Thursday, December 27, 2012

Rezeki di pagi hari

Sarah budak pembawa rezeki. Budak ni semua geram dekat dia. Dah la gemuk, bam-bam plak tu. Takde la gemuk and bam-bam sangat, tapi bagi aku kira gemuks la sebab syafiq dulu masa 2 tahun berat mana sampai 10 kilo. Budak ni 2 tahun dah 11 kilo.

Pagi ni sebelum pergi ofis, singgah makan dekat Azura. Syafiq and Sarah tido lagi, so angkut je dalam kereta. Sampai, makan cepat-cepat sebab nak pergi ofis. Nak balik tu ada sorang pakcik dok lambai-lambai kat Sarah. Budak ni mana nak dekat orang. Pakcik tu try lagi nak pancing Sarah, bukak wallet bagi RM1. Sarah buat tak heran. Bila lalu sebelah pakcik tu, dia pun hulurlah RM1 tu, dengan muka tak malu Sarah ambik. Aku suruh dia salam, haremmm dia taknak. Aku dah naik segan, cakap terima kasih and blah.

Dalam kereta dia dok kibar-kibar duit RM1 tu. Maybe dalam hati bangga pagi-pagi dah dapat RM1. huhuhu.



Wednesday, December 26, 2012

WW-Part 8






Ally McBeal

Ally Mcbeal. Siapa penah tengok cerita ni. Angkat tangan. Aku memang gila dengan cerita ni. Merata jugak aku cari CD/DVD cerita ni, non hado. Hampa. Mana ek nak cari cerita ni. Kalau ada hok free bagus jugak. Sesapa nak bagi link sila la. Amat dialu-alukan.

Tak silap aku cerita ni ada 5 season. Start dari tahun 1997 sampai la 2002. Lama gila punya cerita. Aku nak sangat-sangat tengok balik cerita ni. Nak sangat-sangat.Arghhh!! Tension..tension.

Cepat-cepat, bagitau kat mana nak beli. Cepat bagitau kat mana nak download free. Aku buta IT plus malas nak cari. Bolehh!!

Sesapa yang tolong tu aku dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH. THANK YOU sangat-sangat.

Chow.


Wednesday, December 5, 2012

Happy Birthday Sarah


Happy birthday anak ibu Sarah Eizzaty. Ibu harap sarah sihat selalu, murah rezeki, panjang umur dan happy selalu. Ibu, Babah and abang Afiq sayang sarah banyak-banyak.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 2. Muahsssss.



WW-Part 6


Baskin Robbins. Ni la stok setiap 31hb. Lambatnya nak abis bulan ni. Nak beli lagi.