Thursday, April 10, 2014

Honeymoon

Plan nak honeymoon dah lama buat, tapi nak pergi ada je halangannye. Halangan utama ialah anak-anak. Seperti biasa I tak biasa tido takde anak-anak. Tapi disebabkan nak luang masa bersama-sama hubby dua orang saje, kita pergi tido hotel dekat-dekat sudah. Anak-anak tinggal rumah mama dengan bibik.

Hubby pilih Seri Pacific Hotel. Dekat dengan PWTC and tujuan utama dok situ supaya senang nak terjah House Exhibition. Nak masuk situ hazab jugak, dengan jem and parking full. Berpusing-pusing cari parking baru jumpa. Setel check-in tengok bilik jadi gini. Wah..wah..wah..tak sangka hubby pandai buat benda-benda romantik gini.

 Atas katil pun ado..malam ni tdo atas lopak bunga laaa

 Dapat kek seketul and buah 3 bijik

 Yang ni hubby bg..cekelat seketul and bunga 2 kuntum..kalau tau dia nak bagi hadiah ku mintak Pandora


Letak bag terus pergi PWTC. Dok dalam tu bukan main lama. Malam je perut dah lapo. Mari la kita pergi makan Japanese buffet dekat Restoran Kofuku. Sebelum makan tanya dulu halal ke tak. Nasib dia bagi tau ada letak mirin and dia tunjuk mana tak boleh makan. And nasib baik jugak yang ada Mirin tu sikit je. So boleh la bedal banyak-banyak sikit.

 Pusingan pertama

 Ini sedap

 Pusingan ke dua

 Pusingan ke tiga

pusingan ke 4

Makanan dia sedap la jugak. Tapi tekak aku kate MIYAGI sedap lagi laa. Ini aku bagi 3.5 star from 5 star. Sekarang Jumaat and Sabtu dorang buat Japanese Buffet. So sapa nak pergi silakan. Harga tak tau pulak berapa. Tak silap dalam RM60-RM70 seorang kut.

Ahad balik rumah sudah. Best jugak kalau buat aktiviti tahunan macam ni. Pergi holiday berdua je dengan husband. So mari la mengumpul duit supaya boleh tido hotel lagi.

2 comments:

CikLily Putih said...

hah sushi sashimi bestnya..

erna said...

p makan cepat