Wednesday, September 3, 2014

Koh Samui Seafood

Ni cerita bulan puasa. Masa ni budak-budak semua tido rumah. Mak pak boleh la berdating makan sahur. Punya la pemalas nak masak. Restauran ni dah lama nak pergi, tapi tu lah..asal nak pergi ada hal lain. Kalau ikutkan banyak je restauran kat bangi ni aku tak pernah masuk lagi. Sampai ada yang dah tutup pun.

Pergi restaurant ni dalam pukul 12 malam rasanya. Orang ramai lagi and aku tengok masing-masing makan macam baru nak berbuka. Lauk banyak and nasik banyak. OMG. Bior betul diorang ni. Pukul 12 malam ko, bukan 8 malam. Disebabkan nak try test, kita makan goreng-goreng sudah. Laki ku makan nasik goreng kerabu kut, aku makan nasik goreng paprik. Ok la cuma berminyak skit nasik dia. Apa-apa pun licin jugak.

Sesapa nak makan boleh terjah ke seksyen 7, dari tepi jalan dah nampak dah. Selamat menjamu selera uolsss.
 







No comments: