Thursday, March 28, 2013

Random Pic-4

Random picture uolsss..disebabkan bizi melampau, so segman random picture la yang paling senang nak dibuat, betul tak kawan-kawan. Cepat iyekan. Okey mari kita layan


Roti nan cis..cis membuak ko..ni dekat jalan TAR, restoran apo ntah namanya. Nanti ingat aku update nama restoran.
Ayam tandori. Ayam besor and sedap.
Sarah minum susu pegang telinga
Abang Syafiq minum susu pegang kaki.
Budak yang setiap bulan demam. Tahun 2013, kesihatan Syafiq tak memuaskan.
Buku Perubatan Al-Quran untuk rawatan kanser. Ada kisah kami sekeluarga dalam ni. Nak tahu kena la beli.
Ni masa Matta Fair. Pukul 9 dah terpacak. Bukaknya pukul 10. Pengsan menunggu. Rameiii orangg.
Ok. Abis dah.


Wednesday, March 27, 2013

WW-Part 14

BE bulan March yang ke empat uolsss...


Tuesday, March 26, 2013

Keras Tangan Syafiq


Bulan dua hari tu ada perjumpaan student and teacher dekat Genius Aulad Bangi. So perkara pertama yang ada dekat kepala otak aku ni ialah:

1. Pergaulan-Syafiq according to teacher still pendiam tapi tak macam dulu. Dulu lagi pasif and diam sekarang ok sikit. Dah boleh main dengan kawan-kawan dia.
2. Tulis and baca-so far semua ok. Macam dekat bawah ni ada huruf dia boleh kenal and baca ada yang tak. Aku risau sebab numbers dia tak master lagi. Pengsan la nanti kalau dah kena belajar maths.

Teacher ada bagi scraps book. Aku rasa sebulan pertama sekolah budak-budak tak belajar mana. Cuma warm up dulu. Kasi warna-warna. Tulis-tulis. Tampal-tampal. Ok sila la tengok kerja syafiq dekat bawah ni.



 


 

 










Thursday, March 21, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe


Cerita lama jugak. Rasanya dalam 2 ke 3 minggu lepas. En. Hubby ajak makan dekat restoran ibu kepada seorang pelakon. Pelakon yang orang cakap ala-ala Angelina Jolie Malaysia. Nama dia pun dah macam sama bunyinye. Betul ke tak, idok le teman tau.

Sebelum tu kiteorang dah penah pergi, tapi tutup. So hari sabtu hari tu gigih la kesana. Alasannya nak merasa sedap ke tak. Banyak orang kate sedap. Restoran ni ala-ala dalam hutan. Dah namanya garden cafe kan, pokok pun merata-rata tempat.


Mula-mula ada rasa nak makan western. Lepas nampak masakan melayu rasa nak makan pulak kan. Jangan tamak haloba, kita cuba satu-satu dulu. So order la nasik 2 pinggan, masak lemak daging salai, sup tulang, kangkung belachan dan juga sambal belacan.


Nasib la tak mintak nasik separuh, sebabnya nasik dia sikit benor. Rasanya dia pakai magkuk sup kecik kut sukat nasik. Korang tengok bawah ni, macam-macam ado. Pilih je la. Suasana kat sini tenang je la kan. Sebabnya banyak pokok and rasa sejuk je la. Dalam sejuk-sejuk pun berpeluh jugak la sebab nama lunch hour, matahari tegak atas kepala kan.


Overall aku bagi 3 star je sebab gulai masak lemak dia tak pedas. Masa nak rasa aku ckp dalam hati mintak-mintakla pedas sebab bila makan baru ada kickkan. Sekali ceduk and rasa, alaihai. Boleh la bagi budak-budak makan. Dah nama tak pedas kan. Sup dia ok. Banyak jugak la. Hehehe. Yang lain-lain ok la. Lagi satu tak best air. Air dorang buat memang tak sedap. Maybe aku tak pandai pilih kut. Rasanya air buah pun takde dekat sini. Desert dia pun tak banyak choice. Yang ado tapai pulut or tapai pulit with aiskrim.


 Agak-agak sesapa nak pergi boleh tengok alamat.


Selingan gambar budak jakun. Nak bergambar dekat kolam.

Tuesday, March 19, 2013

BZ giler

Aku sangat bz sampai blog pun bersawang. Ada masa aku update. Banyak benda nak cerita. So kawan-kawan sekalian harap bersabarlah. Tunggu entry selepas ini. Kita kasi tempek gambok budak mokmok ni.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 7, 2013

Random Pic- 3

Gambar dari Instagram. So boleh la dijadikan random picture untuk this week. Sila la tengok ye kawan-kawan

Aku nak ambik gambar dia bogel..buleyyy..tapi dia malu and cover dgn kain.


Koleksi Dinosaur Syafiq..Budak ni memang suka sangat binatang pupus ni
Cinta hati saya..muahssss..

Ini budak kalau suruh senyum, macam ni la..heeeeeeee..
Ni masa syafiq ada rombongan ke Masjid Besi Putrajaya..Dok dalam kereta and aku suruh minum susu dia taknak..sebabnya dia takut kawan dia nampak dia minum susu dalam botol lagii.

Lapar and sedap sangat sup dekat pizza hut..nyummm

Novel terbaru. Tak habis baca lagi
Penat mop rumah tapi puas hati lantai berkilat. Tak sampai 5 minit kelabu asap balik lantai. Semua budak-budak punya kerja.

Ok. Abis dah. Next week kita tengok gambar lain plak.


Wednesday, March 6, 2013

WW-Part 13




Sedapnyeee..kecur air liur tengok..gambar terbalik-terbalik..lantak
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 5, 2013

Pendaftaran Darjah 1 sesi 2014/2015

Lega rasanya dah daftar sekolah Syafiq. Dari awal tahun dah menunggu, rupa-rupanya bulan 3 baru bukak. Tadi bila daftar jadi konfius, Sek Keb Bangi ke Sek Keb Bandar Baru Bangi. Adoiii sekolah sendiri pun lupa nama. Sek Keb Bandar Baru Bangi tu sekolah aku dari darjah 1 sampai la darjah 6. Sekolah menengah pulak kat belakang Sek Rendah. So kalau jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Memang dekat betul la dengan rumah. Proses register dah selesai. Sekarang tunggu nak sahkan sebab benda ni kena sahkan dalam masa 14 hari and kena bawak semua dokumen-dokumen seperti surat beranak, ic, sijil nikah and bil letrik or air. Dah sahkan, kita tunggu la ttahun depan pulak kut kena sahkan kali kedua dan adekah Syafiq dapat ke sekolah ibu dia. Fuhhh. Tak sabar nak tengok Syafiq pergi sekolah. Excited uollsss.

Sesape yang tak pohon lagi tu sila lah terjah ke link kat bawah ni.

http://apps.moe.gov.my/esppsel/


Monday, March 4, 2013

Instagram


Orang lain dah lama guna, aku baru nak guna, itu pun nasib baik la cik abang belanja handphone baru. Kalau tak aku guna la handphone cap ayam ku. Sesiapa nak add ku sila la. Wah2 perasan retis plak. Ok sudah, p sambung kije.
Published with Blogger-droid v2.0.10