Ini pun cerita basi. Bulan dua punya cerita. Hoiii..gila lama. Orang dah nak abis tahun dah. Punya la lembss tuan tanah kedaung ni. Balik Terengganu ni adhoc plan. Pagi datang breakfast rumah mama, tiba-tiba dorang cakap "jom balik ganu". Macam la ganu tu sejam dari Bangi kan. Tapi ape kisah. 8 jam pun sanggup ku redah sebab nak makan sutun celop tepung.
Gerak la dari Bangi kul 2 macam tu. Seperti yang dijangka, dekat tol Karak jem tak henggat. So ape lagi, ikut jalan lama yang macam ular kena palu. Nasib la lepas genting sempah semua clear. Cuma sumbat dekat tol gombak je kut. Sampai area Dungun dah maghrib. Dah sembahyang semua singgah Kuala Kemaman untuk dinner and makan sata. Kalau pegi Kuala Kemaman, pergi la kedai Aziz Satar. Aku cadangkan makan satar and seangkatan dengannye. Kalau makan masakan panas macam ikan bakar ke tomyam ke..kureng sikit.
Sampai rumah nenek dah pukul 12 malam. Ape lagi kan, terus la tido. Esok banyak aktiviti. Lusa nak balik pulak. Esokkan, tempat pertama pergi pasar payang. Disebabkan gerak asing-asing, so tempat perjumpaan dia kedai atok aku, kat Jalan Banggol. Kedai ala-ala gudang la. Barang-barang yang order semua humban sini. Tapi kat sini ada jugak jual songket dan lain-lain sejenis dengannye.
Syafiq kat kedai "ayoh"
Tujuan pergi pasar payang untuk berjumpe dengan "pakcik and makcik" aku. Dorang ni semua ada kedai kat pasar payang ni. Dah masa singkat kan, kita jumpe sini je la. Nak pergi rumah sorang-sorang ambik masa. Selain tu nak cari stok keropok la, rempah la, laksa la, macam-macam la nak beli.
Melepak dengan pakcik makcik..update story panasss
Makan lagiiii..budak-budak paw atok aiskrim
Petang pergi pantai Teluk Ketapang. Aku paling suka kedai ni sebab sotong, ikan and udang dia fresh. Besar-besar and portion dia sesuai dengan harga dia. Tapi maybe ada yang tak kena taste kan. So ikut masing-masing la. Kat sini aku suka order 3 tu la. Udang, sotong and ikan. Nyum-nyum. Ini baru di namakan sotong celup tepung. Bukan cekodok sutun. Kedai ni satu je tak best. Air. Ko order la air ape, semua tak best kecuali Kelapa buah. Kalau kelapa letak dalam gelas pun tak best. Banyak ais dari air. Manis pun manis air gula.
Tunggu makanan sampai
Tunggu lagiii...
Malam ke "China Town". Jangan main-main, Terengganu pun ada. Kat belakang tu dia dah tambak and hias cantik-cantik. Takde la menarik sangat. Tapi ok la dari dulu. Dulu belakang ni kosong je kut. Aku pun tak penah jejak kaki kat belakang ni. Kira 1st time la ni.
Awal-awal budak-budak dah pow mak pak masing-masing
Sarah the Princess
Ni muka-muka belengas sebab panas
Ini je la yang ada pun. Lampu-lampu macam kat I-City Shah Alam
Lusanya nak gerak balik. Port perjumpaan adalah di Pantai Batu Buruk. Aku nak bagi budak-budak main pasir kejap
Pantai yang tak boleh mandi. Takut tengok ombak besarr
Budak ni jumpe pasir suka laaa..
Ibu mok-mok dengan anak mok-mok..
Sampai Bangi dalam pukul 5. Selesai balik Terengganu. Akhir cerita aku hadiahkan gambar budak panjang akai..budak kuat ngamok..kuat marah and kuat nangis. Sapa lagi kan..Sarah laaa.
p/s: Nanti aku tempek business card pakcik makcik aku. Kut ada yang melancong ke sana, boleh la cuba nasib. Kut-kut dapat diskaun kan.