Thursday, October 31, 2013

Random Pic- 8

Malas betul nak cerita pasal trip ke Melaka. Ada masa aku cerita ek. Tunggu aku pilih gambo dulu. Sekarang layan dulu Random Pic kat Melaka ni

 Bebudak nak naik beca. Ikut aku malas. Tapi dah budak-budak nak..layan je laaa

 Masa kat kedai Coconut Shake Klebang. Adel and Mak Ngah

 Muzium belakang tengah baiki. Baru nak ambik gambo kat tangga merah yang tinggi tu. Melepasss

Sama tak muka kita Kak Ton

Wednesday, October 9, 2013

WW- Part 18



Aku ketandusan BE selama 2 bulan. Tup-tup bulan 10 murah pulak dengan BE. TQ la nuffnang sebab bagi BE kat blog ku yang tak seberapa ni. Bak kata hubby, aku je la yang tengok blog ni, orang lain xdonyeee. Saborrr je la akuuu.






Tuesday, October 8, 2013

Ada Aku Kisah

Ada aku kisah. Korang perasan tak kalau korang update apa-apa dekat laman social, samada FB, IG or twitter, mesti je ada yang meluat. Hahaha. Bila orang komen nanti korang akan cakap, apa aku kisah. Ni aku punya FB. Aku punya IG. Bior la aku nak up status apa pun.

Aku jarang sangat update FB. Kalau update pun mesti sekaligus dengan IG. Tapi ada sehari tu aku ada perasan, ada sorang budak ni up status yang ckp takyah la tempek gambo masakan yang dimasak oleh individu itu. Bukan taraf-taraf chef antarabangsa pun. Nak kate hias pinggan cantik, idok. Nak kata nampak sedap, biasa-biasa ajer. Ini bukan aku cakap. Tapi budak ni cakap. Bila dia up status tu sekaligus macam terkena kat muka aku sendiri.

Aku memang tak pandai masak. Tapi dengan mengambil gambar makanan yang aku masak boleh memberi semangat untuk aku. Lagi-lagi kalau ada orang komen, "nampak sedap la ko masak", "tiba-tiba terasa lapar bila tengok makanan ko ni". Walaupun aku tak tahu orang ni puji ikhlas ke tak, peduli hape kan. Asalkan buntut aku ni kembang semangkuk sebab orang puji masakan aku. Aku pun idok la selalu upkan gambor ape yang aku masak. Ikut moood jugak la kan.

Lagi satu pasal up status bersayang-sayang dengan partner sendiri. Kadang-kadang kita kena fikir jugak bukan kita aje yang baca status kat FB or twitter kita. Semua kawan-kawan or kawan kepada kawan kita baca status kita. Tapi kalau setiap saat ko nak up status "i miss u la abang", "tak sabar nak balik peluk hubby", "teringat plak apa jadi malam tadi..miss u lottss..muahhh". Setiap saat okeh. Aku tak kisah. Aku suka je baca status-status macam ni. Yang lagi best kalau gaduh or merajuk. Ko tengok la ape status akan up nanti.

Laman social ni ada bagus ada tak. So far bab dalam kain no wayyyyy nak cerita kat FB. Gambar pun takat gambar anak, gambar masakan and kadang-kadang terselit jugak gambo laki ku. Benda ni semua bergantung pada individu. Kalau ko rasa ko suka satu dunia tau ape ko rasa, ko up la status setiap saat kat FB or twitter. Kalau tak suka dok diam-diam sudah. Macam aku suka jadi pemerhati je. Kadang-kadang nak tergelak baca status sorang-sorang. Oklah. Nanti sambung. Kije banyak macam nak pengsan. 

Ku tinggalkan kawan-kawan dengan gambo di bawah.




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




p/s: gambar dr MRr. Google



Thursday, October 3, 2013

Random Pic-7

Macam biasa. Entry malas, kita tepek gambo je laaa. Layann.

