Tuesday, April 30, 2019

Penang-1

Lama dah rancang nak ke Penang. Sekali Mil ajak pergi ramai-ramai. So aku decide pergi sehari awal laa. Malas nak bersesak-sesak jem. Tak silap aku masa ni public holiday. Sedia maklum la kan macam mana highway masa cuti kan. Kami gerak awal pagi. Breakfast pun dalam kereta je. Sebelum gerak ke Penang singgah ke Juru untuk solat jumaat dan lunch ketam sambal. Memang wajib singgah kalau aku pergi ke penang. Nama restorant nanti aku cari ek. Aku buat satu entry untuk itu nanti.

Tanya budak-budak nak lalu jambatan or naik feri. Semua pilih feri. Masing-masing excited je dapat naik. Angin pun bukan main kuat lagi. Untuk hari pertama ni, kami tido di hotel budget. Kahkahkah. Kami bermalam di Cititel express. Hotel ni dekat bandar and mall.


Aktiviti malam pertama terjah nan cis dengan nasik beriani claypot. Lepas tu round mall sambil ambik peluang tengok wayang. Malas nak berjalan-jalan dulu. Kita tunggu semua ada baru kita round satu Penang.

Keesokkannya, bersiap-siap untuk check out and cari sarapan. Disebabkan tak tau nak makan apa, cari la gerai yang jual nasik lemak. Tengok macam laku nauu je. Beli laa 3 bungkus untuk alas perut pagi tu. Rasa ok laaaa. Macam nasik lemak biasa la kan. Apa yang luar biasanya. Sambil-sambil menunggu abang tu bungkus, aku suruh la budak-budak ni ambik gambar omak sekeping dua buat kenangan.


Sementara nak menunggu semua sampai, kami berjalan-jalan laa dulu area bandar. Dalam pukul 11, husband aku dah ajak pegi pekena Deen Maju nasik kandar. Perut apakah ni???. Aku ni kenyang lagi. Husband aku kate malas nak beratuq jap lagi. Kang tengahari sure ramai orang. So mari la telan nasik kandar pukui 11 pagi.

Ko tengok muka budak-budak ni. Dorang tak percaya mak pak dorang ajak makan lagi. Hahaha. Stress je budak-budak ni. Lepas makan, makannnnn lagi.

Dah sudah makan, pergi tapau durian sikit nak bawak pergi apartment. Sebelum tu kami pergi ke Taman Botani Penang. Kalau pergi Penang, wajib singgah sini.  Bak kate mak aku, nak jumpe kawan monyet/beruk.

Taman Botani menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah kedai menjual tumbuh-tumbuhan, surau, tram selain tarikan taman-taman khas seperti Taman Jepun, Taman Herba dan Eco-Stream Walk.

Aku naik tram, berhenti masuk kawasan hutan-hutan sikit. Syok la jugak. Lepas tu kalau ko malas jalan, ko tunggu je la tram datang jemput ko. Takyah kuar peluh jalan. Aku rasa kalau jalan memang kurus ko. Luas jugak kawasan dia.

Aku sertakan alamat and waktu operasi. Senang kang kut ada nak rujuk.

Alamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 8pm)
Waktu Operasi (Rumah Pokok): Selasa dan Khamis (930am – 1230pm, 2pm – 430pm), Sabtu dan Ahad (930am – 1230pm, 2pm – 6pm)

Harga tiket: PERCUMA



Sudah beriadah di Taman Botani, zass ke Fort Cornwallis. Bukan apo, kat situ selain ko nak tengok hasil peninggalan sejarah, ko jugak nak mengisi perut dengan mee sotong Hameed. Tapi sedihnya, beratuq punya panjang. Tak rela aku nak melenguhkan kaki aku beratuq. Last-last kami pergi gerai sebelah, order coconut shake. Hehehe. Jadi laaa. Pekena air sudah. Budak-budak dah tak sabar nak pergi apartment. Nasib ada buaian ni. Bleh la bagi dorang leka kejap.

Apartment aku review lain ek. Tapi memang puas hati laa. Sampai letak beg, semua zikir nak pergi kolam. Kolam apartment takde untuk budak. So memang dalam laa. Aku memang takmau berendam pun. Aku jadi tukang pegang towel and teman je laaa. Bak kate budak-budak ni, sejukkkkkk. Kejap je budak-budak ni berendam Mana taknya kolam dok atas langit. Memang laa sejukkkk.

Malam, bila semua dah ada, masing-masing nak makan nan cis and beriani claypot. Aku dah lupa yang ni dekat mana. Tapi yang ni dekat dengan mall yang pastinya. Kapitan restaurant aku tak sure ada berapa branch. 1st day aku makan yang dekat Lebuh Chulia, yang ni dekat mall. Ku sudah lupaaa. Harap ampun.

