Monday, April 29, 2019

Krabi-2

Hari terakhir di Krabi. Hari ni dah nak balik Malaysia. Ikutkan aku takmau join aktiviti hari ni. Hari ni snorkelling lagi. Disebabkan aku period aku malas la. Kang basah payah pulak. Bukan aku boleh mandi-manda pun. Tak silap pergi 2 pulau. Yang pertama kami singgah di chicken island. Nampak gambar bawah ni macam ayam. Aku memang tak turun laut la. Tapi apa yang dikatakan oleh budak-budak ni, tak banyak yang boleh dilihat kat dalam laut. Ikan pun tak banyak. Dekat sini rasanya dalam 2 jam.




Lepas dah snorkelling dekat pulau mak ko hayam tu, kami di bawak ke pulau kedua. Maafkan hamba kerana lupa nama pulau ni. Pulau ni ramai yang berhenti sebabnya nak mandi manda. Dekat pulau ni jugak ada satu gua yang penuh dengan burung punai. Orang cakap kalau nak anak mai laa doa kat pulau ni, nescaya akan dimakbulkan. Ku tak ambik la gambar dekat-dekat sebab banyak nauuuu replica kemaluan lelaki. Tapi pantai sini memang cantik and syok mandi. Kalau aku tak period memang selamat dah aku berendam dalam tu.









Nampak gambar atas ni, gambar tak rela pergi pulau. Hehehe. Ini memang kena paksa dengan bos. Ikut aku mau jalan-jalan area hotel sambil menghabiskan duit je. Dekat sini pun dalam sejam dua, lepas tu air dah pasang and ko takde tempat nak duduk. Pasir semua dah tenggelam ngan air laut. 

Selesai semua, balik hotel, lunch and terus ke airport Krabi untuk pulang ke Malaysia tanahairku. Masa dekat airport semua ok and takde masalah. Masuk dalam flight, semua terbongkang tido. Penat kut. 

Habis jugak cerita Krabi ni. Lama aku peram cerita ni. Yang benornya kemalasan sangat dah. Tapi sayang sebab nanti aku lupa pasal trip Phuket Krabi ni.

Next cerita apa pulak..Tungguuuuuu...



No comments: