Tuesday, November 19, 2013

Padi House @ Putrajaya

Last Saturday ada Little Ihtifal Genius Aulad di Putrajaya. Malam sebelum tu aku ada Annual Dinner. Balik rumah dah pukul 1 pagi. Pukul 2 lebih baru tido. Esok pagi-pagi dah terpacak dekat sini sebab nak tengok si Syafiq buat persembahan. Dia tak graduate lagi. Ada lagi setahun dia nak bertapa dekat GA ni.

Gambar Little Ihtifal tu dekat entry lain ek. Sekarang aku nak cerita pasak Padi House. Dah lepas habis event, semua kepenatan dan kelaporan, so kita decide makan dekat sini ajer. Aku first time masuk Padi House. Yang aku tau dia banyak branch. Salah satu dekat Putrajaya. Tempat ni aman damai nak makan. Very cozy gitu. Ko nak makan pun tenteram je. Disebabkan nak test, kita order sikit-sikit je dulu. Almaklumla, kalau tak sedap takdo la nak ralat sangat. Price pun tak mahal tak murah. Sederhana gitu. Lupa nak snap gambo harga makanan. 

Padi house ni aku bagi 4.5/5.0 star gitu. Makanan sedap. Air sedap. Kek sedap. Ayam goreng pun sodap. Tapi sayang, hari tu nak order pavlova and kek ape ntah lagi satu. Pavlova abis and lagi satu tu tak jual satu slice. Kena beli satu kek. Sebelum nak beli satu kek kena rasa dulu kan. Last-last order cheese kek sajo. Favorite si Syafiq ni. Gambo kek pun takdo. Semua macam phirana makan.

Ok. layan je la gambo yang ada. gambo tuan tanah takdo. Tuan tanah tengah proses mengemukkan kuruskan diri sendiri.
 
 
 
 
 
 
 
  
Location :

Padi House,  
Galeria PjH, Jalan P4W, 
Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100 Putrajaya.

Padi House
No. 29, Jalan Radin Bagus 3
Bandar Seri Petaling
57000 Kuala Lumpu

18 Jalan P Ramlee, 
50250 Kuala Lumpur, 
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

 

2 comments:

Gieyana said...

Nmpakmsempoi tul menunya...:-)

ErNa said...

simple tapi sedap..boleh try yang lain pulak.