Monday, October 24, 2016

Hard Rock Hotel Bali

Seperti yang sedia maklum, trip kali ni kami stay di Hard Rock Hotel Bali. Location HRH ni memang best. Berdepan dengan hotel adalah pantai Kuta. Dekat dengan mall and kalau nak ke Legian pun boleh jalan kaki je. Bagi aku, bilik HRH ni aku bagi 5 star, cumanya tandas je takdak hose. Setelah aku riki-riki budak-budak lain, ada setengah bilik ada hose. So bertabah la berak basuh guna gelas. Nasib sinki dekat. Dalam hotel ada peti ais, cumanya kalau ko nak guna, ko kena bayar deposit dulu. Kalau taknak bayar dia akan kunci peti ais tu. Selipar pun ada, selipar jepun HRH tu kalau tak silap aku 67,000 rupiah (sebelum cukai ye). Agak-agak nak buat kenangan, check out nanti bayo je la selipar tu. 

HR hotel ada swimming pool yang bagi aku besar jugak, gym, spa, pub/cafe yang ko boleh goyang paler sambil dengar orang nyanyi. Sediakan duit je nak masuk dalam tu. 

Satu bilik dua orang. Bila masuk dalam tengok katil, wow..sorang satu katil tuuu. Boleh buat kuak lentang atas katil. Bilik aku mengadap garden and swimming pool hotel sebelah. So malam-malam boleh la skodeng orang mandi.



Bilik air macam biasa laa, bath tub and lain-lain. Sayangnya aku tak cukup masa nak berendam dalam bath tub ni. Sedihhhhh. 




Pagi-pagi aku round sekeliling hotel. Tengok garden and swimming pool. Sayang jugak, masa tak cukup nak utilised semua kemudahan yang ada dalam hotel ni. Sampaikan supir cakp " u'oll ni duduk hotel mahal, tapi bukan nak utilised semua yang ada, yang u'oll buat, tido". Nasib badan pak supir. Dah jadual dari pagi sampai malam. Bila masanya nak berendam dalam pool tu.



 Banyak gitar-gitar sekitar HRH.. trademark hotel ni laaa..



Depan hotel ada gitar-gitar macam gambar kat bawah ni. Ramai orang pakat posing kat sini. Dalam hotel, ada satu kedai HR. Kalau guest beli sebelum pukul 11 pagi akan dapat discount 10% tak silap aku. Macam biasa laaa, barang HR ni kebanyakkan around RM70 ke ratus-ratus. Ko pejam mata je la beli and bayar. Bukan selalu beli and pergi Bali pun.



Keluar dari pagar hotel, ko akan jumpe benda ni. Kalau malam sikit punya ramai orang nak bergambo sini. Dekat Bali, tak silap aku ada 3 HR shop, satu dalam hotel, kedai kedua and ketiga, dekat-dekat dengan hotel. Satu dekat dengan HR cafe/pub and lagi satu memang HR shop sahaja. Yang tu memang besar and banyak pilihan compare yang dua ni. Tapinya ko beli kat kedai tu kau tak dapat laa diskaun.


Pantai Kuta. Masa aku tengok, terbayang aku kalau Tsunami mana aku nak lari. Takuit.


Jalan besar depan hotel, pagi-pagi tak banyak kereta and motor lagi.


Hard Rock Cafe, malam-malam kawasan ni meriah laa. Nak masuk rasanya ada dress code dia sendiri. Tak sure sebab ada orang jaga depan pintu. Dekat sini ada satu HR shop. Tapinya kecik je laa. Sama macam dekat hotel. HR shop lagi satu, idok la aku bergambo. Situ pun ok kalau nak bergambar.



#Nak sambung cerita Bali part 2..kemalasan melanda, gambar dah ada dalam draft tapimya nak menulis tu, yang ampunnnnnn...takdak idea and lupa nama tempat. Nak kena rujuk kertas travel agent bagi hari tu.



Erna

No comments: