Friday, December 24, 2010

Selamat Sudaa!!!

Meh la sini aku story mory skit pasal pengalaman aku bersalin kali ni..Pengalaman ni berbeza skit dari bersalin si papik..yang ini mencabar fizikal, mental & emosi aku..heheheh..

Ahad 5.12.2010 pagi- aku dah rasa sakit2 dalam 1/2 jam skali..sakitnye bleh tahan la..tegang gile perut aku..hari tu jugak MIL aku ada buat makan-makan pagi..so berangkat la aku anak beranak ke puchong..mak aku ckp jgn bsalin dlm perjalanan dah..aku cuma senyum n kate x mungkin sbb kalau dah sakit kerap sangat aku akan balik secepat mungkin..

Kat rumah MIL sakit dah jadi 15 minit skali..aku makan pagi tu sikit je..xde selera sebab perut menegang sangat

1.00 t.hari- aku dah rasa sakit makin kerap..masa ni aku dah ajak laki aku balik..tapi xde la aku kabarkan kat dia sakit makin kerap..aku buat diam jer n sambil tu dok tahan sakit..on the way nak balik sempat la aku suruh laki aku beli cendol dengan rojak mamak..rasa nak makan sangat2..masa tunggu mamak tu bungkus..sakit dah makin kerap..sampai rumah dok kejap..pastu ambik pinggan & cawan..melantak tak henggat..heheheh..dok terbayang hari ni sure bersalin..

2.30 ptg-dah abis makan..baring2..masa ni sakit dah 10 minit skali..laki aku ajak g hospital..tapi aku taknak..selagi bleh tahan aku nak tahan..aku dah terbayang kut2 sakit mcm ni bukak dah 5cm ke..kalau betul ok la..kut2 baru 1cm..masak aku nak dok kat ward..dalam kul 3 air ketuban aku pecah..masa nak pecah tu aku dok tahan sakit..tiba2 dengar bunyi "pop"..pastu terus rasa air..perkataan pertama keluar dari mulut aku.."ohoh..air ketuban dah pecah.."..air ketuban dok keluar jer..aku pakai pad pun lencun gak..aku xnak pakai kain batik..so aku gigih gak pakai seluar g hospital

3.00 ptg- g azzahrah..terus naik tingkat 2..nurse suruh duduk dulu..aku kate xleh sbb ketuban keluar..pastu dia suruh masuk bilik nak check cik V and pasang CTG..pas dah check dia cakap dlm 10 minit 2 kali aku sakit & bukaan baru 3cm..3CM ko..alosss...lama lagi aku nak menunggu beb..so dia call dr and dr suruh warded..dok la aku kat ward..


masih bleh senyum walaupun masa ni sakit perut yang amat..tgh buat CTG

3.30-5.00 ptg- aku dah ada kat wad masa ni..1/2 jam pas tu nurse dtg bg ubat berak..terus zass ke toilet..berak..masa ni aku bleh tahan lagi sakit..dah nak dekat kul 5 aku rasa macam nak teran..aku try tahan sbb takut belum bukak lagi..lagi tahan lagi sakit..nak tak nak suruh la laki aku panggil nurse..kena la seluk lagi cik V aku..baru bukak 5cm..adoiiiyaa...baru 5cm..

Nurse suruh tolak aku p labor room..dok la aku kat situ..dia tanye gak nak ubat ke tak..tapi aku takmau..selagi aku bleh tahan aku tahan..

6.00-7.30- Masa ni aku dah tak tahan..sakit bukan kepalang..rasanye dlm kul 7 cik V aku diseluk lagi..bidan cakap dah 9cm tapi kepala baby tinggi..dia suruh aku teran..macam mana aku nak teran..tangan dia dok dlm cik V aku..sakit wooo..aku cakap aku tak leh teran..sakit sbb tangan ada dalam.pastu bidan kata dah 10cm..tapi kepala tinggi lagi..dia suruh je aku teran sambil dia dok siap2kan aku nak bsalin..teran la aku berkali2..nak terberak aku sampai aku konpius aku nak berak ke nak beranak..sbb x rasa baby nak kuar kat cik V..rasa nk kuar kat vontot..ropa2nye dah terberak..sian dorang..kena bersihkan..aku pelik sebab aku dah berak tadi..hmmm..xpe la kan..

pastu aku rasa macam pedih kat cik V..ropa2nye dr dah gunting..tiba2 rasa nak meneran dengan gilanye..aku pun teran..dalam labor room..dr & nurse suruh teran sampai kepala keluar..aku rasa dah mcm kepala nak keluar..tapi tak cukup nafas..kali kedua kepala keluar..kali ketiga bahu keluar..pastu lega selega-leganye..hilang semua rasa sakit aku..

