Monday, March 29, 2010

Malas

Kemalasan tahap cipan..bleh aku skip je citer pasal pullman..malas siut nak upload segala gambo sebabnye takde yang menarik pun..sekadar tido di sana sahaja..lain la kalu pergi jalan-jalan ke tempat yang lagi menarik kan..aku skip je la citer pullman ek..

Sekian.



Earth Hour

Masa ni aku kat pullman..tgh aku nak bancuh susu papik tiba-tiba pulak takde lampu..pelik..tengok kat luar pun semua gelap gulita..aku bukak pintu tgk gelap gak..pastu baru teringat atas meja ada notis pasal earth hour ni..hmm..bagus..hari sabtu dari 8.30-9.30 diorang akan tutup semuanye..

Bila dah tahu gitu aku ape lagi..siapkan susu papik n bagi dia tdo..kang tak pasal-pasal meragam budak ni..malas aku nak dengar..elok budak ni tdo ada pulak binatang menganggu..NYAMUK..cisss..1000 kali cissss...patutla dorang bagi ubat nyamuk..rupa-rupanye binatang ni berleluasa kat sini..penat nak tunggu sejam weh..sejam macam 10 jam..korang teka pas papik tido ape aku buat..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pasang lilin..kunun-kunun la..x smp setengah jam aku tiup..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

on notebook and bukak FB and youtube..:)

Nasib baik papik tido ngan lenanye.. hubby aku balik bilik n ajak tgk live band..nak tengok guane..papik tido..kite berlive band dlm bilik je la..



Friday, March 26, 2010

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ini hari jumaat

Esok hari sabtu

Lusa hari ahad

Tulat hari isnin

Saya tidak suka hari isnin

Kalu boleh hari-hari mau hari sabtu

sebabnye esok ahad pun cuti lagi

Tapikan kalau Isnin biru..yang lain2 tu warna ape plak ek..

** aku dah bengong..



Thursday, March 25, 2010

Cuti-Cuti Ke KK

Tiket dah beli..yang tak confirm tuan punya diri..bleh pergi ke idak..alosss..ngan hotel tak book lagi..kereta..tempat2 yang sepatutnye pergi x tgk lagi..aku rasa la kan..gerenti tak g nye KK ni..SURE!!!..nasib baik tiket murah..kalu ratus2 mau aku meraung weh..membazir siut..

Kut2 jadi pergi..kalau ada yang dah pernah pergi KK..tulon la bagi cadangan untuk 4 hari 3 malam punya activiti..mana tau kut2 2 hari dh selesai tour KK..selebihnye aku nak buat pe..melangut..:

1. Hotel
2. Sewa kereta
3. Makan
4. Aktiviti
5. Tempat2 menarik




Wednesday, March 24, 2010

Hulurkan Bantuan

Masa aku singgah kat blog Mama Amar..aku terbaca entry pasal Pn. haryani ni..tergerak hati aku nak letak kat blog supaya rakan2 blog yang baik hati dapat membantu..semua info and gambar aku ambik kat blog mama ammar


Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.Kini Haryani disara oleh ibunya seorang guru yang terpaksa mengambil cuti selama 3 bulan untuk menjaganya. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun hasil perbicaraan saya dengan Haryani pagi tadi melalui YM.. Pembedahan itu akan di dianjakkan..Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan esok (RM8++) masih tidak mencukupi.

Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-


Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787





Weekend


Teka ni bilik hotel kat mana..Pullman Putrajaya..hubby ada training/team buldiing/apeapetah kat sana..sepatutnye xleh bawak anak bini..tapi disebabkan laki mak tak buleh kalu wife dia tak ada..dia mau la bawak aku n papik skali kat sana..sorok2 ko..hahahhaa..ntah jadi ntah tidak..

Maksud aku sorok2 ialah..aku xtakkan join dorang nye program termasuk dinner..dh tu aku nak makan ape weh..makan angin..hahahaha..aku x kisah dok dlm bilik hotel 24jam skali pun sbb aku suka..best sbb bleh berehat2 n tido..laki aku cakap petang bleh la dia bawak papik g swimming kat situ..hmm..

Tgk la macam mana..kalu ada rezeki aku nak tdo situ weekend ni ada la..kalu xdo..dok umah diam2..

gambar de pullman website

Berpura-Pura

Dari 1st day aku masuk company X aku dah pelik kenapa semua orang balik lambat..banyak sangat ke kerja sampai tak boleh balik awal..aku 1st day masuk aku dh bantai balik 5.30 tajam sampai la ni..kadang2 jer terlajak sampai pukul 6..paling lewat pun 6.30 la..

Yang aku pelik..budak2 ni balik lambat..kalu buat kije ok la kan..ni dok surf internet..suft internet skit..buat kerja sikit..internet skit..kerja skit..sampai la pas maghrib or 9-10 malam..ada skali tu aku tanya la budak2 ni..awat la dorang kena stay sbbnye aku nampak hangpa dok main internet je lebihnye..korang teka ape jawapan dorang..teka la beb..

jawapannye
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"KALU BALIK AWAL NANTI ADA ORANG CAKAP BELAKANG"

budus..kalu aku biaq p la dorang nak kata pa..aku xdak masa nak mengampu orang weh..jadik diri sendiri la..kalu sbb aku balik awal..increment/bonus aku skit..p mampus la..aku taknak tau..yang aku tau kerja aku siap..yang lain aku malas nak pk..

Lately ni memang aku cabut awai..5.45 aku dh balik..xdak mood nak kerja walaupun kerja bertimbun2 dgn nak audit lagi bulan depan..hmm..mintak2 la kerja semua siap ngan jayanye n auditor x tanya banyak n berpuas hati ngan kerja aku..

p/s: kalu bos yang kate gitu..ape yang korang buat..stay smp mlm or buat bodo jer..:)



Thursday, March 18, 2010

Birthday Syafiq

Birthday syafiq bulan May ni tapi aku tak ada idea nak bagi apa kat syafiq..hahaha..kalu takat toys..kat umah melambak..bukan ape..thn lepas aku dh borong banyak FP kat Mattel warehouse sale..thn lepas pn dh sambut besar2 gak birthday bdk ni..thn ni no party bebeh..sambut ngan family2 jer..idea..idea..nak bg ape kat budak 2 tahun ni..

Hajat di hati mau bagi menda alah ni kat budak kecik..tapi reti ke budak 2 tahun naik menda ni..nak kena carik dulu..kasi test seround dua..kalu ok bleh cari n yang pastinya kena cari yang murah2 sajer..


Ataupun yang ini..aku rasa ini pun ok sebab bila dh besar skit dia bleh la tekan pedal sdri..buat masa skarang mak bapak la pegang remote..kereta ni datang skali ngan remote n bleh juga dibawa secara manual..harganye..mak datuk..bleh la dapek beg idaman hati seketul..aku kena survey nilai..mana tau kut ada yang murah2 kan..:)

tak pun ini pun ok..tapi macam x best sbb kena tolak kan..baik aku beli basikal itik n tolak papik kan..yang ni pun aku rasa mahal gak..tapi cute kan..

Aku nak beli gelongsor ni sbb papik suka main..ok jugak sbb x makan space sangat compare yang kat bawah tu cumanye yang ni xde buai..kalu nak beli yang kat bawah ni..aku kena cari sponser la sorg sikit..heheheh
or
kalau boleh aku nak beli kereta (yg sekali ngan remote) or gelongsor ngan buai ni..mana mau cari yang murah skit ek..yang aku tgk ni kat fisher price n TRU..mahai beb..botak paler n yang pastinye menteri kewangan mesti x approve kalu aku bentang budget beli toys papik..hahaha

**gambar dr Fisher Price and Toyrus




Wednesday, March 17, 2010

Tertipu

Hari ni dalam sejarah aku telah tertipu..tak pasal2 aku kena cancelkan semua kad2 yang aku ada..kredit kad and atm kad..pandai sungguh aku..tak terpikir langsung ini sume hanya palsu..bodohhh...aku dah tak ingat pasal panggilan/sms palsu ni..aku check ngan bank negara rupa2nye dlm bln 4 dorang dh announce psal ni..mana la aku nak ingatkan..sah2 dia call ckp aku utang 4k..x ko terkejut berok..bila masa pulak aku blanje..aku nak membayar pn azab..ni lagikan nak belanja..mangkuk the hayun betul orang ni..

Dia call cakap nak confirm transaction 3k..aku pn call balik n operator yang bernama MR. Terry Tan Meng Chia aku tak tau nama betul ke tak and aku x pedulik aku nak letak gak nama setan ni kat sini..dia siap mintak baca IC aku and cakap aku ada buat transaction ni..PALER HOTAK KO..bila plak aku ada kt kad a****bank ni..pastu dia suggest buat laporan kat Pusat Pengurusan kad Palsu..hahahah..kat sini la semuanye bermula..

