Thursday, March 31, 2011

Make-Make @ KL Tower

Cerita entah minggu bila.
Bateri camera dah kong.
Dengan malasnya. Dengan takde moodnya.
Maka entry ni dok la bertapa dalam draft.

Biasa la. Bab makan memang aku suka.
Ntah tiba-tiba laki aku ajak mai sini makan.
Mula-mula aku ingatkan dia nak ajak Hi-Tea ajo!!.
Rupa-rupanya lunch. Ok la. Boleh makan sedap sikit.

So bila tiba masa bersiap awal sikit.
Pergi awal boleh dok lama melantak makanan yang ada.
Ingatkan nak ambik la gambar kat luar.
Harapan berkecai. Dari pergi sampai la balik.
Hujan manjang.

Dalam kereta. Aku suruh dia muncungkan mulut. Dia boh layan je aku. Ciss!!!

Sampai-sampai terus la ambik pas.
Naik lif. Terus rasa telinga berdengung macam naik kapal terbang.

Tapi tak terasa la tinggi ke ape sebab lift tu laju kut.
Aku nak ambik gambar yang tulis dah berapa tinggi lift tu jalan.

Tapi ada orang pulak. Kang dia kata aku jakun pulak.

Tapi memang jakun pun. Hahahaha.


Lift akan berenti kat tempat nak tengok Kl dari atas KL Tower.
Aku tak tahu kebenda namanya.
Pastu baru ke restoran.
Tapi aku & laki aku terus ke restoran.
Sampai-sampai terus di bawa ke meja.
Hahaha. Masa ni ada la dua tiga ketul orang tengah makan.

Masa ni baru kul 12 tengahari.
Gila gigih weii. Bufet ni dari pukul 12-3 ptg.
Ada 3 seksyen la. Melayu. Western. Desert.

Aku budget western ada la lamb ke.ape-ape yang di panggang la kan.

Nyata xde wehhh. Kempunan aku.
Dah nama restoran nye seri Melayu.
Of cos la makan melayu yang banyak.


Nasik beryani kut. Dengan lauk-lauk yang ada. Kat bahagian melayu ni ada macam-macam. Rendang, roti canai, mi rebus, sotong kangkung, pecal, rojak buah & lain-lain.

Ni makanan western. Macam biasa la. Salad, Solmon, coslow & ape2 ntah lagi. Aku makan mcm kat atas ni je. Sekali je aku round area tu sebab tak menarik.

Ni nasik. Sotong. Daging & sayur. Aku makan gak mi rebus tapi tak ambik gambo.

Rojak buah sikit. pasembor sikit. pecal sikit. Sotong kangkung sikit.

Si budak kecik satu hape pun taknak makan. Ko tengok umpan ngan kek pun dia taknak makan. Tapikan desert dia pun tak best weiii.. Aku rasa puding roti je best. Yang lain SO-SO jer.


Buah hati hambe!!!!

Budak nakai. Makanan dia ludah macam makan tepi jalan. Nasib baik la tak ramai orang.

Percubaan mengambil gambar berdua. GAGAL.

Last sekali gambar pemandangan. Banyak sebenarnya gambar. Malas nak upload. Hambik 1 je la.

Dah habis makan turun tingkat bawah tengok pemandangan KL.
Tapi ramainya manusia. Aku just jalan 1 round. Pastu keluar.
Ingatkan nak ambik gambar kat luar. Hujan lagi.
Maka tiada la gambar berlatar belakang KL Tower. Frust!!!!!


* Kalau tanya aku nak datang lunch lagi sini or tak. Rasanya tak berbaloi. Baik pergi mana-mana hotel. Harga pun sama jugak. Cumanya sambil makan sambil pusing-pusing tengok bandar KL.


**Nak cuba dinner. Mana tau better dari lunch kan. Maybe aku belanja kali ni..

***Dah habis makan. Masa jalan pun dok rasa pening-pening sebab menda tu kan berputar. Dah nama "Restoran berputar". Gila jakun aku.


1 comment:

Mama Q said...

dgr citer...x berbaloi gak klu dinner kat situ...mahai tp rasanye lbh kurang jek ngan tmpt lain yg lg murah. Beza cuma scenery je la...cantik