Friday, October 3, 2014

Langkawi-1

Esoknya, pagi-pagi dah bangun. Sebabnya nak kena pergi jeti kan. Lakiku pulak kena pergi parking kereta. Merata jugak mencari parking, akhirnya dapat jugak perking berbumbung. Harga sehari semalam aku dah tak ingat berapa. Selesai semua, bermula la perjalanan kami ke Langkawi. Masuk je dalam jeti, masyallah, ramainya umat manusia. Nasib la dah beli tiket awal-awal and nasib jugak kami pilih feri pagi. Kalau tidak lagi hazabedah kut.

Rasanya tempoh masa menunggu tu cuma 1 jam. Aku pun tak perasan feri dah sampai. nasib terdetik di hati nak suruh hubby tanya. One thing kalau ko naik feri, kemungkinan bag ko akan rosak akan terjadi. Terkejut aku tengok bag bertindan antara satu sama lain. Sampai membukit laa. Kesian dekat orang yang letak bag dia bawah sekali. Sure penyek bag tu.
 
 Keadaan kat jeti, masa ni aku rasa dalam pukul 8.30 kut.

Nak duduk sila la tengok nombor. Ada jugak yang sesuka hati main duduk je. Masa ni aku doa banyak-banyak jangan la rasa melambong-lambong sangat masa feri jalan. Aku cepat mabuk and masa ni pulak tengah demam. Budak 2 orang ni takde hal. Duk bergelak sakan dalam ni. Makan, pokpek, makan, pokpek. Perjalanan ambik masa dalam sejam lebih kalau tak silap.


Kami sampai dalam pukul 10. Menunggu kereta semua, pukul 12 baru setel. Apa-apa kena soru dulu. Perut dah lapar. Selesai semua, kami pergi ke Beras Terbakar. Sebenarnya dekat sini bukan ada apa sangat pun. Beras terbakar pun semangkuk je, letak pulak dalam kaca. So ko boleh tengok la beras tu and tempat beras tu terbakar. Aku rasa, aku habis masa kat sini dalam 15 minit je. Itu pun sebab bergambo sakan dekat situ. Permandangan cantik and ada rumah tradisional yang cantik dekat situ.

 
Si Syafiq tanya mana berasnya..nampak tangan aku and budak-budak tunjuk tu..itu la beras terbakonyaa..

Tanah or kawasan beras yang terbako. Bukan tanah je terbako, aku pun terbako sebab panas yang amat dekat Langkawi.

 Cantikkan rumah ni. Ntah rumah siapa la ni.

Selesai dekat sini, kita pergi hotel untuk check-in. Cerita hotel nanti-nanti la ye. Aku buat entry lain untuk tu. Masa ni budak-budak zikir nak balik sebab penat. Semua rasa nak tido and bergolek-golek je.



Tempat kedua ialah Makam Mahsuri. Nak pergi ke makam ni ada satu kawasan sawah yang cantik sangat. Nah aku tepek sekeping.

Sebelum masuk ke Makam Mahsuri, korang akan nampak gambar-gambar waris mahsuri and cerita tentang Mahsuri.
 Depan pintu masuk

Sarah dengan waris Mahsuri, siapa ek nama dia, malasnya hamba nak google.

Aku suka pergi sini sebab ape. Sebab dibawah ni. Ada akak jual penderam and cakar ayam ke. Aku tak sure nama kuih tu. Tapi masa aku pergi dah petang sangat, yang tinggal kuih penderam je. Sedapppp ko. Menyesal pulak beli sikit. Fresh sebab dia baru buat kan. Makan macam cair di mulut je.

 Kuih telinga keling penderam tengah digoreng.


Lagi satu perigi ni. Jakun seh anak-anak den. Tak pernah tengok perigi la katekan. Ada tulis situ kalau ko sapu air perigi dekat muka, ko akan awet muda. Hubby suruh sapu, takdonye aku nak buat. Mana aku nak tau bersih ke idok perigi ni kan. Ada kencing tikus ke tak. Budak-budak pun lepas pegang aku bilas lagi dengan air. Berhati-hati kaedahnyaaa.


Alat-alat tradisional and rumah Mahsuri pun ado. So ko boleh la cuba alat-alat ni. Aku rasa menarik sebab zaman sekarang ko tak akan nampak benda ni lagi. Macam aku cakap, anak-anak aku semua teruja and nak cuba alat-alat ni. Lagi satu tempat kanak-kanak bermain, ada teng teng sebesar alam. Ada buai. Dah penat meround, boleh la berehat-rehat dekat sini.







Tempat ke tiga, Langkawi Wildlife Park. Location dekat  Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah, Langkawi. Opening hours dia pukul 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Tapi last boleh masuk pukul 6.00 petang. Entrance fee untuk dewasa RM18 (bawak ic ye) and kanak-kanak RM10. Wildlife park ni takde besar mana and dekat park ni kita boleh bagi makanan dekat haiwan yang ada. Tapi kena beli makanan yang dia sediakan sahaja. Masa aku pergi sini dah petang. Kita sua la jugak makanan kat binatang-binatang ni, idok dia layan. Rupa-rupanya semua dah diberi makan. Kalau datang pagi-pagi mungkin boleh tengok dia ngap makanan yang korang bagi.

Binatang dalam taman ni ada yang dia lepas and ada duduk dalam rumah masing-masing. Anak-anak aku jenis penakut. Nampak binatang yang terlepas, semua muka cuak je.






1st time Syafiq bagi burung makan. Mula-mula taknak sebab takut. Lama-lama ok. Dia cuma cakap bila burung makan tangan dia geli. Hubby paling excited nak bagi binatang makan. Binatang taknak makan pun dia dok sua-sua jugak makanan. Aku rasa kalau binatang ni boleh cakap sure dia cakap.."yelah..yelahh..aku makan laaa..kesian aku tengok ko pegang-pegang makanan tapi takde sapa nak makan". Kiteorang habis masa dekat sini sejam lebih jugak.



Habis dekat park, makan and balik hotel. Penat. nanti sambung day 2 pulak.

Thursday, October 2, 2014

T Hotel Kuala Perlis

Masa pergi Langkawi tu, kami decided dok satu malam dekat Perlis. Bukan ape, takut penat je. Almaklum la dari KL ke Perlis berapa jam kan. Dengan budak lagi. Kami pilih T hotel ni pun sebab hotel ni serba sebrbi dekat. Jeti dekat. Kedai makan dekat. Semua dekat la. 

Nama pun hotel budget kan, bilik dia pun ala-ala budget la. Yang ada dalam bilik katil and TV. Almari yilek pochi. Baju ko gantung je la kat tempat dia sediakan. Bilik air pun ok and bersih. kettel takdak, tapi jangan risau dia ada sediakan tempat ambik air panas and air masak. So far, kalau takat ko nak tido semalaman tu, kira ok la. Kalau nak selesa pi la la cari hotel yang ok sikit. Dari apa yang aku nampak, dekat Kuala Perlis ni banyak hotel yang macam ni la. Harga masa aku book tu dalam RM100-RM200. Ingat-ingat lupa dah.

Breakfast pun ada disediakan. Makanan tak banyak pilihan. Ko takleh nak merungut la sebab ko bukan dok kat hotel 5 bintang kan. Rasanya breakfast dia sediakan nasik goreng, kuih sejenis dua, air panas, tak ingat kopi and teh. Aku nak ambik gambar, tapi segan sebab ramai benor orang dalam tu. Taste, so so and boleh lahhh untuk alas perut.



Abaikan la laki den dok lepak atas katil and layan budak jakun 2 orang tu. Bilik yang aku pilih ada 1 queen bed and 1 single bed. Selesa la dok 4 beranak. Tido pun lena sampai pagi.

Ok. Abis cerita hotel.