Dr letak baby atas dada aku..alhamdullilah..semua sempurna & sihat walafiat..tiba masanye dr besihkan aku n JAHIT..tang jahit awal2 aku suruh bius..dr bius n aku tak rasa kena jahit..rasa la dr buat ape..tapi tak rasa sakit..aku tanye banyak ke kena jahit..dia kate sikit je..bagus ler..pas siap jahit..aku cakap sakit perut..dr kate uri nak kuar..pas uri kuar..aku dah lega sbb semua dh selesai..akhirnye...

Baby masa ni nurse tengah bersihkan..siap semua bagi hubby aku utk iqamat..gembira aku semua selamat.


baby sarah beberapa minit lepas dilahirkan

aku lupa nak tanye dr awat letak dia dalam ni..


Masa dok menunggu nak dihantar ke wad..aku cakap kat dr perut aku still sakit..dia pun cakap maybe rengat..adoii la..malam tu pas telan pain killer..ingatkan ilang la sakit tu...hampess..takdonye..dah malam tu aku susah nak tido sebab sakit..3-4 hari gak la nak hilangkan sakit rengat ni..

ok sekian cerita bersalin aku..aku rasa aku tutup kedai dulu la kut..nak ngandung lagi..tunggu aku sedia mental & fizikal..hehehe



Thursday, December 23, 2010

Mau Kenal Dengan Anak Dara I....

Mau kenal dengan anak dara En Shahril & wife terchenta (aku le tu..:) yang terbaru..jeng..jeng..jeng..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Sarah Eizzaty Shahril
05.12.2010
3.06kg
Az-Zahrah, B.B.Bangi


p/s: masa lahir muka mcm atok..now dah lain wei..nanti aku tempek gambar baru budak ni..


Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAAPPYYY BIRTHDAY TOO MEEEE!!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!
WOHOOOOO!!!!



Hari jadi aku hari ini beb..tapi sayang..xleh p makan-makan sbb masih dalam kepantangan lagi..

Hadiah ape yang aku nak..hahahaha..ikut mr hubby la nak bagi ape pun (dlm hati ni nak mcm2..bleh mintak ke)..aku terima ngan tangan terbuka..chewahh..kut2 esok lusa keluar entry wishlist yang panjang sejela..hehehe..

Aku harap dengan pertambahan umur ni menjadikan aku semakin matang xdo dah rasa sentap2 ni..dapat perbaiki kerjaya+gaji aku dan lain2 termasuk jadi wife yg baik& rajin dan ibu yang kurang garang..huhuhu..

okla..choww..xdak idea dah..




Thursday, December 16, 2010

Happy 4th Anniversary

HAPPY 4TH ANNIVERSARY
TO
MY LOVELY MR HUBBY
LOVE U SO MUCH!!!!!


Aku sudah lupa hari ni wedding anniversary aku wehhh...ini semua pasal kepala weng...berapa malam x cukup tido gara2 si sarah..nampaknye anniversary ni tak gi mana la..dok umah saja..maybe pas abis pantang baru fikir apa mau buat or kasi kat laki ku yang disayangi..heheheh..

p/s: aku hutang banyak cerita..semua dah dlm draft..cumanya takdak idea mau mengarang..


Monday, December 13, 2010

Rengat

Aku pernah dengar perkataan Rengat ni masa kawan aku bersalinkan anak ke dua dia..dia cakap kat aku pas bersalin dia still rasa sakit perut ala2 contraction..masa aku tanye normal ke..dia kate normal..selalu anak ke 2 mesti kena..tapi tgk orang gak kut..

Pas aku bersalin kali ke dua ni..aku kena rengat dalam 2-3 hari gak..hari 1st tu memang tak tahan la..rasa sengugut yang amat kuat..aku dah rasa masa dalam labor room lagi..masa dr tanye aku sakit lagi ke..aku cakap YE..dia cakap kena rengat la ni..so tahan je la..pas 2-3 hari dah hilang sakit tu..

Masa aku dok gugel kat pokcik gugel psal menda ni..ada la jumpe masalah2 lain pas berslin..ingtkan rengat je..so aku kongsi ngan korang..mana tau kut ada yg kena selain dari rengat ni..

Masalah yang mungkin dihadapi selepas bersalin

Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.

Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik

  • Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
  • Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.
  • Semasa kecing, cuba duduk secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.
  • Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.
  • Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
  • Darah nifas

    Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.

    Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.

    • Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
    • Darah yang keluar berbau busuk
    • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
    • Mengalami demam 38 darjah atau lebih

    Sakit rengat

    Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

    Susah kencing

    Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

    Terkencing tanpa kawalan

    Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.

    Buasir

    Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.

    Sembelit

    Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.

    Sakit Buah dada

    Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

    Rambut gugur

    Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

    Perubahan warna kulit

    Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.

    Perubahan emosi

    Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

    Perut buncit dan berangin

    Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.