Monday, October 2, 2017

Berabuk

Gilolaaaaaa..berapa lama blog ni nak bersawang. Aku baru perasan yang entry Kelantan part 1 and part 2 tu entry pertama aku untuk tahun 2017 😅😅. Lap peluh ko. Gila rajin aku update blog sekarang kan 😄😆.

Sebenarnya banyak je cerita nak letak dalam blog ni. Cumanya masa tak berapa nak ada. Siang kerja and malam masak dan jugak jadi cikgu untuk budak berdua tu. Bila tiba masa nak bukak PC dah pukul 11 malam. Masa tu badan and otak ko pun dah penat macam hape. Kagum aku dengan orang yang masih mampu untuk mengupdate blog. Hehe. Kalau ada yang sudi nak baca lagi blog aku yang tak seindah rupa ni, tunggu laa next entry nanti. Nak kena upload gambar dulu then baru syok nak update.

Jumpe lagi nanti. Babai. 😘😘

Kelantan- day 2

 
Hari kedua ada nikah and sanding. Sepatutnya boleh je makan breakfast kat hotel, disebabkan dah ada dekat Kelantan, harus laa aku terjah ke Kopitiam Kita. Tujuan utama nak makan roti titab yang famous amos tu. Nak laa rasa kena kat tekak aku ke tak roti tu. Macam biasa, sebab dah tau cuti and sureeee ramai orang, maka aku pun bersiap laa seawal yang mungkin. Macam nak pergi kerja je siapnya. Pukul 7.30 dh ada dekat kopitiam tu. Ingatkan dah awal laaa. Rupa- rupanya orang dah serbu lagi awal. Aku pun tak tahu laa pukul berapa orang mai sini makan. Aku still dapat meja lagi masa sampai tu. Lepas aku duduk terus full dalam tu. Nak ambik makanan pun beratur. Nampak kepala je makanan tak nampak. Nasib  laa nak order roti titab just isi kat form menu and bagi kat pekerja dia. Senang kerja aku. Service pun cepat. Walaupun ramai, makan tetap laa dapat cepat. 

 
   
 

Dalam pukul 8.30 dah balik hotel. Join pulak breakfast kat hotel. Aku tak makan laaa sebab kenyang gilo. Roti titab, roti bako and roti tulur dalam perut aku ni.  Pukul 9, pergi surau untuk attend akad nikah. Selesai semua, sementara nak tunggu sanding aku ajak laki aku bawak budak2 pergi muzium. Tak silap aku, Kelantan ada 4 or 5 muzium. Muzium perang, muzium diraja, muzium kraft, muzium islam, muzium Kelantan and ape ntah lagi satu. Yang sempat pergi dalam masa 2.5 jam cuma 3 muzium. Oklaa dari takde kannn. Cerita muzium next entry ek.


Thursday, September 28, 2017

Kelantan-day 1

 Cuti last week aku jalan ke Kelantan. Pergi Kelantan ni pun bersebab, sebabnya ada wedding. Mula-mula nak naik kereta. Tapi bila memikirkan masa perjalanan yang panjang, terus cancel. Aku pun tak gamak nak kebaskan buntut aku. Beli la tix AA yang mahai itu. Pergi hari Jumaat and balik Isnin. Disebabkan ada wedding, so masa berjalan singkat je  la.


Jumaat flight pukul 1. Pukul 11 dah terpacak kat KLIA2. Lepas dh print segala mak nenek,baru perasan yang seat tak sama row. Lupa daaa nak beli seat. Nasib laa Syafiq ok je dok sorg. Sampai Kelantan around 2 petang. Pergi ambik kereta and urus itu ini,sampai hotel 3 lebih. Masuk hotel tengok bilik awat panas and pelik. Aircond tak ngadap ke katil. Aircond bilik tu ngadap ke meja and tingkap. Berpeluh laa we olsss dok dalam tu. En husband tak puas hati call and tanya ada bilik lain tak. Sayangnya takde. Full ko. Tak lama lepas tu staff bawak kipas mcm kat kenduri punya. Bukak 1 pun laju dia macam 3. Sajeeeeee je la tu nak bagi idea kat laki aku. Dia dah berangan nak letak kipas tu kat hall 🤦‍🤦‍. Hadoiiiii.

 Sebelum pergi hotel pergi makan dekat Yati ayam percik. Makan nasik, ayam percik, sup tulang and kerabu kaki ayam. Kaki ayam ni Sarah yang request. Sekali dah sampai dia taknak pulak. Katanya tak suka rasanya.
  

Rehat dalam sejam dua, keluar pergi round bandar. Ingatkan nak singgah pasar Khadijah, tak jadi laa sebab banyak tak bukak. Round dua tiga kali, kiteorang decide pergi cari laksam sedap. Jangan tanya aku arah or jalan. Aku tak tahu. Korang googel je laa nama kedai ni, nanti keluar laaa addressnya. Beli laa 3 bungkus laksam. Kosong, biasa and special. Total RM10. Murah kan. Laksam kosong maksudnya xde sayur, biasa ada sayur je and special ada sayur, serunding and telor puyuh. Kalau tanya aku, of cosss aku suka yang special. Rasa dia macam gini 👍👍👍. Kuah cukup rasa and pekat. 3 bungkus tu sekelip mata lesap. Syafiq boleh habiskan sebungkus. Kalau Syafiq makan habis, maksudnya sedap la tu 😋😋.
 


 
  Laksam special ada tolor puyuh and serunding

 



 p/s: sambung next entry.



Wednesday, November 2, 2016

WW - 25


2007
2008
2009
2010
2013
2014
2015
2015
2016
# Tahun 2011 and 2012, tuan tanah kedaung lupa ada gambar ke tak. Tak boleh nak recall langsung baju raya warna apa.

Thursday, October 27, 2016

Restoran Bangi Dong

Ada sehari tu tekak aku ni macam nak makan makanan Korea. Kebetulan aku baru tau Bangi ada kedai korea baru, Restoran Bangi Dong. Alang-alang nak makan, ajak la adik aku sekali. Macam biasa laaa, kalau ibu dia ikut, anak-anak sure akan ikut jugak. So serombongan laaa pergi ke sana.

Sampai sana, baru tengok apa nak makan. Tujuan asal, aku nak makan kimchi stew. Tapi sampai ke sudah tak sampai. Rupa-rupanya dia tak ambik order. Lepas telek-telek apo nak makan, kiteorang decided nak makan mackeral panggang, nasik, stimbot and bbq. BBQ tu husband aku ambik sotong je. Dapat la 3 ketul sotong. Buat penat budak tu setup set BBQ, takat nak bako 3 ketul sotong.

Taugeh, kimchi and ikan bilis. Oklaa..tapi kimchi IOI Mall food court lagi sedap la aku rasa
Lambat jugak la sampai makanan..budak-budak dah kelaporan dah..kalau order set BBQ akan dapat salad tu
Tu sotong 3 ekor lakiku tengah dibakar
Sutun tengah di bako..
Yang lambat sekali sampai ialah stimbot tu..sampai je stimbot semua tak pandang kiri kanan..ngap sebab lapar sangat..
Mackeral panggang
Nasi ni tak silap aku RM4 sebekas..mahaiiii
Kimchi


Sesiapa yang ada Bangi, boleh la terjah ke Restoran Bangi Dong. Sediakan cash secukupnya sebab restoran ni terima cash sahaja. Price bagi aku agak mahal laaa. Tapi kalau sedap apa salahnya bayar lebih sikit kan. Address kat bawah:

Restoran Bangi Dong
B-01-G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia
03-8928 9440
Waktu operasi: 11:00 - 23:00


Wednesday, October 26, 2016

WW - 24


September punya cerita, jalan-jalan ke Singapore. Tunggu la tuan tanah kedaung rajin menulis pasal trip Singapore ni
Nasi lauk budu, kalau dapat mak mertua lalu pun tak sedor
Mintak anak bujang tumbuk bawang, siap bersimpuh tuuuu..


Nampak cermin, sure nak ambik gambar

Perasan macam pengantin baru, tak sedar lagi tu udah tua, perut pun dah buncit. Ambik mood romantik kat kenduri kawin.

Budak yayah yang dah kurus melidi. Susah nak makan, yang dia suka membebel je

Ni buat homework ke tido..konpius mak
 
Orang yang paling disayangi, last sambut Syawal dengan Ayoh. Semoga ayoh tenang di sana. Alfatihah

Benda yang menarik mata and tangan aku nak membeli, tapinya beg dah berat. Tak kuasa aku nak pikul benda ni. Lain tahun la pergi beli.
 
Di USS..tunggu je la cerita Singapore keluar



Tuesday, October 25, 2016

Handbag

Dulu aku suke membeli kasut. Setiap kali pergi mall, sure akan bawak seketul kasut. Last-last banyak yang terbuang. Sekarang kasut yang ada aku pakai sampai lunyai baru beli baru. Kegilaan beg ni terjadi bila husband aku belikan LV seketul. Bila dah ada seketul, ko nak beli beg yang lain pulak. Aku beli je beg yang aku suka tak kira la murah or mahal.

Beg Niko-Niko ni beg pertama aku beli dengan Sometime. Lepas dah beli beg ni, Sometime keluarkan Fiko-Fiko pulak. Tapinya aku tak sempat beli. Preorder pun yilek pochi. Lepas Fiko-fiko terlepas, aku beli Basta. Tapi tak guna pun Basta tu sebab macam pelik. Jual balik beg tu. Last week tengok dalam IG, Sometime nak keluarkan Fiko-fiko mini. Harusla membeli. Awal-awal dah bagitau adik aku, siap sedia untuk membeli beg ni. Almaklum laa, beg yang Sometime jual ni sekelip mata je lesap, licin ko.


1st beg yang dibeli, beg Niko-Niko, hijau emarald.


Keluar pulak Fiko-Fiko, rambang mata nak pilih warna apa. Ada tiga warna yang aku suka, Dusty Rose, Berry and Tyrian Purple. Selepas baling dadu, aku pilih rusty rose.




#harapnya ini beg terakhir tahun ni. Nak mengumpul, nak beli beg yang mahaiii sikit.
#gambar from Sometime website