Makan masing-masing tak hinggat. Sorang satu roti nan. Itu pun tak cukup, nak order lagi habis sudahhhhh. Sedap memang sedap. Tapi bila berita keluar kate kotoq, haishhhhhhh. Teringat-ingat apa ko makan malam tu. Selesai makan, tawaf mall dulu sebelum balik. 

Malam ni kena tidoq awal, sebab esok nak buat banyak aktiviti dekat Penang Escape Theme Park. Yang tu aku cerita dekat entry lain ok.

Monday, April 29, 2019

Krabi-2

Hari terakhir di Krabi. Hari ni dah nak balik Malaysia. Ikutkan aku takmau join aktiviti hari ni. Hari ni snorkelling lagi. Disebabkan aku period aku malas la. Kang basah payah pulak. Bukan aku boleh mandi-manda pun. Tak silap pergi 2 pulau. Yang pertama kami singgah di chicken island. Nampak gambar bawah ni macam ayam. Aku memang tak turun laut la. Tapi apa yang dikatakan oleh budak-budak ni, tak banyak yang boleh dilihat kat dalam laut. Ikan pun tak banyak. Dekat sini rasanya dalam 2 jam.




Lepas dah snorkelling dekat pulau mak ko hayam tu, kami di bawak ke pulau kedua. Maafkan hamba kerana lupa nama pulau ni. Pulau ni ramai yang berhenti sebabnya nak mandi manda. Dekat pulau ni jugak ada satu gua yang penuh dengan burung punai. Orang cakap kalau nak anak mai laa doa kat pulau ni, nescaya akan dimakbulkan. Ku tak ambik la gambar dekat-dekat sebab banyak nauuuu replica kemaluan lelaki. Tapi pantai sini memang cantik and syok mandi. Kalau aku tak period memang selamat dah aku berendam dalam tu.









Nampak gambar atas ni, gambar tak rela pergi pulau. Hehehe. Ini memang kena paksa dengan bos. Ikut aku mau jalan-jalan area hotel sambil menghabiskan duit je. Dekat sini pun dalam sejam dua, lepas tu air dah pasang and ko takde tempat nak duduk. Pasir semua dah tenggelam ngan air laut. 

Selesai semua, balik hotel, lunch and terus ke airport Krabi untuk pulang ke Malaysia tanahairku. Masa dekat airport semua ok and takde masalah. Masuk dalam flight, semua terbongkang tido. Penat kut. 

Habis jugak cerita Krabi ni. Lama aku peram cerita ni. Yang benornya kemalasan sangat dah. Tapi sayang sebab nanti aku lupa pasal trip Phuket Krabi ni.

Next cerita apa pulak..Tungguuuuuu...



Thursday, April 25, 2019

Dash Box Cyberjaya

Adik aku akan bawak tido hotel time birthday anak-anak dia. Bila dia ajak pergi Dashbox ni laju je masing-masing nak join. Jadinya kami book 5 bilik. Yang syoknya buka-buka pintu dah nampak pool. Budak-budak tak keruan nak terjun tiruk dalam pool. Masa check in dia akan mintak deposit. Ingatkan boleh guna debit or credit card, sekali nak cash je ko. Nasib laa ko ada duit masa tu. Kalau idok terpaksa laa ko mengagau cari bank kat Cyberjaya ni. Bilik semua dapat dekat bawah and sebelah-menyebelah. Sakan budak-budak ni pegi jelajah semua bilik. Sampai bilik letak barang siap sedia nak sambut birthday. Tukar baju siap-siap sebab sure masing-masing tak sabar nak terjun kolam.


Yang best dekat Dasbox ni kolam dia. Ada paling cetek dan jugak paling dalam. Kolam pun luas besar. Walaupun ramai orang tapi masih selesa nak mandi manda. Nampak gambar bawah ni, bukak pintu kolam terus. Nak kate takde privacy aku rasa ok je. Ko nak golek tutup la pintu ngan langsir sikit. Golek la ko dalam tu. Aku memang kat luar ni je laa sebab budak-budak ni sakan mandi manda.

Bilik dia comel je. Cukup la ko anak beranak. Selesa nak tido semua. Aku tengok ada yang jenis kontena. Tapi yang kontena tu nampak kurang selesa laa. Yang ni jugak terbaikkk.

 Nampak, budak-budak ni awal-awal dah  tukar baju mandi. Tak menyabar dah tu.



