Monday, October 17, 2016

Bali-Part 1

OMG..lama gila tak menulis dalam blog..tahun ni cuma 4 entry je..adeiii..apo nak jadi ni..oklaa..nak cerita tentang company trip ke Bali akhir September hari tu. Macam biasa, tiap-tiap tahun semua excited nak tau tahun ni nak pergi jalan mana. Tahun lepas dah ke Bandung and this year ke Bali. Mula-mula decided nak pergi 4 hari 3 malam..tapi i cannot u..i teringat kat anak-anak yang tinggal dekat rumah. So dorang decided 3 hari 2 malam. Flight pagi dalam 9.30 pagi. Aku dah ada kat aiport pukul 6 pagi lagi.

Malaysia ke Bali ambik masa dalam 3 jam. Sampai terus pergi tempat makan dulu. Ko dah kebulur macam hape. Dalam flight makanan ntah hape-hape ko dapat. Bertabah la telan biskut kering sepanjang perjalanan tu. Sepanjang perjalanan ko akan nampak patung-patung besor tengah-tengah jalan raya Bali ni. Aku rasa ni salah satu keunikan Bali.


Satu-satunya tol yang aku jumpe kat Bali ni..keluar dari airport jumpe tol ni dulu. Setiap pintu tol ni ada patung..aku pun tak tau dewa dia ke..tuhan dia ke..tapi orang-orang Bali ni kuat betul agama Hindunya.

Nampak gambar atas ni..sebesor-besor patung ada kat tengah-tengah roundbout ni.

Lagi satu sepanjang jalan ko akan nampak babi guling ni..dalam kedai memang terguling sekor babi dalam tu..

Around 2 petang sampai dekat Restauran Pawon Pasunda. Hari ni kita makan makanan Sunda. Setiap seorang dapat satu set makanan. 

Sebelum makan ambik gambor sekeping dua. Bunga tu dapat masa sampai. Aku tak pakai sebab kuat betul bau dia sampai nak migrain kepala aku ni.

Setiap sorang dapat satu set. Dalam ni ada nasik, sup, ulam, ikan masin and ayam..pastu ko dapat sekor sorang ikan. Sambal and kicap free..nak banyak mana ikut suka laaa.


Lepas makan and sembahyang, teruskan perjalanan ke Uluwatu Temple. Tujuannya nak tengok sunset and Kecak Dance. Perjalanan dari Restauran ke Temple Uluwatu dalam sejam lebih. Sepanjang perjalanan ko akan nampak rumah-rumah orang bali. Setiap rumah akan ada satu rumah sembahyang. Rumah sembahyang tu ada besar ada kecik. Ada sebesar rumah pun ada. Aku nak ambik gambo tapi payah sebab jalan tak cantik..so gambo pun kelabu asap sebab bergegor-gegor.

Sampai Temple Uluwatu, ko kena pergi ambik kain untuk letak kat pinggang. Kalau orang tu pakai skirt or seluar pendek, dia suruh ko pakai kain. Lepas tu menapak laaa sampai ko nampak view bawah ni. Cantik wooooo. Masa aku pergi tu, dorang tengah ada sembahyang apo ntah. So takleh masuk area temple..Kena dok luar aje. Aku tak pergi pun sebab kuat nau bau coloknya.

Cantikkan..berpeluh ko menapak nak dapat view cantik..

Area atas tu temple..ramai orang sebab ada sembahyang..colok merata-rata ada


Terimalah gambar tuan tanah kedaung..muka berminyak-minyak..bau jangan kata laa..mashammm..

Sekeping lagi..jangan muntah hijo je tuan-tuan..

Kain ikat kat pinggang..lagi satu tour agent warning, sunglass and plastik semua simpan..monyet kat sini tak makan saman..tapi sepanjang aku jalan area sini..sekor monyet pun aku tak nampak..


Lagi satu view cantik..ni area nak pergi ke temple..

Ni pun lagi satu..tapi ni terceruk sekali..ko kena menapak sampai hujung..ikut kate tour agent, kalau lg hujung lagi cantik..tapi masa aku pergi dia tutup pulak..so sampai sini je laaa boleh pergi..

Masa untuk Kecak Dance..Kecak Dance start pukul 5 or 6 petang. Tapi ko kena datang awal setengah jam untuk dapat tempat yang menarik. Masa aku sampai tak ramai lagi orang. Sampai masa sampai ke lantai orang duduk. Penuh ko.

Mula-mula start ada macam tok sami dok baca jampi..lepas tu start la dorang ko kecak-kecak..kalau tengok macam pemujaan je sebab ko pun bukan paham apa dia cakap kan.. 

Orang siap dok kat lantai nak tengok Kecak Dance..Kecak Dance habis pukul 6 or 7 petang lebih tak silap..Masa tu pun dah gelap gelita.

Lepas habis lawat temple..masa untuk dinner. Malam ni dinner seafood dekat jimbaran. Gambo ada tapi tak cantik mana. So aku malas nak tepek dalam blog. Macam biasa setiap seorang akan dapat 1 set makanan. Dalam set tu ada nasik, ketam, udang, ikan and ulam-ulam. Sup pun ada. Makanan so-so je bagi aku.

Badan dah penat and busuk..tak sabar nak balik hotel. Tahun ni dapat duduk hotel best, Hard Rock Hotel. Bilik ok cuma bilik air tak paip nak basuh berak. Terpaksa la ko guna gelas ke apo yang ada nak basuh. Nampak je katil rasa nak tido terus. Kalau tak pikir badan busuk, aku bantai je tido..1 bilik 2 orang..heavennnnnn..dapat katil beso untuk seorang je. WIFI terbaik..lajuuuu..



Jamban tadok paip..nasib sinki dekat nak tadah air

Pose wajib dalam bilik air

#Abis hari pertama..kita sambung hari ke dua kalau tahap kerajinan ada..tata





No comments: