Wednesday, January 23, 2013
Thursday, January 17, 2013
Skinny Jeans
Hari tu aku ada beli skinny jeans dari Kak D. Dia up je iklan skinny jeans aku terus rembat 3 helai. Yang menjadi kegusaran jiwa adalah saiz aku. Disebabkan nak jugak beli, aku cari balik entry Kak D pasal skinny jeans saiz 28. Aku tengok Kak D pakai pun dah ketat, so aku decide beli saiz 29, 2 helai, saiz 30, 1 helai.
Dapat je skinny jeans, terus la cuba. Saiz 29 memang ngam-ngam aku pakai. Pinggang ok and saiz 30, pinggang longgar skit. Warna yang aku pilih, biru and 2 helai warna pink. Motif aku pilih kaler tu. Entah la dik non. Akak main pilih-pilih. Lepas ni, kalau ada lagi Kak D jual mau rembat warna lain.
Dapat je skinny jeans, terus la cuba. Saiz 29 memang ngam-ngam aku pakai. Pinggang ok and saiz 30, pinggang longgar skit. Warna yang aku pilih, biru and 2 helai warna pink. Motif aku pilih kaler tu. Entah la dik non. Akak main pilih-pilih. Lepas ni, kalau ada lagi Kak D jual mau rembat warna lain.
Masa aku mula-mula pakai, laki ku telah berkata, " nanti keluar you jalan jauh-jauh ek". Buruk sangat ke. Ce kabo kat akak.
Jeans warna pink |
Jeans warna biru |
Wednesday, January 16, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Gambo Little Ihtifal & Showcase GA
Monday, January 14, 2013
Niat di hati..
nak update blog. Tapi takde idea. Cerita pergi Legoland pun tak buat lagi. Kira hangus la entry pergi Legoland tu. Aku malas dah nak cerita and download gambor. Rasanya semua orang dah pergi kan, cumanya, yang specialnya aku pergi masa Grand Opening. Itu aja.
Entry pasal azam baru pun tak buat lagi. Hari ni dah 14/1/2013. Review azam tahun lepas tak buat lagi. Adoiiiyaa, bila la nak buat ni. Asal malam, balik kerja otak dah penat. Mata ni macam digam-gam, tilam macam memanggil-manggil. Sebab itu la blog ni berabuk. Tapi aku harap sangat tahun ni aku aktif berblog. Bukan sebab duit, ye la kan, sapa je la yang baca blog aku kalau tak family sendiri. Kawan-kawan pun ada tak tahu kewujudan blog aku. So harap tahun ni aku boleh coretkan apa-apa yang terjadi dalam hidup aku. So nanti bila dah tua boleh la baca lagi dan lagi dan lagi.
Ok..gambo penutup. Hehehe..BE bulan Jan 2013 ada 3. Bukan nak riak..tapi saje nak tunjuk. Tak yah bandingkan dengan kroang punya sebab aku tau walaupun BE korang 1 tapi amount dia WOW. Aku punya..biar aku je la yang tau. Ok dah, pergi buat kerja semua.
Wednesday, January 9, 2013
Friday, January 4, 2013
Mattel Warehouse Sales
Kenapa ek Mattel sales dah tak sebest tahun-tahun sebelumnya. Rasanya tahun yang best tahun 2009 kut. Masa tu Syafiq baru 10 bulan. Aku rasa aku ada up entry pasal Mattel sales ni. Masa tu memang gila la.Orang semua macam hilang akal. Pintu baru bukak sikit, semua serbu and lari macam amazing race. Sampai entrance semua pakat ambik kotak.Kaut je ape yang ada. Sekelip mata takde apa yang tinggal.
Aku rasa masa tu kiteorang spend RM1k je kut untuk toys. Lepas dari tu mana ada beli toys lagi. Main la sampai rosak. Tapi macam yang semua orang tahu, Fisher price brand mana senang rosak. So sampai sekarang ada lagi toys tu dekat rumah.
Tahun-tahun selepas tu aku pergi jugak Mattel warehouse sale. Tapi hampanye. Semua barang tak best. Barang Fisher Price tak banyak, Barbie tak banyak. So memang takde beli apa sangat la. Kalau barang FP ni banyak, dah lama borong sebab tahu kualitinya kan.
So aku tempek la semula gambar Syafiq masa 10 bulan. Dapat hadiah dari santa claus aka babah and ibu. Lepas beli mainan ni kiteorang puasa sebulan. Hehehe.
Tahun-tahun selepas tu aku pergi jugak Mattel warehouse sale. Tapi hampanye. Semua barang tak best. Barang Fisher Price tak banyak, Barbie tak banyak. So memang takde beli apa sangat la. Kalau barang FP ni banyak, dah lama borong sebab tahu kualitinya kan.
So aku tempek la semula gambar Syafiq masa 10 bulan. Dapat hadiah dari santa claus aka babah and ibu. Lepas beli mainan ni kiteorang puasa sebulan. Hehehe.
Thursday, January 3, 2013
Alang Rebus Tak Empuk
Aku beli buku ni sebab tertarik dengan tajuk dia. Bila dah baca, bagi aku buku dia simple. Jalan cerita menarik. Tergelak-gelak la jugak aku baca. Watak ziyad yang suka perempuan cantik akhirnya jatuh cinta jugak pada perempuan biasa or sederhana. Aku suka sebab jalan cerita dia banyak berkisar pada realiti bukan fantasi semata-mata. Kalau nak tahu selanjutnya, sila la baca. Macam biasa aku tak pandai nak review buku. Tapi buku ni aku bagi 4 bintang.
Sinopsis:
Sepatutnya,
sejak awal lagi aku sedar diri. Ziyad memang tak akan jatuh cinta pada
perempuan 'sederhana' seperti aku ni. Hanya aku yang terlebih perasan,
berangan-angan sampai tak ingat dunia. Sepatutnya aku bilang dulu
jerawat yang aku ada. Kemudian bahagikan dengan jumlah parut yang dah
rupa macam apam bintik polka (polka dot) ni. Lepas tu darabkan
pula dengan kulit aku yang tak ubah macam kulit manggis terlebih masak.
Dah dapat jawapannya itu, barulah aku buat perbandingan dengan kriteria
yang Ziyad nak. Sesuai ke tidak?
Sepatutnya, aku semak dulu terma dan erti sebenar perkataan 'kawan' dan 'kekasih' itu dalam Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Barulah aku tak tersalah tafsir maksudnya.
Degil. Degil. Degil.
Baik, Shifa. Marilah kita berfikir secara positif. Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Kalau tak ada Ziyad, mungkin ada orang lain yang lebih sesuai yang Allah janjikan untuk kau.
Dengar baik-baik Shifa.
Dengar.
Lupakan Ziyad. lupakan Ziyad.
Lupakan.
Mulai sekarang, dalam hidup seorang Nurul Shifa tidak akan ada lagi lelaki bernama Mohd Ziyad Hafni yang bertahkta.
Titik.
Tetapi, mampukah perkataan pada kertas itu diterjemahkan dalam hati secara mudah, Shifa?
Manalah tahu, kalau-kalau Ziyad tidak bermaksud begitu, Shifa?
Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta.
Menyedari
hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa
mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’.
Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan
tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan
seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah
akhirnya kisah cinta tiga segi ini?
Wednesday, January 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)