Aku disambut dengan "ba*k Neg*ra M'*ia..tekan 1....tekan 2.." ye ko..mana aku x pecaya tu bank negara..pastu dia cakap la perbualan ni akan dirakam..dia mintak no kad kredit aku..no akhir..tapi aku bg no akhir yang kat depan..no atm aku..pas aku dh bagi sume tu aku soal jawab la ngan dia..tp aku pelik gak sbb dia kate dia akan tgk kat CCTV sapa yg apply..akt situ aku pelik tapi aku ckp aku xnak tau procedur dia..yang aku tau setel..AKU YANG BODOH sebenarnye..sah2 aku tau dia tipu..pastu dia letak and call lagi aku mintak cerita balik..aku cerita balik n dia nak sah kan balik kat kad..aku still bg no akhir kad depan kad tu..(bila dipk2 balik mungkin dia nak no akhir yg kat belakang kut..hahah)..lupa nak sebut nama setan lagi satu MR Jason (notelepontipu-0326998044)..siap bagi aku no file lagi kut2 nnt aku tepon balik..BABI!!!!!...mencarut dh aku..geram giler..

Pastu aku call hubby bgtau n dia ckp dia nak check ngan b*nk n*gara..5 minit pastu dia cakap aku dh kena tipu..dia suruh cancel semua kad yang aku ada..aku ape lagi call b*nk N*gara n aku x cakap lagi bank ape dia dh cakap.."puan dapat call dari A*bank ke"..hahahah..lepas dh tau ditipu aku pn terus call semua bank terlibat n block semua kad..alhamdullillah xde transaction lagi..kalu x haru aku..

Pastu aku call a*bank n chk aku ada kt kad ngan dorang ke x..ternyata tipu belaka..aku memang xde kt kad ngan dorang pn..buang masa aku 1/2 hari dok setelkan menda ni..mangkuk hayun jadah betul la..

Ciluk dr Bank Negara Malaysia

Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
  • Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
  2. Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.
  3. Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
  4. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.
  5. Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980

7 April 2009

Bank Negara Malaysia


Tuesday, March 16, 2010

Rindu

Aku memang rindu dengan masa muda aku..zaman gonjeng gitu..rindu dekat kawan2 matriks and seuniversiti..entah bila aku nak jumpa dorang balik..bila la korang nak buat reunion ni..aku tunggu nak join je..hahahah..gila pemalas aku ni..

gambar aku ngan akak aku masa kanak2 ribena..hahaha..air liur basi tak basuh lagi dh melantak donut

Zaman matrik zaman yang paling best..bayangkan 1 rumah (3 bilik) ada 10 org..tak ke riuh namanye..ni 1st time aku dok asrama (kunun2nye la)..sampai je kat sana terkontang-kanting aku sorg2..aku dh la amik masa skit nak beramah mesra ngan bdk2 umah..pas abis orientasi baru aku jumpa bdk2 umah n rapat ngan dorang..kteorg 1 rumah semuanye 1 kelas..so korang bleh bayangkan la..g sama2..makan sama2..best gila

Ni masa dh graduate..hahahah..siap berjubah sedangkan matriks je

Ni roommate aku..nani namanye..masa dh sudah orientasi tu..dia ckp la dia tgk aku nangis sorg2 kat bilik..aku mcm konpius..aku rasa aku x nangis..memang aku sedih..tapi x nangis la..tp ngan dia aku banyak bergantung..dia slalu suruh aku BERDIKARI..ye..masa matrik aku memang berharap kat dia..xde dia..mcm aku xde kaki la..aku dh la penakut..ngan dia aku banyak cerita..kira luar dalam semua aku cerita kat dia..

Ada lagi sorang sebenarnye roommate aku..Nora namanye..nnt aku cari n tempek gambo nora..dia pn sama mcm nani..aku pn bergantung harap kat dia..kalu kteorang dok bilik mesti bergosip2..cerita psal kawan chat..dulukan gila MIRC..hahaahhaha..masa tu baru tau internet..

Budak ni dok sebelah aku kat kelas..suka tido..yang aku peliknye kalu cikgu tanya tau pulak dia jaab..agaknye mata je tutup tapi telinga terbuka luas..tugas aku ngajar dia matematik..hahaha..tapi dia slalu bising aku garang..aku memang kurang sabar sikit ngajar org..sbg pembalas aku ngajar dia..dia balas ngan ngajar mata-pelajaran-yang aku-dh lupa-namanya..hahaahhaha..

