Friday, September 12, 2014

Glory 78 Steamboat and Snack Corner-Cameron Highland

Dah berapa kali pergi CH, tapi tak pernah rasa nak makan steamboat. Tapi trip kali ni tekak ni terasa-rasa nak makan, so dari awal lagi aku dah request 1st night nak makan steamboat. Gigih la google mana yang sedap. Result dari google cakap Glory 78 Steamboat ni sedap and halal. Location dia sebelah kanan kalau ko dari tanah rata nak ke Brinchang. Restoran ni terletak bersebelahan dengan Hotel De' La Fern.

Aku sampai awal jugak la sebab banyak orang kate selalu penuh. Sampai-sampai tak ramai sangat orang. Kami pilih la meja kecik sikit and dekat dengan luar. Ada la dua tiga kali panggil pekerja untuk order, sorang pun tak layan. Bengang jugak. Hubby suruh pindah tempat dok depan and meja utk 10 orang. Waiter tu datang and cakap kami tak boleh duduk kat situ sebab tempat tu untuk 10 orang. Hubby ku pun bagi ayat pedas sedas dua. Senyap terus budak tu and ambik order.

For me, makanan dia sedap, tapi sebab pekerja yang tah hape-hape membuatkan mood makan kami kelaut sikit. Apa-apa pun, walaupun mood kelaut, makanan tetap habis. Dasar kuat makan kan. Sesapa rasa nak makan steamboat, pergi sini sebab sedapppp uuuu...Rasanya aku ambik untuk 2 orang makan. Satu kepala RM24. Banyak portion dia sesuai untuk 2 orang makan. Sos sedap. Sup aku ambik sup ayam, so so je laa. Bahan-bahan dia bagi pun fresh. Bila tengok gambo ni macam nak pergi makan lagi je.

 






1 comment:

nabilah halimi said...

Jangan makan sini. Tak sedap langsung. Sup tomyam tak masam & pedas melampau. Sup biasa dia rasa blend je. Cheese cake dia uneatable. Rasa apa ntah. Rasa satu sudu & biar tinggal. Yg okay cuma kacang tu.