Wednesday, March 17, 2010

Tertipu

Hari ni dalam sejarah aku telah tertipu..tak pasal2 aku kena cancelkan semua kad2 yang aku ada..kredit kad and atm kad..pandai sungguh aku..tak terpikir langsung ini sume hanya palsu..bodohhh...aku dah tak ingat pasal panggilan/sms palsu ni..aku check ngan bank negara rupa2nye dlm bln 4 dorang dh announce psal ni..mana la aku nak ingatkan..sah2 dia call ckp aku utang 4k..x ko terkejut berok..bila masa pulak aku blanje..aku nak membayar pn azab..ni lagikan nak belanja..mangkuk the hayun betul orang ni..

Dia call cakap nak confirm transaction 3k..aku pn call balik n operator yang bernama MR. Terry Tan Meng Chia aku tak tau nama betul ke tak and aku x pedulik aku nak letak gak nama setan ni kat sini..dia siap mintak baca IC aku and cakap aku ada buat transaction ni..PALER HOTAK KO..bila plak aku ada kt kad a****bank ni..pastu dia suggest buat laporan kat Pusat Pengurusan kad Palsu..hahahah..kat sini la semuanye bermula..

Aku disambut dengan "ba*k Neg*ra M'*ia..tekan 1....tekan 2.." ye ko..mana aku x pecaya tu bank negara..pastu dia cakap la perbualan ni akan dirakam..dia mintak no kad kredit aku..no akhir..tapi aku bg no akhir yang kat depan..no atm aku..pas aku dh bagi sume tu aku soal jawab la ngan dia..tp aku pelik gak sbb dia kate dia akan tgk kat CCTV sapa yg apply..akt situ aku pelik tapi aku ckp aku xnak tau procedur dia..yang aku tau setel..AKU YANG BODOH sebenarnye..sah2 aku tau dia tipu..pastu dia letak and call lagi aku mintak cerita balik..aku cerita balik n dia nak sah kan balik kat kad..aku still bg no akhir kad depan kad tu..(bila dipk2 balik mungkin dia nak no akhir yg kat belakang kut..hahah)..lupa nak sebut nama setan lagi satu MR Jason (notelepontipu-0326998044)..siap bagi aku no file lagi kut2 nnt aku tepon balik..BABI!!!!!...mencarut dh aku..geram giler..

Pastu aku call hubby bgtau n dia ckp dia nak check ngan b*nk n*gara..5 minit pastu dia cakap aku dh kena tipu..dia suruh cancel semua kad yang aku ada..aku ape lagi call b*nk N*gara n aku x cakap lagi bank ape dia dh cakap.."puan dapat call dari A*bank ke"..hahahah..lepas dh tau ditipu aku pn terus call semua bank terlibat n block semua kad..alhamdullillah xde transaction lagi..kalu x haru aku..

Pastu aku call a*bank n chk aku ada kt kad ngan dorang ke x..ternyata tipu belaka..aku memang xde kt kad ngan dorang pn..buang masa aku 1/2 hari dok setelkan menda ni..mangkuk hayun jadah betul la..

Ciluk dr Bank Negara Malaysia

Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
  • Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
  2. Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.
  3. Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
  4. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.
  5. Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980

7 April 2009

Bank Negara Malaysia


4 comments:

Unknown said...

this is really worth info....kene berhati2 la next time...mmg kaw2 PENIPU

thanks for sharing

rasp said...

uish....sian kat u...
mmg geram tul kat malaun2 nie...
menyusahkan hidup org je...
thx for tis info!

ErNa said...

posh-welcome..memang kena berhati2..tapi dr berhati2 tu terkena jugak i..

rasp-aah..sian kat i..satu hal plak nak kena buat balik semua kad..

Liza said...

org skrg ni sgt kreatif...mcm2 cara nak menipu