Thursday, September 28, 2017

Kelantan-day 1

 Cuti last week aku jalan ke Kelantan. Pergi Kelantan ni pun bersebab, sebabnya ada wedding. Mula-mula nak naik kereta. Tapi bila memikirkan masa perjalanan yang panjang, terus cancel. Aku pun tak gamak nak kebaskan buntut aku. Beli la tix AA yang mahai itu. Pergi hari Jumaat and balik Isnin. Disebabkan ada wedding, so masa berjalan singkat je  la.


Jumaat flight pukul 1. Pukul 11 dah terpacak kat KLIA2. Lepas dh print segala mak nenek,baru perasan yang seat tak sama row. Lupa daaa nak beli seat. Nasib laa Syafiq ok je dok sorg. Sampai Kelantan around 2 petang. Pergi ambik kereta and urus itu ini,sampai hotel 3 lebih. Masuk hotel tengok bilik awat panas and pelik. Aircond tak ngadap ke katil. Aircond bilik tu ngadap ke meja and tingkap. Berpeluh laa we olsss dok dalam tu. En husband tak puas hati call and tanya ada bilik lain tak. Sayangnya takde. Full ko. Tak lama lepas tu staff bawak kipas mcm kat kenduri punya. Bukak 1 pun laju dia macam 3. Sajeeeeee je la tu nak bagi idea kat laki aku. Dia dah berangan nak letak kipas tu kat hall 🤦‍🤦‍. Hadoiiiii.

 Sebelum pergi hotel pergi makan dekat Yati ayam percik. Makan nasik, ayam percik, sup tulang and kerabu kaki ayam. Kaki ayam ni Sarah yang request. Sekali dah sampai dia taknak pulak. Katanya tak suka rasanya.
  

Rehat dalam sejam dua, keluar pergi round bandar. Ingatkan nak singgah pasar Khadijah, tak jadi laa sebab banyak tak bukak. Round dua tiga kali, kiteorang decide pergi cari laksam sedap. Jangan tanya aku arah or jalan. Aku tak tahu. Korang googel je laa nama kedai ni, nanti keluar laaa addressnya. Beli laa 3 bungkus laksam. Kosong, biasa and special. Total RM10. Murah kan. Laksam kosong maksudnya xde sayur, biasa ada sayur je and special ada sayur, serunding and telor puyuh. Kalau tanya aku, of cosss aku suka yang special. Rasa dia macam gini 👍👍👍. Kuah cukup rasa and pekat. 3 bungkus tu sekelip mata lesap. Syafiq boleh habiskan sebungkus. Kalau Syafiq makan habis, maksudnya sedap la tu 😋😋.
 


 
  Laksam special ada tolor puyuh and serunding

 



 p/s: sambung next entry.