Thursday, August 21, 2014

Cameron Highland Lagiiiiii

Cerita lama jugak. Dah lama tak pergi CH. Tahun lepas tak pergi so tahun ni terpaksa pergi. Terpaksa la sangat. Aku suka je pergi CH ni. Sejuk and nyaman. Tapi masa aku pergi orang dok sibuk kata atas tu hujan. Aku yang kat bawah ni berdoa laa supaya tak hujan.

Macam biasa kalau pergi CH, sure gerak pagi-pagi lepas subuh. Tujuannye nak breakfast kat ladang BOH. Tak ingat nama apa, tapi kalau dari Tapah akan jumpe ladang BOH ni dulu. Macam biasa la, sebelum sampai Tapah, budak-budak kena puasa susu, kalau tak ado yang muntah pening pulak. Alhamdulillah, perjalanan lancar and budak2 tido sepanjang jalan. Takde la tragedi muntah dalam kereta.

Destinasi pertama Ladang Teh Boh ni. Jalan macam biasa la kecik tapi masing-masing tahu bertolak ansur. Kalau nampak kereta depan and ada ruang, kita bagi jalan dulu. Sampai sini makan and minum dulu. Ingatkan nak masuk kilang. Sekali terlepas and kalau nak masuk kena tunggu lagii sejam. Malas laaa. Kita panjat ladang teh je la.




Terlepas nak masuk. Ambik gambo depan pintu kilang sudahhh..

Bermula pendakian ke atasss..penat ko..








Sibuk update IG and berehat..penat panjat bukit ni..


Budak-budak semua tak reti penat. Dah sampai atas berlari-lari lagi. Nak panjat bukit lagi. Tapi bagus jugak la kan. Dapat budak-budak kenal daun teh macam mana. Panjat bukit macam mana.




Dalam sejam duduk atas, kita turun and pegi pekena aiskrim strawberi and buah strawberi with cokelat. Nyum nyum. Buah ni aku tak boleh makan banyak sebab nanti sakit tekak. So makan sikit-sikit buat rasa.

Dah selesai makan boleh pergi check in hotel. Kali ni takmau duduk atas dah. Dulu duduk kat Equatorial CH. Hazabedah jem nak naik atas. Situ manjang banyak kereta. So kali ni kita duk bawah sikit. Mari la kita book Century Pines Resort CH. Ingatkan dapat la queen saiz bed, sekali single. Nak tukar kate full semua. Bantai je laaa. Nak tido je pun. Mintak jugak extra bed untuk anak bujang aku.




Sambung nanti ek. Ni je gambo yang ada. Yang lain kat draft lagi. Malassssssnyeee nak update.


3 comments:

green apple said...

Tobat lahum taknak naik Cameron dah. Asal naik je muntah. Asal naik muntah. Pening gila azab nak panjat Cameron.

CikLily Putih said...

lamanya kite tak pi cameron highlands, sebab malas nak tempuh jem naik atas tuh...

erna said...

Kak D- best la g CH..jgn makan minum so nnt idok la muntah belahak

Cik lily putih-g la..jgn g weekend..tp kalau x g weekend xleh g pasar brinchang..paso tu yg best sebenarnya..hehehe..