Thursday, December 7, 2017

Phuket Day 1

Cerita basi lagi. Ampunnnnn. Kali ni Company trip ke Phuket and Krabi. Sebelum ni kita jejak ke Indonesia, kali ni kita ke Thai pulak. Trip kali ni company guna travel agent lain. Kalau tanya komen jujur aku, aku lagi suka yang dulu. Yang ni kurengggg sikit. Tapi sebab free and dapat duit poket untuk shopping lagi, tutup mata je laaa dengan apa yang tak ok sangat tu.

Kali ni flight pagi. Pukul 4 semua dah kena ada kat airport. Aku malam tu baru nak pack. Selalu memang gitu, kalau nak jalan sure macam takde mood nak pack and jadi susah tido. Bila semua dah ada, agent cakap sikit and semua boleh pergi breakfast and sembahyang subuh sebelum berkumpul nak masuk ke dalam. Jangan tak tau, trip kali ni ada jugak yang tertinggal flight. Dalam sejarah laaaa sepanjang company trip, ini kali pertama bos tertinggal. Hahahaha. Tak boleh blah betul, tapi semua cakap tak perasan no gate yang sepatutnya. Apa-apa pun bos kena laa naik next flight.

Masa perjalanan dlm 1 jam lebih kalau tak silap aku. Tak sempat nak tido, sekali dah sampai. Sampai, ada jugak masalahnya. Ada sorang staff beg berkecai and lagi sorang beg tak sampai. Sabo je laaaaa. Kali ni aku and geng decide nak dok depan. Boleh ambik gambo sepanjang perjalanan. Kali ni naik bas 2 tingkat. Nasib aku dok depan, boleh berlunjur kaki. 

Percubaan selfie dekat airport


Sampai airport kena isi arrival form. Form tu masa ko sampai staff akan distribute dekat semua orang. Masa aku sampai aku tengok ada orang dok bagi form. Ingatkan form apa, sekali arrival form tu, kena laa aku turun tangga nak ambik balik. Untuk pengetahuan korang, form tu sorang satu, so maknanya dia takkan bagi lebih dari 1 form, maksudnya kena laa korang ambik sendiri, idok buleh suruh kawan ambikkan. Ada pahammmm.

Dalam ittenary, tempat pertama pergi adalah kedai jual Tshirt (Donan Tshirt), Gem Gallery and  Sri Bhurapa (cashnew nut). Kedai tshirt yang berkualiti kaedahnya. Dekat situ semua ada. Tshirt, hiasan rumah, cenderahati. Semua ada laaa. Harga boleh tahan laaaa. Yang best ko beli 10 ko dapat 1 free. Beli laa barang apa pun, cukup 10 dapat 1 free.


Lepas 1 jam dekat kedai Tshirt Donan, kita ke Gem gallery. Sebelum dia bawak ko tour dalam kedai, dia suruh ko belajar sejarah gems dulu. Hahahah. Naik laaa keretapi kecik masuk dalam and dengar apo dia nak cerita. Sekejap je pun. Selesai, mari laaa melontar peluru dalam kedai. Macam biasa, sebab duit tak berapa nak ada and ko pun bukan minat mana barang-barang ni, ko pun cuci mata je laaa. Aku dok dalam kejap je, pastu dok lepak luar tunggu budak-budak lain. Lagi satu dalam kedai takleh ambik gambo. Rugi laaa. kalau tak bleh tayang harga cincin ribu riban.


 Naik ketapi thaii. Siap boleh pilih ko nak bahasa apa, BM, BI or Thai.

Seterusnya ke kedai cashnew nut. Aku benornya ingat dia jual kilo ke apa, sekali jual ikut gram and pack kecik-kecik and ada yang dalam tin. Sedia maklum laa kalau dah pack gitu, harga pun up jugak laaa. Gajus ada banyak perisa. Aku beli laa sikit untuk rasa. Beli perasa lain-lain, so boleh merasa sikit sorang.

 Cara-cara ambik kacang gajus. Manual ko.

Sepanjang aku pergi trip ni, gambar makanan memang tak sempat nak ambik. Semua macam phirana, makanan sampai semua tunduk senyap makan. Lunch kami makan di Krua Marina. Makanan akak nora bagi 5 bintang. Sedap menjilat pinggan. Dia punya tomyam memang sedap and tak cukup ko. Macam nak order lagi je.

Sudah makan mari laa berangkat ke hotel. Dari restaurant ke hotel dalam setengah jam or 40 minit kalau tak silap aku.


Masing-masing tak sabar nak rehat dekat bilik. Ko tengok masing-masing dengan plastik besor hasil shopping tak hinggat. Hotel ni aku bagi 4 **. Bilik and bilik air ok. Kolam mandi cun. Cumanya ko takde masa nak ulitised apa yang ada dekat hotel ni. Breakfast pun ada halal and varieties of foods pun ok. Ada masa dalam 2 jam kalau tak silap aku sebelum nak rush dinner di Fantasea and ada show malam tu. Maksudnya petang takde masa nak jalan sekitar hotel. Sempat rehat and mandi saje.


 Semua melepas lelah and sibuk kira thai baht ada balance berapa je.


Bilik ada 2 katil beso. Memang puas hati laa.


Bath tub tu tengok je laa. Nak berendam pun tak sempat.




pool yang beso and cun. Rugi-rugi.

**sambung next entry untuk day 1 nanti. 

No comments: