Hehehehe.
Nampaknya usaha gagal.
50 hari tanpa nasik bertukar menjadi selama-lamanya dengan nasik
Aku still try untuk diet.
Still makan nasik cuma kuantitinya berkurangan.
Susah jugak sebab perutku bernyanyi2 lagu riang.
Nampak cokelat nak makan.
Nampak cekedis nak makan.
Tapi buat masa ni aku bedal je apa ajer.
Cumanya nasik tu aku kurang kan la.
Malam pun dah cuba kurangkan makan.
Kita tengok result nanti.
Dari 55kg turun kepada berapa.
Hehehe.
OKBai.
Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Takdir Itu Milik Aku
Takdir itu milik aku.
Penat aku cari buku ni.
Tak tahu pulak POPULAR sahaja yang jual.
Ingatkan MPH pun ada.
So sebab dah berkali-kali pergi POPULAR tapi manjang je habis.
Aku buat keputusan telefon dulu POPULAR Taman Equine.
Sekali dia jawab "Akak kita ada banyak lagi..datangla sini"
Malam tu jugak zass ke sana.
Dah alang-alang pegi sana haruslah sambar buku-buku lain.
Ok sebenarnya aku taknak cerita pasal buku yang aku beli.
Aku nak cerita pasal buku SITI ROSMIZAH.
Aku ada semua buku yang ditulis beliau.
Bagi novel2 sebelum ni aku bagi 5 star la sebab best.
Mampu buat aku menangis.
Tapikan..tapikan novel TAKDIR ITU MILIK AKU ni macam kurang sikit.
Ntah la..nak ulas pun aku tak reti mana.
Almaklum la bukan pakar.
Tapi bagi aku jalan cerita lambat sangat.
Aku skip-skip jugak baca sebab lambat sangat.
Aku tak sabar nak tahu apa dah jadi.
Ni siap ada dialog dlm hati la..dalam otak la..
Kadang-kadang aku pun conpius.
Ada jugak aku baca review cerita tak logik la & macam-macam lagi.
Tapi yang bagusnye novel SITI ROSMIZAH masih mampu buat air mata aku tumpah.
Sama macam novel-novel beliau sebelum ni.
So untuk novel yang baru aku bagi 4 star.
So bawah ni ada Sinopsis Takdir Itu Milik Aku (Kredit blog: http://www.fakrulroslan.com/ )
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
So sapa yang tak baca lagi sila baca.
Mungkin bagi korang jalan cerita dia tak lambat.
Mungkin bagi korang jalan cerita best .
Masing-masing punya citarasa and pendapat kan.
OKBAI!!!

Monday, June 18, 2012
50 Hari Tanpa Nasi
Lama dah tak menulis.
Fuh..fuh..fuh..buang habuk dulu.
ok..mula2 nak cerita pasal berat badan.
Dah setahun 6 bulan lepas bersalin berat cuma turun 5 kilo.
5 kilo je..celah mana la lemak yang hilang.
Sekarang perut gelebeh.
Pipi kembung bak apam.
Peha besar macam ayam KFC.
Adoii!! tensen.
Aku sendiri tak selesa dengan badan aku.
Kalau ikut BMI dah ok.
Tapi tau la kan.
Sebab tak selesa so aku nak buat projek sikit.
50 HARI TANPA NASIK.
Boleh ke tak belakang kira.
Yang penting cuba buat.
Jangan makan nasik. Makan sayur, ayam & daging sajer.
Dan yang paling penting minum air dengan banyaknye
Adoiii. Tak dapat bayangkan la.
Projek ni akan bermula esok. Insyaallah.
Hari ni aku puasa.
Tak sure pulak kalau puasa macam mana.
Sekarang perut dah bernyanyi dondang sayang.
Dah terbayang nak makan apa.
So malam ni kena pulun habis habisan.
Esok bermula perjuangan.
Diharap semua berjalan lancar.
Aminnn!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)