Thursday, April 28, 2011

Day 11 – A picture of your favorite memory

A picture of your favorite memory


Banyak sebenarnya. Tajuk suruh letak satu, tapi aku letak DUA. Salah satu dari banyak fav memory yang aku ada.

Matrik IPDA-UUM 1998/1999

Kenapa aku pilih gambar masa matrik. Banyak kenangan weiii!!!

- Masa aku matrik tengah popular MIRC. Masa tu tengah gila chatting la. Nak tau nickname aku bila chatting. L[a]DieS. Hahahaha. Sampaikan boleh keluar pagi-pagi buta sebab nak book tempat. Almaklum la. CC yang ada berapa kerat je kat IPDA. Nak kena berebut dengan cikgu-cikgu lagi. Budak-budak matrik lagi.

- Tinggal 1 rumah ngan kawan-kawan matrik. 1 rumah 10 orang. So korang tau la macam-macam perangai yang ada. Tapi yang aku paling suka, budak-budak rumah aku semua 1 kepala. So kalau nak buat kerja-kerja yang tak manfaat ni..memang 1 rumah buat.

- Masa ni kalau keluar pergi bandar naik bas/kereta. Selalunya bas la. Tapi ko bayangkan la, kalau beli barang dapur. 10 orang punya mulut, 2 troley pun tak cukup. Selalu kalau pergi beli orang mesti tau ni mesti budak-budak UUM or matrik sebab dok membeli-belah bahan makanan macam la nak kena catu/habis makan tu. Semua dia nak borong.

- Ponteng. Jangan tak tahu. Aku masa matrik pun ada gak ponteng. Ponteng kursus haji. Kiteorang kuar dr IPDA & check-in kat Hotel Sentosa. Pastu pergi blind date. Aku nak jumpe budak yang chat ngan aku. Nasib la dia tak lari jumpa aku. Kalau tak, maluuuuu!!!!.

Malam ape ntah..ni la baju unuk tarian Agogo. Tak kena kan. Ade aku kesah!!!

- Masa dah nak abis matrik, ada malam ape tah. Semua kena buat persembahan. Kelas aku buat tarian Agogo. Belasah je la labu. Aku bukan tau menari. Tapi disebabkan semua perempuan, so tak kisah la macam mana rupanya. Asal menari, sudahhhh!!.

- Beli T-shirt. Asal ada orang jual t-shirt matrik-uum, aku beli. Ntah kenapa aku mesti akan beli kalau orang jual kat aku. Last-last melambak t-shirt matrik-uum. Disebabkan dah banyak, aku buat t-shirt tu jadi baju jalan. Ape lagi, bangga la orang tau aku ni student matrik. Ntah hape-hape.

-Budak-budak matriks IPDA-UUM kena stay kat maktab dari pagi sampai petang. Tapi disebabkan sangap kan, kan kelas dah habis, tapi dipaksa gak dok kat maktab, maka kami beramai-ramai lari ke arah van kontot & suruh bawak balik rumah. Sampai pintu pagar nampak pengetua dengan rotan. Ape lagi, bebel la. Tahan je la telinga.

Tu je la. Sebenarnye banyak lagi. Kang kalau aku rajin aku cerita la dari sekolah sampai masuk UUM. Walaupun takde la best sangat & aku pun tak pasti korang nak baca ke tidak. Tapi takpe la, kut anak cucu aku nak baca satu hari nanti kan. Kang kalau cucu aku tanya, aku buleh jawab gini "cu pegi la baca kat blog nek". Kelassss mak nyah!!!!. Hahaha.



1 comment:

FATIN HIDAYAH MUHAMAD said...

hhahahah..mmg kelas la nenek ade blog..