Monday, May 27, 2013

Jalan-jalan Kuantan

Citer awal bulan 5 hari tu. Takde plan nak cuti-cuti Malaysia, tapi tiba-tiba hubby ajak pergi Kuantan. Soalan pertama, ada ape dekat Kuantan. Nak pergi jalan mana. Jawapan yang dapat, tido hotel, tilek-rilek. Ok. Zasss, siapkan bag baju. Ke Kuantan la kita dari Ahad sampai Selasa.

Bila nak pergi Kuantan je teringat zaman-zaman belajar dulu. Aku 1st year dekat Kuantan, lepas tu baru pergi UUM Sintok. Kenapa. Jangan tanya aku. Yang aku dengar katenye tak cukup tempat nak tampung budak-budak akaun. Masa tu rasanye pecah rekod kut, budak akaun paling ramai dalam sejarah UUM. Hahaha.

Gerak ke Kuantan dalam pukul 10 pagi dengan harapan sampai Kuantan tengahari, so boleh la lunch ikan patin. Tapi harapan tinggal harapan. Nama pun hari ahad. Semua kedai tutup.

 Muka budak-budak tengah happy nak berjalan. Tak sampai setengah jam semua pun zzzz
 
Kompleks Teruntum. Tempat aku melepak dulu. Keluar kolej pukul 10 pagi, pukul 10 malam baru balik. Buat ape. Ntah..Jalan-jalan ukur shopping kompleks.

Kiteorang stay dekat Swiss Garden. Bilik ok. Bilik air ok. Pantai dekat. Cumanya jauh sikit dari bandar. Takpe la, kate nak rehat kan. So duduk je la sini.


  Budak ni aku suruh senyum dia buat eiiiiii.tunjuk gigi..

Dah sampai tu, takde benda nak buat, so round satu hotel. Main la indoor game, lepak dekat swimming pool, lepak dekat playground.

Cubaan pertama main ping pong
 

Lepas tu layan swimming sampai kecut. Layan gambo je la ek. Malas nak taip caption.



Esoknye aku berjumpe dengan kawan masa matrik, Nani. Dah plan nak makan patin kan, harusla eprgi makan. Kang mengidam laki aku tu. Dah makan situ, sebelum balik tapau lagi. Buat makan-makan dekat rumah nanti. Sedap patin dia. Kuah pun pekat. Rasa semua cukup la. Nama kedai/warong ni Pak Akob Ikan Patin. Pandai-pandai cari la address dia.


Benda wajib buat kalau pergi hotel. Ada bath tub ke tak sebab budak dua orang ni nak berendam. 

Dinner kiteorang malas keluar. Dinner la kat hotel. Bagi aku la hotel ni breakfast ke, dinner ke semua tak best. Tak banyak pilihan. Aku makan pun sikit je. Kalau tau makan kat luar. Lagi banyak pilihan kut.

 Benda wajib ambik. dap dap nyeeeee


Abis la cerita percutian ni. Percutian yang tak dirancang. Habisssssss.

1 comment:

CikLily Putih said...

bestnya Holiday, lama daH x pi kuantan la