Thursday, April 3, 2014

Kerja Gila

Sebelum nak cerita pasal kerja gila, nak cerita pasal makan dulu. Satu hari hubby ajak pergi makan nasik lemak Neelofa. Dalam otak aku dah berkata-kata, bila pulak Neelofa jual nasik lomak. Rupanya si Neelofa ni share partner dekat restoran Village Park. Aku ingatkan aku dah awal, rupa-rupanya depa lagi awal. Pukul 8 lebih penuh orang luar dalam. Nak mencari tempat kosong pun susah. Nak ambik gambo pun susah sebab berlaga bontut. Sudahnya makan je laaa. Aku bedal nasik lemak and ayam goreng. Ayam goreng dia marvelesssss. Sedap. Aku tengok ayam dia kejap je abis. Baru letak, abisssss. 

Sesiapa nak pergi tu sila laaa. Ikut tekak aku sedap la. Ikut tekak korang idok la aku tauuu. Sapa nak pergi aku letak alamat. Pandai-pandai la cari sendiri.

Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama,, 47400 Petaling Jaya, Selangor
03-7710 7860

Nasik lemak Neelofa yang famos amosss..kate orang..buka aku kateee...
Ok. Cerita kedua. Awal tahun hari tu ku buat kerja gila. Ku beli handbag tiga dalam masa sebulan. Pasni ku rebus bag-bag tu ku makan. Huwaaaaa. Duitku sudah abiss.

Bag pertama LV. Ada cerita bag ni. Husband nak belanja bag baru. Harus ku mintak yang paling mahaiii. Mintak maap la bang.. bukan selalu u belanja i bag. Ikutkan hubby tak suka LV sebab ala-ala makcik sikit. Tapi ku pujuk and cakap ada 1 bag LV tak macam makcik-makcik. So aku pilih bag di bawah.


 

Bag kedua ni aku beli sendiri. Bag basahan orang kate. Tak pernah-pernah dalam hidop aku beli bag mahal-mahal ni. Aku pilih bag ni sebab leather and tahan kuttt. Aku rasa laaa. Sesuka hati beli tapi tak tau ape-ape.Nama bag Longchamp Veau Foulonn√©. 


Bag ketiga MK. Gambo takdok. Nama bag Michael Kors Medium Bedford Tassle Convertible Shoulder bag. Aku beli bag ni sebab bleh sling and sangkut kat bahu. Kalau nak tau rupa bentuknya sila la google sendiri.

Kalau ikutkan banyak je lagi bag aku nak beli, tapi sabooooo. Jangan membazir. Pakai je apa ada. Bukan ko nak makan pun bag-bag tuuu.

Entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk. Cuma nak berkongsi rasa saja. Peaceeeee


2 comments:

CikLily Putih said...

bestnya hubby belanje beg.. kita beli sendirilah jawabnya..

erna said...

Cik lily-sekali sekala boleh laaa...