Thursday, August 21, 2014

Cameron Highland Lagiiiiii

Cerita lama jugak. Dah lama tak pergi CH. Tahun lepas tak pergi so tahun ni terpaksa pergi. Terpaksa la sangat. Aku suka je pergi CH ni. Sejuk and nyaman. Tapi masa aku pergi orang dok sibuk kata atas tu hujan. Aku yang kat bawah ni berdoa laa supaya tak hujan.

Macam biasa kalau pergi CH, sure gerak pagi-pagi lepas subuh. Tujuannye nak breakfast kat ladang BOH. Tak ingat nama apa, tapi kalau dari Tapah akan jumpe ladang BOH ni dulu. Macam biasa la, sebelum sampai Tapah, budak-budak kena puasa susu, kalau tak ado yang muntah pening pulak. Alhamdulillah, perjalanan lancar and budak2 tido sepanjang jalan. Takde la tragedi muntah dalam kereta.

Destinasi pertama Ladang Teh Boh ni. Jalan macam biasa la kecik tapi masing-masing tahu bertolak ansur. Kalau nampak kereta depan and ada ruang, kita bagi jalan dulu. Sampai sini makan and minum dulu. Ingatkan nak masuk kilang. Sekali terlepas and kalau nak masuk kena tunggu lagii sejam. Malas laaa. Kita panjat ladang teh je la.




Terlepas nak masuk. Ambik gambo depan pintu kilang sudahhh..

Bermula pendakian ke atasss..penat ko..








Sibuk update IG and berehat..penat panjat bukit ni..


Budak-budak semua tak reti penat. Dah sampai atas berlari-lari lagi. Nak panjat bukit lagi. Tapi bagus jugak la kan. Dapat budak-budak kenal daun teh macam mana. Panjat bukit macam mana.




Dalam sejam duduk atas, kita turun and pegi pekena aiskrim strawberi and buah strawberi with cokelat. Nyum nyum. Buah ni aku tak boleh makan banyak sebab nanti sakit tekak. So makan sikit-sikit buat rasa.

Dah selesai makan boleh pergi check in hotel. Kali ni takmau duduk atas dah. Dulu duduk kat Equatorial CH. Hazabedah jem nak naik atas. Situ manjang banyak kereta. So kali ni kita duk bawah sikit. Mari la kita book Century Pines Resort CH. Ingatkan dapat la queen saiz bed, sekali single. Nak tukar kate full semua. Bantai je laaa. Nak tido je pun. Mintak jugak extra bed untuk anak bujang aku.




Sambung nanti ek. Ni je gambo yang ada. Yang lain kat draft lagi. Malassssssnyeee nak update.


Friday, August 8, 2014

TUDM and Chocolate Muzium

Ini pun cerita bulan June. Mari kita belasah je. Weekend semua lemau. Tak tahu nak buat ape. Masing-masing dah boring duduk rumah. Mari la kita bawak budak-budak pergi Muzium. Nak bawak pergi Muzium Negara mek serammm. Sarah ni kadang-kadang boleh nampak macam-macam. So, kita bawak la pergi muzium Kapal Terbang and cokelat sudahh. Budak-budak kalau jalan ok je. Laju je masing-masing bersiap.

Ramainyee anak-anak ku. Untuk pengetahuan semua macam la orang nak tau anak aku ada dua je. Yang dua lagi anak buah aku.

Mula-mula pergi Muzium TUDM dulu. Aku bagi detail la skit ek. Masa mula-mula sampai dok tertanya-tanya betul ke. Macam tempat tinggalll je. Takdok orang jaga pun. Kawasan ok tapinya kalau di perbaiki maybe lebih cantik dan menarik. Aku cadangkan pergi la pagi-pagi. Tak panas and tak lecak ketiak ko. Tak pun bawak la payung.  Alamat dan waktu operasi seperti di bawah.

Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Jalan Lapangan Terbang Lama
50460 Kuala Lumpur
 
Waktu Operasi (Opening Hours) :
Isnin hingga Khamis   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu dan Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang

Bayaran Masuk (Admission) :
Percuma
 
 Bapak ulat and anak-anak ulat












Lepas pergi Muzium TUDM, pergi makan dulu dekat ayam kampung Cheras. Lepas tu teruskan perjalanan ke Chocolate Muzium di Kota Damansara. Muzium ni kecik je. 10 Minit ko round dah habis. Tapi kalau ko bernasib baik, dia akan ada tunjukkan cara buat cokelat semua. Ada la slot2 dia. Masa aku sampai dah terlepas. So round je la dalam tu. Bau cekelatnya, nyum nyum, macam nak makan jer. Dekat sini pun tak ambik banyak gambo. Detail address and waktu melawat kat bawah ye kawan-kawan.

Alamat:
No 2, Jalan Teknology 3/5
Selangor Science Park 1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya

Opening times:
Open daily 10.00am-5.00pm

 

Si bapak suruh budak-budak pegang telinga and t***k lembu. Katenya mengajar apa ada di badan lembu. Hehehe.

Thursday, August 7, 2014

Pesta Flora Putrajaya 2014

Cerita bulan June punya. Betapa lama terperam dalam draft. Pesta Flora Putrajaya 2014 bermula 14-22 June 2014. Mula-mula takda plan pun nak pergi. Plan asal nak pergi bawak budak-budak jalan-jalan and berlari-larian kat padang. Lepas dah berlari dua tiga round, husband decide nak pergi pesta flora ni. Gambar tak ambik banyak mana sebab camera memory full. Aku banyak ambik guna handphone. Malangnya, aku rasa aku dah delete gambo tu. Dengan konpidennye rasa dah transfer and save, rupanya tidak. Puas la cari tapi takdok. Ini je la yang ada untuk tatapan semua.

 Berehat-rehat kat padang. Bagus bawak makanan sekali. Piknik sini terus sebab suasananya aman damai je.

 Masing-masing sibuk nak ambik gambo.


Nak menyuruh posing pun payah. Sorang dah ready, sorang lagi belum.


Budak ni lagi laaa. Dari awal meragam je. Tak tahu apo yang dia nak. Lesingggg kang baru tauuu.

Piknik dengan roti and air sebotol. Jadi la dari takdok.

Bawah ni gambar dekat Pesta Flora. Separuh jalan dah tak boleh bergambar. Next year la pulak repeat pergi sini.