihat and kelenjar leher masih berbekas bengkak.

Aku dah lama nak menulis pasal ni, tapi takde kekuatan. Aku dah taknak lalui saat-saat macam ni. Aku kagum dengan parents yang ada anak sakit kritikal. Kagum dengan etabahan and kesabaran mereka dalam menghadapi saat getir dalam hidup mereka.

Ok la. Itu je nak cerita.




Thursday, April 10, 2014

Honeymoon

Plan nak honeymoon dah lama buat, tapi nak pergi ada je halangannye. Halangan utama ialah anak-anak. Seperti biasa I tak biasa tido takde anak-anak. Tapi disebabkan nak luang masa bersama-sama hubby dua orang saje, kita pergi tido hotel dekat-dekat sudah. Anak-anak tinggal rumah mama dengan bibik.

Hubby pilih Seri Pacific Hotel. Dekat dengan PWTC and tujuan utama dok situ supaya senang nak terjah House Exhibition. Nak masuk situ hazab jugak, dengan jem and parking full. Berpusing-pusing cari parking baru jumpa. Setel check-in tengok bilik jadi gini. Wah..wah..wah..tak sangka hubby pandai buat benda-benda romantik gini.

 Atas katil pun ado..malam ni tdo atas lopak bunga laaa

 Dapat kek seketul and buah 3 bijik

 Yang ni hubby bg..cekelat seketul and bunga 2 kuntum..kalau tau dia nak bagi hadiah ku mintak Pandora


Letak bag terus pergi PWTC. Dok dalam tu bukan main lama. Malam je perut dah lapo. Mari la kita pergi makan Japanese buffet dekat Restoran Kofuku. Sebelum makan tanya dulu halal ke tak. Nasib dia bagi tau ada letak mirin and dia tunjuk mana tak boleh makan. And nasib baik jugak yang ada Mirin tu sikit je. So boleh la bedal banyak-banyak sikit.

 Pusingan pertama

 Ini sedap

 Pusingan ke dua

 Pusingan ke tiga

pusingan ke 4

Makanan dia sedap la jugak. Tapi tekak aku kate MIYAGI sedap lagi laa. Ini aku bagi 3.5 star from 5 star. Sekarang Jumaat and Sabtu dorang buat Japanese Buffet. So sapa nak pergi silakan. Harga tak tau pulak berapa. Tak silap dalam RM60-RM70 seorang kut.

Ahad balik rumah sudah. Best jugak kalau buat aktiviti tahunan macam ni. Pergi holiday berdua je dengan husband. So mari la mengumpul duit supaya boleh tido hotel lagi.

Monday, April 7, 2014

Syafiq

 Dulu kecik and botak. Sekarang dah besar. Dah 6 tahun and next year dah darjah satu. Beso dah budak ni. Banyak akal and banyak ragam.

 Syafiq masa kecik

Tengah buat homework

 Kalau nak ambik gambo ni pose fav dia



Thursday, April 3, 2014

Kerja Gila

Sebelum nak cerita pasal kerja gila, nak cerita pasal makan dulu. Satu hari hubby ajak pergi makan nasik lemak Neelofa. Dalam otak aku dah berkata-kata, bila pulak Neelofa jual nasik lomak. Rupanya si Neelofa ni share partner dekat restoran Village Park. Aku ingatkan aku dah awal, rupa-rupanya depa lagi awal. Pukul 8 lebih penuh orang luar dalam. Nak mencari tempat kosong pun susah. Nak ambik gambo pun susah sebab berlaga bontut. Sudahnya makan je laaa. Aku bedal nasik lemak and ayam goreng. Ayam goreng dia marvelesssss. Sedap. Aku tengok ayam dia kejap je abis. Baru letak, abisssss. 

Sesiapa nak pergi tu sila laaa. Ikut tekak aku sedap la. Ikut tekak korang idok la aku tauuu. Sapa nak pergi aku letak alamat. Pandai-pandai la cari sendiri.

Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama,, 47400 Petaling Jaya, Selangor
03-7710 7860

Nasik lemak Neelofa yang famos amosss..kate orang..buka aku kateee...
Ok. Cerita kedua. Awal tahun hari tu ku buat kerja gila. Ku beli handbag tiga dalam masa sebulan. Pasni ku rebus bag-bag tu ku makan. Huwaaaaa. Duitku sudah abiss.

Bag pertama LV. Ada cerita bag ni. Husband nak belanja bag baru. Harus ku mintak yang paling mahaiii. Mintak maap la bang.. bukan selalu u belanja i bag. Ikutkan hubby tak suka LV sebab ala-ala makcik sikit. Tapi ku pujuk and cakap ada 1 bag LV tak macam makcik-makcik. So aku pilih bag di bawah.


 

Bag kedua ni aku beli sendiri. Bag basahan orang kate. Tak pernah-pernah dalam hidop aku beli bag mahal-mahal ni. Aku pilih bag ni sebab leather and tahan kuttt. Aku rasa laaa. Sesuka hati beli tapi tak tau ape-ape.Nama bag Longchamp Veau Foulonn√©. 


Bag ketiga MK. Gambo takdok. Nama bag Michael Kors Medium Bedford Tassle Convertible Shoulder bag. Aku beli bag ni sebab bleh sling and sangkut kat bahu. Kalau nak tau rupa bentuknya sila la google sendiri.

Kalau ikutkan banyak je lagi bag aku nak beli, tapi sabooooo. Jangan membazir. Pakai je apa ada. Bukan ko nak makan pun bag-bag tuuu.

Entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk. Cuma nak berkongsi rasa saja. Peaceeeee


Wednesday, April 2, 2014

Istana Negara

Betapa lama tak bukak blog sampai ID and password pun dah lupa. Hari masuk blog pun tengok ada 3 komen yang dah lama bertapa kat situ. Sori ye kawan-kawan. Ku sudah balas semua komen. Jangan kate ku sombong pulak ek.

Ini cerita tahun lepas. Sabtu, bangun pagi-pagi, hubby ajak pergi makan nasik lemak antarabangsa kat Kampung Baru. Dah selesai makan teringat tak jejak kaki dalam Istana lagi. So mari la kita pergi ke sana. Tapi aku tak suka masuk Istana Negara ni. Takutttttt. Rasa maca ada orang pandang-pandang je. Macam mana la orang yang jaga dalam tu. Disebabkan tak boleh ambik gambo dalam Istana, kita ambik gambar luar Istana saja. Dekat balairong Istana boleh ambik gambar. Tapi takde yang menarik sangat, tak macam yang ada dekat dalam Istana tu. Sila la tengok gambar di bawah ye.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Takde caption ye kawan-kawan. tengah kejar masa nak buat kerja. So ku update ala-ala malas untuk sapa yang merinduikuuuuu..

Tata..nak buek kije dah.