Esokkan sebelum check out budak-budak nak mandi seround dulu. Pagi-pagi dah pergi breakfast kat cafe dia. Bad service betul laa. Maybe ramai orang, jadinya makanan semua lambat. Ko mintak koko crunch pun tak sampai-sampai. Adik aku siap mintak mangkuk and susu nak letak sendiri, dah ko lambat sangat kan. Masa ni laa ko tengok betapa ramainya orang mengamuk sebab makanan tak sampai. Sian aku tengok budak-budak ni. Tadah telinga je kena maki dengan orang ramai. Sebelum pergi dah baca review, ingatkan idok la teruk sangat. Rupanya teruk jugak laa. Sekarang tak tau laa service macam mana. Maybe dah okey and dah diperbaiki.

Muka-muka kelaparan. Makanan sampai masing-masing dah tak lalu makan sebab makan angin banyak sangat.

Overall aku bagi 4 bintang untuk Dashbox tapi cafe takdok bintang. Kalau aku pergi lagi, kita tengok cafe dia dah okey atau belum.


Wednesday, April 24, 2019

Krabi-Day 1

Kami sampai ke Krabi dalam pukul 5 petang. Kami berhenti di Masjid Krabi untuk solat dulu. Budak-budak ni sempat lagi beli makanan dekat masjid Krabi ni. Kebetulan masa aku datang, dekat masjid ada majlis apa ntah. Jadinya makanan halal berlambak-lambak. Sakan dorang semua beli makanan. Sebelum ke hotel, kami berhenti di Crab monument. Ikut kata tour agent bukan aku yang kata Krabi ni sinonim dengan ketam sebabnya banyak pokok bakau. Lagi satu Krabi lebih kurang kan dengan Crab. Krabi=Crab. Gituhhhhh. Dorang yang kata ye bukan aku. Hehehe.
Kami check in di Ao-nang Sunset Hotel. Hotel ni strategik jugak la. dekat dengan kedai-kedai, tempat makan pun ada. Bilik dan bilik air pun bersih je.








Letak beg, rehat dan mandi dulu sebelum siap sedia nak pergi dinner. Disebabkan siap awal, aku round-round dulu area hotel tengok apa yang ada. So nampak crepe, apo lagi order la satu buat rasa. Dekat sini ramai je yang jual ni. So pandai-pandai la pilih yang sedap. Kami dinner di Rabiab Steamboat Restaurant. Tak sedap weii. Aku tak tau aku makan apa. Rasanya banyak togok air je. Masa aku lepak-lepak kat meja perasan apesal macam takde orang. Rupanya ramai dah naik bas. Semua tunggu dekat bas sebab taknak makan. Tak sodap sungguh la tu. Gambar pun aku tak ambik sebab tak menarik.




 Gambar sekitar hotel di Krabi.
Ini memang wajib cuba. Kawan aku beli. Aku tak reti nak makan pulut mangga curah santan gini. Aku kebas mangga je. Yang lain dorang bedal la. Kalau tanya aku mana lagi best, aku rasa Phuket lagi best. Krabi ni malam dah sunyi. Ke aku berada di tempat yang salah. Sepatutnya maybe ada tempat di Krabi yang meriah kan.

#next day island hoping lagi.










Tuesday, April 23, 2019

Phuket-2

Hari ke dua di Phuket. Macam biasa, aku dan kawan aku la orang pertama yang akan turun breakfast. Pihak hotel ada sediakan makanan halal, tapinya tak banyak laa. Aku macam biasa laa, kalau kat hotel sure tolor dengan roti. Kalau ada bubur ku ambik bubur. Makanan so so laa..ada yang tak kena di tekak pun.



Tolor wojib ada. Masa aku makan ni takda orang pun. Takyah menunggu lama tolor tu.


Aktiviti hari ni ialah berada atas bot sepanjang hari. Hari ni island hoping ke Phang Nga, Koh Tapoo dan Koh Panyee. Kami tak berhenti pun kat pulau-pulau ni. Just round gitu je. Masing-masing malas nak turun segala and kami juga kejar masa sebab hari yang sama akan gerak ke Krabi pula.








Bila dah tengahari, perut mula la menyanyi-nyanyi. Tour agent dah arrange lunch di Muteara Floating Restaurant. Di sini macam kampung air. Ada rumah, masjid, surau dah lain-lain. Dekat sini jugak budak-budak ni mengila beli ikan bilis dan makanan lain jugak. Makanan dekat restaurant ni sedap jugak. Kalau dah dekat Thai sure laa tomyam dan jugak seafood yang lain kan. Dah kenyang, berjalan sekitar kampung air, boleh tengok aktiviti penduduk di sini. Aku ada ambik video masa dekat sini, ada aku tepek dalam IG. Sila-sila la skodeng.



Selesai lunch, kami terus gerak ke Krabi. Dari Phuket nak ke Krabi mengambil masa 3 or 4 jam kalau tak silap. Maafkan hamba sebab dah lupa. So dalam bas masing-masing membuta je la.

#next entry cerita krabi pulak.