Ni keyword zaman bila ntah aku save. Siap ada yang search siapa Ana Suzana. Hehehe. Yang paling latest aku tengok banyak keyword pasal Skinny jeans. Huhuhu. Cerita pasal skinny jeans, jeans dah ado, tapi baju sesuai takdo. Siape-siapa yang nak sedekahkan baju barang sehelai dua tu, dipersilakan. Ok. Itu aje.
Thursday, February 28, 2013
Monday, February 25, 2013
Random Picture-2
Try update guna handphone. Tapi gambo semua susah nak susun and gambar pun terbalik-terbalik. Sapa tau kalau dekat HP nak guna application apa utk update blog, sila la bagi tau ek. So mari la tengok gambar yang ada. Aku dah upload banyak gambo tapi hilang. Payah-payah.
Budak nak jadi baby balik. |
Nasik arab masa besday aboh |
Budak lapar. Pukul 9.30 baru mintak pizza. Nasib kedai bukak lagi. |
Ngidam nak makan laksa. Ape lagi gigih la masak cincai-cincai |
Binatang kesayangan syafiq |
Published with Blogger-droid v2.0.10
Friday, February 22, 2013
Happy Birthday Aboh
Happy birthday aboh. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Angoh, Shahril, Syafiq and Sarah sayang and berharap aboh sentisa sihat and happy selalu.
Hari ni birthday ayah aku. Tapikan birthday boy excited tak ingat. Semalam jugak dia pergi beli kek and sate and call semua anak-anak makan kat rumah. Cett..kacau plan. Sebenarnya kami adik-beradik nak sambut hari sabtu. So buat special sikit n boleh masak-masak kan. Tapi takpe la. Kita buat pre birthday celebration dulu. Huhuhu.
Dah tau birthday boy nak sambut birthday hari ini jugak, makanya gigih la cari kad suruh kanak-kanak ni tulis.
Gigih Apit tulis kad untuk aboh
Hasilnya-blurrr skit
Kek tuan punya badan beli sendiri..huhuh
Atok and the cucus
Semua nak tiup lilin
So menu malam tu sate and nasik arab. Kenyang sampai ngantok-ngantok. Rasa happy sebab dapat makan and sambut birthday aboh ramai-ramai. Walaupun hanya family sahaja tapi riuhnya macam sekampung.
Ok, itu sahaja cerita untuk hari ni. Nanti kita sambung cerita Penang part 3
Thursday, February 21, 2013
Penang-2
Tak habis lagi cerita penang. Still hari pertama. Dah dapat masuk hotel, rehat-rehat kejap, moh la kita ke Bukit Bendera. Huhuhu. Aku agak teruja nak naik Bukit Bendera sebabnya dah lama tak jejak kaki kat sini kan. So nak tengok la ape perubahan yang ada kat Bukit Bendera ni.
Macam biasa la, orang ramai kan. Beratur setengah jam nak beli tiket. Beratur 10 minit nak naik train. Nasib la train dah baru. Kalau train lama hazab la. Ko tengok gambo kat bawah ni, penuh kan. Guard yang jaga suruh gak masuk. Berdiri la aku anak beranak. Yang aku tak suka tu, orang yang duduk tu, ada inisiatif nak bangun and bagi orang-orang tua duduk, orang yang pegang baby, budak-budak kecik. Fuhhh!!!..sabo..sabo..
Penuh train nak ke Bukit Bendera
Gambo dalam train lagi
Syafiq pun sama
Kesian bapak budak ni. Kena dukung anak dia. Ada sorang pakcik ni bangun and suruh duduk. Tapi aku rasa dia pun tak sampai hati nak duduk sbb pakcik tu pun dah tua. Rasanya dalam bape minit dah sampai..Yieehaaa!!!
Ape lagi..jalan-jalan buang masa
Sarah nak berlari..berlari saja kerjanya
Time balik kiteorang beratur depan skali. Tujuannye nak dok depan. Boleh tengok permandangan masa nak turun. layan gambo je la ek.. Malas dah nak taip.
Friday, February 15, 2013
Penang-1
Cerita cuti Thaipusam bulan lepas. Gila gigih nak cerita jugak. Mula-mula takde plan nak cuti-cuti Malaysia. Tapikan aku mana boleh kalau dok bertapa kat rumah lama-lama. Mau beku kepala otak aku ni. So bertanya la si isteri kepada si suami, mana mau pergi cuti ni. Si suami mencadangkan pergi ke PENANG.
Bagus. Aku dah lama gila tak jejak kaki kat Penang. Last pergi masa Syafiq setahun. Hubby suruh plan ape nak buat and mana nak makan. Fuhh, makan tu. Heaven. Macam biasa, kami kalau jalan-jalan sure gerak awal-awal pagi. Tujuannye supaya sampai awal and masa yang ada banyak untuk pergi jalan-jalan. Sampai tengahari. Ape lagi, naik feri la. Anak-anak ku jakun. Semua tak penah naik. Yang sorang sama macam ibu dia, pening-pening lalat. Yang lagi sorang dok la zikir, takut..takut.
Dah nama laki kerja port, takde benda lain dia nak ambik selain gambo ni.
Sarah takut ngan patung ni.
Feri
Sarah
Syafiq
Disebabkan awal lagi nak pergi hotel, we all decide nak pergi makan mee sotong. Mula-mula ingatkan tak buka, rupa-rupanya dia bukak lambat. Hubbyku cakap kena makan hari ni je sebab esok kedai tutup, Kang melepas nak merasa makan mee sotong.
Mee Udangku
Thursday, February 14, 2013
Random Pic-1
Disebabkan kesuntukan masa, kita publish kan aja gambo yang ada dalam camera. So aku panggil segmen ni segmen " Random Pic". Ape lagi, layann je laaa..
Gambar ambik dalam kereta. Masing-masing posing dengan spek yang dibeli di Mydin Terengganu. Murah ko. Nak warna apa. Semua ada.
Budak ni kalau aku tanya muka hantu macam mana. Ini la hasilnya. Hantu la sangat budak gemok ni.
Ni pun dalam kereta jugak. Aku hala camera and suruh senyum. Aku cakap senyum nampak gigi..yeahhhh!!!
Ini pulak version senyum tak nampak gigi..nampak kucing kat belakang tu. Minah ni suka kucing tapi penakut ngan kucing. Macam mana agaknye tu. Yang pastinya aku taknak bela kucing.
Ni masa balik dari Penang. Sebelum terowong dah slow. Nasib la kejap je jem. Kalau tak kematu la buntuku.
Ni geng Sarah. Abang chopchop. Boleh la buat kawan dari takde.
Ok. Abis dah.
Subscribe to:
Posts (Atom)