Monday, September 15, 2014

Perlis-Langkawi


Dah lama aku nak pergi perlis. Nak mengimbau kenangan dulu kaedahnyaaa. Disebabkan pergi Langkawi naik kereta and kena naik feri dari Perlis, maka tercapai la hajat ini hendak berjalan-jalan ke Perlis and UUM. Konon-kononnya nak bertolak lepas subuh, tapi pong pang pong pang pukul 7 lebih jugak kiteroang gerak. Rasa macam jauhnya la Perlis ni. Bangun tido bangun tido tak sampai sampai lagi. Sampai perlis dalam pukul 2 gitu. Sepanjang perjalanan badan aku dah seram sejuk. Aku diamkan aje sebab ingatkan takde apa-apa la. Sampai je Perlis, aku cakap meh la kita cari klinik. Kebetulan masa tu Ahad tak silap. banyak klinik tutup. Nasib la ada satu klinik bukak, check punya check rupanya tonsilku bengkak. So demam pun mencanak-canak la naiknya. Aku dah tak larat sangat. Nak naik hotel and nak tido je. 

Siap semua pergi la ke T Hotel. T hotel ni ala-ala budget hotel. Betul-betul depan dengan jeti. So takde la jauh nak menapak nak naik feri nanti. Sampai, setel check in, mari la kita makan. Lapo usah kate la. Sah-sah la kat Perlis kan, mari kita test laksa and pasembor dia. Laksa out but pasembor sedap. Restaurant tu sederet T hotel jugak.





 
Bilik ni ada katil Queen and single. Kettle takdok. Peti ais takdok. Kalau nak air panas boleh ambik kat bawah. Lagi satu hotel ni takde lif. Kalau bag banyak, mengah jugak la nak angkut semua. Dah setel semua, aku makan ubat and tido sejam dua. Bangun dah rasa segar, moh la kita jalan ke UUM. Nampak je pintu UUM rasa macam tak percaya. Last aku jejak kaki dekat sini tahun 2002. Lepas grad terus tak jejak-jejak UUM. Jalan pun aku tak ingat. Cafe selalu makan pun tak jumpe. Kolej pun aku tak sure betul ke kolej aku sebab semua lain. Dah la nama lain. Persekitaran pun dah lain. Aku turun sekejap je ambik-ambik gambo. Pastu cabut sebab nak makan laksa Kak Su.





Ramai jugak orang dekat sini. Dah nama kedai Kak Su laksa kan, sah-sah la makan laksa. Aku rasa ok laa laksa ni. Cumanya aku tak rasa aku suka sangat la laksa ni. Orang lain maybe suka sebab kuah dia pekat semua. Bagi aku kuah ok, cuma laksa beras dia aku kureng sikit. Aku suka laksa beras ganu jugak. gambar laksa ada, tapi ntah mana aku letak, tak jumpe plak.
Malam tak tau nak makan ke tak. Tapi sebab baca dekat blog kak D, Linda seafood sedap, meh kita try. Aku turun tu pun dah pukul 10 malam. Kiranya just untuk rasa je la bukan nak makan sangat. Budak-budak semua dah kenyang makan macam-macam. kami just order ketam cili and sotong celup tepung je. Di bagi sekali segala sambal and ulam. Rasanya setiap bekas sambal ni dia caj cuma aku tak ingat berapa RM. Kalau tanya aku sedap ke tak, aku rasa boleh laaaa. Boleh dimakan. Sambal belacan sedap. Sotong macam kenyal keras sikit. Taste aku kelaut sebab demam kut. Yang sedap jadi tak sedap. Apa-apa pun semua licinnnnn.



Ubat sebeban Dr bagi. Makan la kau. Orang bercuti nak hoyeh-hoyeh. Ko kena makan ubat. Nanti aku sambung cerita Langkawi plak ek. Gambo banyak and tengah fikir nak letak semua or tak.


Friday, September 12, 2014

Glory 78 Steamboat and Snack Corner-Cameron Highland

Dah berapa kali pergi CH, tapi tak pernah rasa nak makan steamboat. Tapi trip kali ni tekak ni terasa-rasa nak makan, so dari awal lagi aku dah request 1st night nak makan steamboat. Gigih la google mana yang sedap. Result dari google cakap Glory 78 Steamboat ni sedap and halal. Location dia sebelah kanan kalau ko dari tanah rata nak ke Brinchang. Restoran ni terletak bersebelahan dengan Hotel De' La Fern.

Aku sampai awal jugak la sebab banyak orang kate selalu penuh. Sampai-sampai tak ramai sangat orang. Kami pilih la meja kecik sikit and dekat dengan luar. Ada la dua tiga kali panggil pekerja untuk order, sorang pun tak layan. Bengang jugak. Hubby suruh pindah tempat dok depan and meja utk 10 orang. Waiter tu datang and cakap kami tak boleh duduk kat situ sebab tempat tu untuk 10 orang. Hubby ku pun bagi ayat pedas sedas dua. Senyap terus budak tu and ambik order.