Ni pulak gamba budak2 kelas aku..x ingat ada bape org..mostly kteorg dh jumpe di alam cyber setelah lebih 10 thn x jumpa..thank you FB..kalu xde FB aku rasa x jumpe dh ngan bdk2 ni..hahaha..

Pas matrik g KYPM kuantan..1st bdk2 account kat sana..tapi memang la x bestnye dok situ sbbnye banyak main..pointer aku memang jatuh merudum macam saham..aku x ingat nak ambik gambo masa kat KYPM..

2nd year baru merasa dapat masuk UUM..hahahha..aku dok kolej PERNAS..tingkat bawah n 1 bilik 4 orang..gigih aku kumpul point sbbnye nak dok kolej tu gak..kang x cukup dia p hantar kolej yang tah hape2..dh la jauh..aku dok kolej ni sampai la aku abis blajo..kat sini pn mcm2 kenangan gak..bebudak kat bawah ni la geng2 aku dr 2nd year smp final..kelas mesti ambik sama2 kecuali memang xbleh la kan..g kelas sama..makan sama..tgk cd pn sama2..g alor setar/sg petani pn sama2..macam2 la..

masa ni ada presentation apetah..dorang cadang pkai baju biru..aku xdak baju biru so ape lagi pinjam la su punya..bleh teka mana aku..

Yang kat bawah ni roommate aku utk 3rd year..3rd year dpt 1 bilik dok 2 org..best tapi mak aii..tingkat 4..ponet makcik memanjat..skali xde air..mampus aku nak pikul baldi..U*UM ni memang slalu xde air..hahaha..ngan dia pn aku ada gak citer2 n yg paling best tgk CD jopun..masa tu popular ngan citer jepun..masa ni jugak la kteorang sume x balik raya haji..gigih masak laksa..bkn ada periuk pn..bantai masak dalam rice cooker..hahah..esoknye rasa kuah..ya ampun..masinnye..tp bantai makan gak..sbb sdri masak sdri rasa sedap..biasanye kalu cuti mesti cepat2 book keta n g alor setar dr pagi sampai malam..gila kan..

Aku & kett masa ni bersiap nak g alor setar..xde tempat lain nak g..balik2 situ jugak

Gambar aku masa dh kije..aku ngan kem

Abis je blaja kena praktikal n aku terus sambung kije kat situ smp 5 thn..lama kan..suka duka sume kat sana..yg kat atas ni housemate/roommate aku..ada lagi sorg..mandik gambo ko nnt aku carik ek..aku kenal dr praktikal smp la skarang ni..masing2 dh kawin n ada anak..rindu weh ngan dorang ni..aku ngan kem walaupun umah x jauh mana tapi jangankan nak jumpa..terserempak pn idok..

Aku cuma berharap dapatla jumpa balik ngan kawan2 matriks/seuniversiti/sekerja sbbnye aku dah rindu sama dorang..

p/s: nnt sambung lagi cerita ni...



Weekend

Dah hari selasa baru nak cerita psal weekend..macam biasa..hari jumaat lagi hubby dok bising ajak g rumah sepupu dia..ada kenduri cukur jambul..aku bising la kat dia cakap aku xdak baju..dan2 tu aku p tanya mama ada baju x pakai tak..ulang balik ye..BAJU TAK PAKAI..baju dh belas2 tahun mak aku tak pkai aku pakai..ape aku kisah kan..laki aku kate baju cantik..xnak pulak dia puji aku skali tu..hampess..

Sabtu konon2 nak g awal sbb nak tolong mana patut..pagi tu jugak laki aku sibuk nak g celcom..nak buat line utk maid..dia siap pesan pas dia balik terus gerak..tunggu punya tunggu dh kul 11 baru balik..kelam kabut siap gerak dr SA kul 11.30 sampai ke gombak kul 1.30..jam x hengat..daripada nak tolong2 jadi tetamu untuk makan je..hahaha..tambah2 lagi si papik bantai melalak..tgk org tak kenai sikit melalak..ringan je tgn aku nak pok mulut dia..

Dalam pukul 3 gerak balik..tapi aku ngan buat muke seposen bgtau kat hubby aku nak g sogo..nak cari baju & jeans..hahaha..kenapa sogo..aku agak la ada sale..bkn x penah cari baju kat jusco or MV tp takat tshirt smp rm50 ape kejadahnye..ye..ye..aku kedukut..dr aku melabur kat baju sampai 50-60 henggit baik aku p makan..ye dak..mula2 hubby xnak g..pas di pujuk rayu..dia bawak la jugak aku p sogo..spt biasa..sogo ya ampun..ramainye umat...aku terus ke tingkat satu..p cari skinny jeans..hahahah..smp tertido2 papik teman aku shopping..pastu hubby cakap dia pn nak cari baju kije..hahahah..sama2 la kami menyopping..

Dari kul 4 smp ke malam kat sogo..hubby shopping kejap je..sejam siap..aku cari jeans je dh sejam..baju apetah lagi kan..last2 aku pejam mata je n suruh hubby pilih n yg penting dia bayo..slamat duit haku..


gambar xde kena mengena dengan ini punya cerita...segaja letak sbg penyeri n sbg pengubat rindu kepada yg merindui diri ini..cheewaahhh...

Kulit Baru

Korang rasa ok ke kulit baru ni..x serabut sangat ke..bg pendapat skit..aku x kisah kalu korang kate burok pn..kalu burok aku tuka..kalu ok..aku bior je la..



Kelaka Ke???

Sila jangan gelak ye kawan2..ini percubaan pertama memakai shawl yang akan aku jual tak lama lagi..sila tungguuuuuuu..shawl yang cantik2 akn dipublishkan tak lama lagi..

Korang rasa ok ke aku pkai shawl..x nampak bulat & tombam ke muke aku..mcm mana nak pkai benda alah ni..sbbnye aku pkai x kemas la beb..kalu ada tutorial cara pkai shawl bgtau kat aku..

semak gila belakang tu ngan file segala..x lama lagi aku campak je file tu..


Muka ku bulat macam bulan

p/s: sapa nak beli..ada lagi 9 lai..warna lain2..


Monday, March 15, 2010

2 Is Better Than 1



2 is better than 1

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one


I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, "Hey,"


Maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one



p/s: aku dok dengar lagu ni berulang2..untuk en. suami terchenta..

##lagu ambik you-tube

Sinus

Aku slalu sakit kepala kebelakangan ni..hari tu masa buat bbq kat rumah MIL pn aku terbongkang tido kat atas sbb sakit kepala..melepas aku nak makan stimboat..nasib baik ada saki baki so esoknye dapat gak la makan..aku bukan nak cerita pasal makan..tapi pasal sakit kepala..

Aku memang ada migrain..tapi lately slalu sangat sakit n aku memang x tahan..makan ponstan (xtau betul ke x eja) pn x jalan..aku g klinik n dr cakap sinus aku bengkak..aku dok pk bengkak ke..memang area muka aku senak n aku x ckp pe2 lagi ngan dr..dia dh ckp muka aku nampak bengkak n confirm sinus aku bengkak..adui..dia suruh aku mkan ubat sinus 3 bulan..hahaha..aku nak makan ubat..larikkkkk..jgn harap..dh x sakit xkan nak makan kan..

Weekend lepas pn sakit jugak..aku skip makan 2 hari..jumaat n sabtu..mlm sabtu dh sakit kepala..ahad aku dh sakit area muka..tekan idung rasa sakit..aduiii..last2 ajak hubby balik bangi ambik ubat..mls jupe dr kang dia tambah ubat lain plak..pas mkn ubat tdo smp pagi..aku x sure condition aku ni ok ke ko..maksudnye sinus ni ok ke..bahaya ke x..ke aku patut g pakar..kang kalu g dia ckp bkn serius pn..malu seposen aku nnt..hahaha

So harap2 sesapa tau pasal sinus ni buleh la tinggalkan komen anda..kalu ada dr yg baca blog aku ni..sila2kan la tinggalkan komen anda..

Kat bawah ni aku ciluk dr berita harian kalu x silap..



Sinusitis, commonly called “sinus” problem by Malaysians, is the inflammation of the membrane lining of any of your sinuses. (itis = inflammation).

There are two types of sinusitis – acute and chronic. Acute sinusitis is a short-term inflammation of your sinus membranes, usually lasting less than eight weeks. If it occurs no more than three times per year, with each episode lasting no longer than 10 days, each episode is diagnosed as acute sinusitis.

