Pernah tak korang rasa meluat dengan seseorang. Perangai dia macam bagus. Orang lain semua buruk, dia saja la yang cantik. Ini bukan cantik rupa paras, ini cantik buruk perangai. Aku ni jenia tak ambik tahu pasal orang sekeliling. Aku ambik tahu ala kadar gitu. Contohnye dia sakit ke ada musibah ke. Benda-benda yamg memang wajib ko ambik tahu kan. Lately aku macam perasan ada orang macam tak berkenan dengan aku. Terfikir jugak apa yang aku buat sampaikan jadi tak selasa. Bukan aku je tak selesa dengan dia, maybe dia pun tak selesa macam aku. Semalam ada persoalan siapa nak pegang duit. Then keluar la suara dia. , "Erna ke". Why kalau aku pegang duit, ko ada masalah ke. Aku pun tak teringin nak pegang duit orang. So sila la cari orang lain.
Aku memang konpius. Ape yang aku buat sampai tak suka sangat dengan aku. Tapi aku ambik jalan mudah. Ko tak suka, itu bukan masalah aku. Aku layan semua rakan sekerja sama aja. Rakan sekerja hanya di tempat kerja. Tak boleh jadi BFF. Aku memang taknak ambik tahu orang mana suka aku orang mana tak suka aku. Semuanya takde kepentingan untuk aku. Yang aku tahu kerja opis aku beres. Kalau kena tegur, aku tegur. Nak dengar or tak bukan jugak masalah aku.
Why ek dulu-dulu, masa aku kerja aku dapat je kawan yang baik. Kawan kerja yang sampai sekarang baik and jadi BFF aku. Why laaaa. Tak kisah la. Aku taknak hati aku rosak sebab benda-benda tak berfaedah. Aku taknak fikir and ambik tahu apa orang nak cakap. Yang pasti orang terdekat dengan aku tahu aku macam mana. Aku rasa kerja mana-mana pun sama je. Ada je orang JENIS NI . Maybe bersepah-sepah kat company korang. Kalau korang alaminye, buat macam aku. Diam bukan bererti mengalah. Diam untuk menjaga air muka and maruah kita. Taknak gaduh-gaduh, sentap menyentap, tarik muka sesama sendiri. Biar dia dengan dunia dia. Kita dengan dunia kita. Yang pasti ALLAH ada dengan kita.
Ok . Abis bebelan kosong dari ku ini. Chowww.