For me, makanan dia sedap, tapi sebab pekerja yang tah hape-hape membuatkan mood makan kami kelaut sikit. Apa-apa pun, walaupun mood kelaut, makanan tetap habis. Dasar kuat makan kan. Sesapa rasa nak makan steamboat, pergi sini sebab sedapppp uuuu...Rasanya aku ambik untuk 2 orang makan. Satu kepala RM24. Banyak portion dia sesuai untuk 2 orang makan. Sos sedap. Sup aku ambik sup ayam, so so je laa. Bahan-bahan dia bagi pun fresh. Bila tengok gambo ni macam nak pergi makan lagi je.

 






Thursday, September 11, 2014

Sri Bangi Horizon Garden Restaurant

Blog aku ni blog untuk #terowbek aje. Dasar pemalas nak update. Ini pun cerita kurun ke berapa aku pun dah tak ingat. Ada jamuan sempena sorang staff transfer ke deparment lain. So bos suruh pilih dua tiga restoran untuk buat makan-makan. Beria la kiteorang semua dok buat list mana nak makan. Last sekali bos pilih hok ni jugak. Dasar kedekut penjimat punya bos. Alasannya dekat dengan ofis. Takde la alasan kiteorang mengular ke tempat lain.

Makanan dia boleh la untuk tekak aku. Kalau aku nak pergi sendiri idok la kut. Rasanya banyak lagi restauran Thai yang lagi sedap dari Horizon ni. Selalu kalau buat makan-makan sini, dorang siap-siap ambik yang set. Dalam set ni dah ada tomyam, ikan, sayur, ayam and buah. Just tambah lauk-lauk lain and air sahaja. layankan gambar je la ek.











Sesapa yang berhajat nak makan di sini, ku sertakan alamat. Sila la terjah kalau rasa nak makan.

No 13A & 15A
Jalan 8/35, Seri Bangi
Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor










Wednesday, September 10, 2014

WW-22

Sarah dulu vs sekarang.



"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"











Tuesday, September 9, 2014

The Time Tunnel Cameron Highland

Cerita CH lagi. Sambungan dari check in hotel, lepas dah selesaikan apa yang patut, kami pun pergi la kearah Brinchang. Ingatkan ada la pasar malam, sekali non hado. Rupa-rupanya Jumaat and sabtu sahaja ada pasar malam. Melepassss. Disebabkan takde pasar, hubby decide masuk la time tunnel ni. Ikutkan aku malasss nak masuk sini sebab aku tak suka sangat pergi tempat gelap-gelap and ada barang lama. Kadar keseraman ku tinggi. Macam rasa ada yang menunggu je dekat setiap barang tu. Layankan la gambo ek. Nak tepek semua banyak sangat. Aku tak jalan sampai hujung. Sampai je tengah aku dok kat kerusi and tunggu hubbyku di situ.

 















Time tunnel tu antara Brinchang and Equatorial Hotel. Tepi jalan je tempat ni. Entrance ticket RM5 untuk dewasa and RM2 untuk kanak-kanak. Aku tak sure kut dia dah naik harga. Tapi kalau naik pun takde la mahai mana.


Monday, September 8, 2014

Happy Birthday Hubby

Selamat hari lahir hubby. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik and semoga kita sekeluarga happy selalu. Aminnnnnn. Setiap kali aku tanya nak apa, sure dia takkan cakap. Alasannya taknak susahkan isteri manja dia ni. Alhamdulillah. Jimattt duit den. So aku just tanya nak makan apo. Katenya nak makan makanan yang harganya RM400. Pengsan. Aku kate pegi Victoria Station sudah. Makanan pun sedap jugak.

Sebelum nak ke VS, adik aku ajak ukur tanah dekat KLIA2. Tawaf la kami dari pukul 3 sampai pukul 5. Besor jugak and ada kemungkinan akan sesat. Kalau orang buta tuli macam aku laaa. Ada yang main redah je.

Dah sudah tawaf sana, mari la kita mengisi perut. Sampai VS dah 6 lebih. Kena makan cepat-cepat la kang maghrib, payah pulak. Masa sampai tu ada la 2 3 table je yang ada orang. Yeahhhh. Tak ramai orang. Selalu kalau makan sini mesti tak sure nak order apo. Sebab macam nak makan semua. Tapi memikirkan kang kenyang melampau, kita order biasa-biasa sudah. Sebelum makan mari la kita bergambar dulu.
 
   Ibu and Sarah

Babah and Syafiq
 Cream of Wild Mushroom
 
Roti and Butter





   
Budak ni nak makan jagung and sup je
 
 VE Escargots

 Apa nama ntah, tak ingat. Sengkak perut makan. Nampak sikit tapi kenyanggg..

 T-Bone. Yang ni lagi beso dari yang atas tu. Nak menghabiskan pun seksa jugak.

Jagung 2 ketul untuk 2 budak kecik tu.

So far aku suka VS. Tak tau la tekak orang lain. Kiteorang sambut besday ke, anniversary ke sure mai sini. Tapi rasanya besday aku, aku nak request makan tempat lain laa. Sure ada banyak lagi tempat yang best kan. Sesapa ada idea boleh bagitau aku. Senang awal-awal aku bagitau kat hubby mana aku nak makan December nanti.

Balik dari VS singgah beli kek. Almaklum laa kanak-kanak ribena nak nyanyi lagu untuk babah. Nasib aku ada anak 2 orang. Kalau 10 mau 10 kali kena nyala lilin. Sorang-sorang nak tiup lilin.

Ok, habis dah cerita hari ni. Selamat bekerja di hari Isnin. Aku malassssss.