Chronic sinusitis lasts longer than eight weeks or occurs more than four times per year, with symptoms usually lasting more than 20 days.

Sinusitis, both acute and chronic, is extremely common around the world.

Where are my sinuses? How many do I have and why do I need to have sinuses?

Your sinuses are also called paranasal sinuses because they reside around your nose area.

You have four major pairs of sinuses in your skull. There is always a right and left sinus for every pair. The sinuses are air-filled cavities which are connected to the space between your nostrils and nasal passage.

You need sinuses (or any air sac) in your skull because they help insulate your skull against compression pressure. They also help reduce the weight of your skull and allow your voice to resonate through it.

The sinuses are covered with a mucous layer and cells that contain little hairs on their surfaces (cilia). These help trap and propel bacteria out.

The four pairs of sinuses are:

1. Frontal sinuses – in your forehead

2. Maxillary sinuses – behind your cheekbones. These are the ones that are frequently inflamed, giving you that “tender” feeling when you touch them

3. Ethmoid sinuses – in the space between your eyes

4. Spenoid sinuses – behind your eyes

If anything occurs to disrupt the normal balance between your nose and sinuses, then bacteria or viruses may enter your sinuses and cause infection.

How can I tell the difference between sinusitis and a common cold?

Sometimes the differences are marginal and very hard to tell by the lay person. Sometimes you can have both a common cold/flu and sinusitis.

Basically, all acute sinusitis present with a blocked or runny nose, sometimes with mucous discharge dripping down from the back of your nose to your throat. There is pain or pressure around and above the affected sinus.

In ethmoid and frontal sinusitis, the pain or pressure symptoms are worse when you are coughing, straining or lying on the back. They are better when your head is upright. But in maxillary and sphenoid sinusitis, this pain or pressure is worse when your head is upright and when you bend forward. It gets better when your lie down. You may even have a headache in your temple or the area surrounding the eye.

A fever is common in acute sinusitis.

In chronic sinusitis, there is chronic or persistent nasal discharge, nasal obstruction and chronic low-grade pain or pressure in the affected areas. You may also have chronic sore throat and bad breath. In maxillary sinusitis, this can present as a chronic toothache.

If your ethmoid sinusitis is bad enough, the entire sinus can swell and compress your optic nerves, leading to visual disturbances.

What can I do to treat it?

You must drink plenty of water and fluids. Hot tea will be good for you. This helps promote drainage of the sinuses.

You can also inhale steam two to four times a day for 10 minutes each by leaning over a bowl of boiling water (but not when it’s on a stove!). You should take hot, steamy showers. Vicks vapo-rub can also help in opening your nasal passageways. You can also use a vaporiser.

To thin your mucous (to help you get rid of it easier), you can take expectorant drugs and decongestants, which are readily available in any clinic or pharmacy. For infections caused by bacteria, the doctor may prescribe antibiotics.

For some people who have severe, persistent chronic sinusitis which are crippling their ability to work, surgery is an option.

Can I prevent myself from getting sinusitis?

It is very difficult because no one is immune from a cold! But you can go for a yearly influenza jab to help reduce flu.

Avoid people with obvious symptoms of flu – this is especially important for people who suffer chronic sinusitis.

You can also reduce stress because stress leads to more frequent colds and infections. Take a diet rich in vitamin C. If your sinus infection is linked to allergies, then you should avoid whatever flares your attacks, such as pollen or animal hair.

You should also stop smoking.





Friday, March 12, 2010

Malas

Banyak benda nak cerita tapi penyakit M sudah menyerang di tambah lagi dengan mata yang ala2 layu sajo..hahaha..blog akan diupdate secepat mungkin..gambo dh ada kat draft cuma tinggal mau menyusun kata2 saje..


p/s: sapa g Matta Fair..best x..:)




Sutra Naqiyyah

Butik kain sutra ibu saya telah dibuka dan mlm td telah diadakan doa selamat sempena pembukaan butik and TQ kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis..kepada peminat kain sutra, songket, batik dan tudung..boleh la jengah2 kedai online ibu saya di http://www.sutra-naqiyyah.com dan kalau ada yg berkenan di hati..boleh la sms atau email adik (erni suraya) seperti mana yg tertulis dlm kedai online ibu saya..Nak terus ke kedai pun boleh jugak..alamat seperti di bawah:

No. 26 Jalan PB3 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan di no:

