Wednesday, May 29, 2019

Blog traffic


Korang tengok blog traffic aku minggu lepas. Ada sehari tu sampai 100 lebih. First time la blog aku ni cecah 100++ visitor. Selalu sendu-sesendunya. Kadang nak cecah 10 pun susah. Tapi sedia maklum la kan, sape aje yang nak baca blog merepek meraban ni. Yang baca pun aku sorang je 😆😆. Tapikan yang 100++ ni memang pelik sangat. Macam ada sehari tu semua orang dok guna google search anything. Apa-apa pun aku bangga jugak akhirrrnyaaa cecah 100 visitor sehari walaupun ...(tambah sendiri la ayat korang).

Ye..ye tau dah lama tak update. Ku takde idea walaupun banyak je benda boleh share dalam blog ni. Harap bersabariah laa ye.


Thursday, May 16, 2019

Shopback


Ni duit yang ada dalam Shopback aku. Mula-mula aku tak tahu pun apa benda Shopback ni. Lepas tu adik aku pun sekolahkan aku, suruh guna ni bila beli online sebab ko akan dapat balik duit ko tu. Aku bukan jenis beli online sangat. Jenis yang nak kena pegang and tengok barang. Selalu aku beli dekat Zalora je laa. Beli baju bajan. Hehehe. Adik aku selalu cakap Shopee pun best. Itu aku tak explore lagi. Ku takut bila ku dah terjebak habisss duitku.

Berbalik pada Shopback. Aku register dari tahun 2018 lagi. Tapi aku idok la guna mana sebab selalu lupa kan. Bila aku dah ada baby ni, bila masa nak beli pempers and susu, aku guna laa Shopback ni. Berbaloiiii sebab dah banyak tu duitku. Tapi aku peratikan % yang tinggi adalah Zalora. Zalora kalau ko beli ko dapat return cash banyak jugek. Haishhh. Ini saja laa buat aku nak shopping kat Zalora je. Duit yang ada dalam Shopback ni aku kena tunggu due dia. Macam Zalora dalam sebulan or 2 bulan baru dia masuk dalam available balance. So nanti ko boleh laa withdrawn duit tu masuk account. Bijakk tak. Sambil berbelanja sambil dapat duit.

So apa lagi, yang suka shopping online tu sila laa register Shopback. Idok laa orang kate ko ni perabiskan duit je. 

Monday, May 6, 2019

Syauqi Eiman


Aku tak cerita lagi kan kisah bersalin kali ni. Tunggu aku karang dulu. Pengalaman berbeza bersalin budak botak ni. Tungguuuuuu...