Bekas aiskrim beli kat daiso..takde bahan nak buat aiskrim, aku buat la aiskrim sirap aja.
Bawak budak-budak pergi tengok binatang pupus ni. Ramai pulak budak-budak nangis sebab takuttt
Bayam masak air, ikan goreng and budu..makan tak pandang kiri kanan dah.
Gambar yang aku upload dlm IG..ape caption nak bagi..fikir-fikirkanlahh

Wednesday, October 2, 2013

WW-Part 17

Menu diet: Meat ball & sos blackpepper, fries and salads..patut diet takleh makan fries..bantaii sajalah labuuu
Ayam bako with patato and baby carrot
Ayam dlm oven..proses bako..resepi??..tak yah laa..korang cari sendiri ek

Tuesday, October 1, 2013

Bibik Ku Tak Paham Cakapku

Kerlass tak tajuk entri kali ni. Okey ye murid-murid, hari ni cikgu nak cerita cara-cara nak handle bibik yang susah nak paham arahan kita atau bahasa mudahnye tak paham bahasa.

Kalau nak tau aku baru je dapat bibik tak sampai pun 2 minggu lagi. Masa nak ambik dah bermacam-macam masalah. Dengan nak kejar masa sebab JP visa nak tutup bulan 10 ni. Dengan dia tertinggal kapal terbang sebab pak imigresen sana dok tahan dia. 2 kali ko beli tiket kapal terbang. Bila sampai sini, dia dok sibuk nak selesaikan hutang 9 juta rupiah yang mana aku tak campur dengan urusan hutang piutang dia. Aku cuma bagi advance 1 bulan gaji saja. Dia datang sini bawak 4 seluar iaitu 1 jeans dan 3 seluar biasa. Baju pun cuma dalam 3 dan 4 helai. Jenuh pulak aku nak cari baju lama dan beli baju seluar baru untuk dia. 

Macam biasa la, bila datang tunjuk mana bilik, bilik air, dapur and segala macam peralatan lagi. Masa nak introduce dengan alatan dapur pun jadi payah sebab dia tak paham mana. Susah dari segi bahasa. Kang aku cakap sudu dia panggil sudip, contohnye laaa. Dah seminggu ni, dia still tak rapat lagi dengan Sarah. Kalau tengok dari style dia agak kasar. Macam Sarah tak boleh paksa-paksa. Dia ni kalau Sarah taknak lagi di paksa. Semalam hari pertama dia dok sendiri dengan Sarah and Syafiq. Hari ni aje dua tiga kali aku call dia untuk make sure okey semua. Hari ni jugak aku balik rumah untuk spot check kerja dia. Aku tengok dia bagi makan anak aku dengan makanan yang dah sejuk. Ape lagi kan, kena sekolah la kau. Jangan bagi makan budak-budak makanan sejuk. Jangan letak lauk semua atas meja makan. Semua makanan simpan dalam bekas dekat dapur. Sebelum Syafiq balik sekolah panaskan lauk. Syafiq balik bukak baju, bagi susu and makan and banyak lagi laaaa.

Tu cerita minggu lepas. Sekarang dia dh duduk lebihkurang seminggu lebih kat rumah tu. Handle sendiri budak-budak. Banyak la improvement yang aku nampak. Pagi-pagi bangun masak nasik dulu. Lepas tu kemas mop lantai segala. Sarah pun boleh la sikit-sikit dengan dia. Bab masak memang hancuss laa. Aku masak untuk aku and hubby makan. Dia cuma masak untuk budak-budak makan. Maknanye dia cuma masak waktu siang sahaja. So far dia masak sup goreng ikan dengan tolor. Budak-budak makan itu aje laa. Aku balik kerja aku masak untuk makan malam. Bibik dulu pun tak masak. Aku yang masak. Huhu.

Kita tengok la sebulan ni macam mana. Ok ke idok. Mintak-mintak la ok semua. Kalau tak ok aku la jadik bibik. Huhu