Tel/Fax: 03-89275403

p/s: apesal aku rasa mcm poyo je ek..:)


Friday, March 5, 2010

Angan-Angan



Apa kena mengena ngan gamba ni ek..hmm..masa aku jalan2 kat MV sabtu lepas..kteorg ada masuk kedai ni..tak ingat harvey or ape..hubby dok sibuk tgk LED tv..tiba2 dia ckp besday dia thn ni dia ni menatang ni..huahuahua..aku bukan xnak beli..tp mahai tu tv ni..baik aku tunggu 4-5 thn lagi..gerenti harga turun..tapi kalu aku x beli kesian plak kat dia kan..adusss..kena kumpul duit la beli..x thn ni tahun depan ajo la..tu pun kalu ada rezeki lebih..

LED TV Spec


Thursday, March 4, 2010

Perempuan Lawo vs Perempuan Hudus

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi

betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

p/s: dicopy dari FB Zamzam Khairanie Zakaria (jgn tanya aku sapa dia..den pun x kenal!!)



Wednesday, March 3, 2010

Pregnant

Aku x pregnant lagi ye..jangan nak memandai2 buat cerita..tiba2 je aku rasa macam nak pregnant lagi..ye..lagi!!!..apabila disuarakan kepada Mr Hubby..jawapannye..TAHUN DEPAN..hmm..tahun depan aku dh 31 ler..malas dh aku nak ngandung n beranak time tua2 ni (ceh setakat beza setahun nak kecuh kan..xdo beza ngandung thn ni or thn depan) hahahaha..adusss..teringin beb!!!! bila tgk ofismate ngandung n ada bb..hmm..tp aku x sanggup nak bgn tgh malam..mcm mana ni..huhuhu..

p/s: Mr hubby jom!!!!!



Tuesday, March 2, 2010

Bag Notebook

Aku ingatkan nak cari/beli handbag je susah..rupa2nye nak beli bag notebook pun susah..ape yang aku pk n nak pun aku tatau..hubby pn dok bising2 kat aku..nak macam mana..harga berapa..jawapannye..cantik n murah..ada ke..hahahah..misi mencari akan diteruskan lagi sampai jumpa..kalu xde..pkai je la bag skolah hubby yang dah hancusss itu..:)


Monday, March 1, 2010

Maid

Dah bermacam2 carita aku dengar pasal maid..maid lari la..maid buta huruf la..maid x buat kerja la..melawan n banyak lagi..aku pun 1st time ada maid..masa mula2 tu janggal gak la..tiba2 ada org asing kat umah aku..tujuan utama aku ambik maid pun sebab syafiq..disebabkan budak tu senang sangat sakit..aku xmau ambik risiko hantar taska or umah org..so aku telah pakse-rela hubbyku cari n bayar segala fee yang berkaitan utk ambik maid ni..aku x ambik tru agen ye..kalu tru agen..humangaih..mahal nak m****s...cekik darah tu..Rm5k-8k..hubby telah meminta pertolongan ibunda tersayang supaya mencari seorang maid yang buler dipercayai supaya wang anaknye tidak hangus begitu sahaja..hhahahaah..

Baru 3 bulan maid ada..tapi aku rasa macam bertahun dia kerja ngan kteorang..aku dok ngan mak aku..so tugas utama selain uruskan papik..dia tolong mak aku buat kerja umah..umah aku xde la byk menda nak buat sampai dia pun nak naik busan..aku xde la tegas sangat..ko nak buat pe..buat asalkan ko tau kerja ko..bdk ni x payah suruh pun dia buat..bangun kul 5.30 dia dh sibuk kat dapur..hahaha..dia jarang tgk tv..kalu xde kerja dia join la kteorg tgk tv..aku xde la nak halau dia dok dapur je..dh abis kerja leh la dok bersenang lenang..bab makan pun x berkira sangat..ape kteorg makan dia pun makan..

Aku cuma harap perangai baik dia ni bertahan la sampai 2 tahun..kalu x pening kepala aku weh..cumanye aku nak tanya..bila masa sesuai nak bg dia pkai HP..bukan ape..tepon umah aku dlm bilik mak aku..bilik tu larangan..dia xleh masuk..kang aku tinggal dia ngan papik kat umah je..aku plak yg risau sbbnye xleh call..sah2 kalu call umah dia x angkat sbb dia xleh masuk bilik..korang rasa dh patut ke aku bg dia pakai HP????