Friday, December 16, 2011

Happy Anniversary



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 5


SEMOGA PERKAHWINAN INI BAHAGIA SELALU


DAN JUGA KEKAL SEHINGGA AKHIR HAYAT




ps: mana mau sambut..ada idea..





Thursday, December 15, 2011

Novel

Lately ni suka baca novel.
Tak kisah sapa penulisnya.
Dulu suka Nurhayati Ibrahim.

2 3 bulan lepas try beli novel dia.
Dah tak leh masuk dengan cara penulisan dia.
Aku baca novel untuk release tensen.
Tapi kadang2 aku yang tensen.
Baca novel pun boleh nangis2.
Menghayati gile beb.

Siap boleh bayangkan Hero macam mana.
Dialog yang aku baca macam terdengar2 kat telinga aku.
Cetttt.

So itu je la koleksi novel yang ada.
Ada yang tak abis baca lagi.
Ada yang dalam plastik lagi.
Ada yang separuh jalan & simpan xtau bila nak baca.

Sekarang lagi tak sempat.
BZ nak closing lagi.
BZ nak audit lagi.
Adehhhhhh.

Walaupun tak ada masa nak baca,
Tapi aku suka beli sebab bila ada masa terluang nanti ada buku yang boleh di baca.
So selalu aku peruntukkan RM100 la utk novel.
Tak kisah la sebulan sekali or 2 bulan sekali.
Agak2 stok buku dah abis..aku pergi la terjah MPH.

OK..chow dulu..Itu aje mau cerite.



Wednesday, December 14, 2011

Review Azam 2011

Sepatutnya aku review "Azam 2011" bulan June hari tu.

Tapi nak buat macam mana kan.

BZ dengan ofis baru.

BZ dengan kerja baru.

So blog pun bercuti.

Bayangkan dari bulan April aku tak update.

Nasib la kan.

So hari ni tiba-tiba mood datang.

So kena la update selagi boleh.

So 1st thing kena update "Progress Azam 2011"

Azam 2010 yang di bawa ke 2011

1. Simpan duit

-Masih tak berjaya mencapai target. Sangat sedih. Hopefully tahun 2012 Allah akan murahkan rezeki aku untuk menyimpan at least 50% dari salary yang aku dapat.

2. Handbag idaman hati

-Walaupun duit sudah mencukupi, tetapi ada lagi benda yang lagi penting untuk dibeli.

3. Umrah

-Ini pun terpaksa di postpone sampai cukup rezeki/duit nanti.

4. Kereta/Van/Lori

-Hmm..tak dapat nak dibeli lagi walaupun kenderaan baru amat diperlukan. Harap-harap next year dapat la berkereta baru.

5. Wife yang baik & ibu penyayang

-Dalam process. Aku tak perfect. Tapi aku berusaha untuk bahagiakan orang lain.

Azam 2011


1. Berbakti pada orang tua terutamanya aboh.

-Masih dalam process. Sedang berusaha tapi kadang-kadang rasa sangat sedih sebab tak dapat berbakti 100%.

2. Mencari kerja baru
-Berjaya mendapat kerja awal tahun hari tu. Bukan di Shah Alam tapi di Bangi. Alhamdulillah.

3. Melancong ke luar negara-Korea kalau buleh

-Niat di hati memang nak pergi tahun ni. Tapi rezeki takde. So harap-harap tahun depan boleh la jejak kaki ke negara “Winter Sonata” ni.

4. Nak renovate rumah & hias cantik2

-Rumah dah dibeli. Renovate pun ala kadar. Takpe. Ada rezeki kita kasi cantik lagi rumah ni. Kali ni kasi tukar rumput & gate.

5. Nak banyakkan masak & makan kat rumah

-Ini boleh dikatakan 80% tercapai. Mostly memang makan & masak dekat rumah. Weekend je kalau malas pegi makan luar. Busan weiii makan masakan sendiri hari-hari.




Tuesday, December 13, 2011

Curang

Lately ni banyak sangat cerita pasal curang mencurangi.
Benda ni tak jadi dekat aku or keluarga terdekat.
Tapi telinga ni ada mendengar dan juga mata ni ada melihat.

Aku rasa dulu aku ada buat entry pasal ni.
Entah. Tiba-tiba nak tulis balik pasal isu ni.
Aku tak salahkan lelaki atau perempuan.
Sebabnya bukan LELAKI sahaja yang curang.
Sekarang zaman moden.
PEREMPUAN lagi berani.
PEREMPUAN pun boleh buat ape yang lelaki buat.

Hmmm. Aku nak komen takut.
Takut terjadi dekat diri aku.
Tapi bila ada antara kawan-kawan aku yang kena.
Aku tak terkata.
Kesian ok dengan dorang.
Kesian dekat anak-anak dorang jugak.

Punca terjadi aku pun tak tahu.
Tapi aku pelik.
Walaupun dah tahu SUAMI main kayu tiga empat.
Kenapa nak pejam mata lagi.
Kenapa dibiarkan jugak.
Kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.

Adoii. Kalau la benda ni jadi kat aku.
Aku tak tahu ape aku akan buat.
Berdiam diri or ambik tindakan yang drastik.
Yes. Aku sayang laki aku.
Tapi kalau kau dah tak percaya kenapa teruskan.
Apa yang ko nak pertahankan.
Anak-anak ke. Aku rasa diaorang akan paham satu hari nanti.
Kewangan ke. Ko bukan suri rumah. Ko bekerja. Maybe gaji ko lagi banyak dari laki ko.

Ada dua tiga blog aku baca pasal benda ni.
Tapi yang paling aku suka satu blog ni.
Bukan kate aku setuju ape yang dia buat.
Tapi aku suka sebab dia bagi perempuan tu rasa macam mana dia rasa.
Rasa curiga. Hati sakit. Unsecured. Macam2 la.
Hmmm.. KARMA beb KARMA.

Ape ko buat dekat orang.
Satu hari nanti kau akan kena balik.
Kalau bukan kau, anak kau.
Kalau bukan anak kau, cucu kau.
Kalau bukan cucu kau, cicit kau.
Allah bayar CASH je sekarang.
Tak kemana Masjid kau bina atas sengsara orang lain.
Kalau utuh & kukuh ALHAMDULILLAH.
Kalau roboh, sendiri mau ingat la.

P/s: ku berdoa agar MASJID ku bina ini berkekalan hingga akhir nafasku. AMINNN!!!!!




Happy Belated Birthday Sayang


Sarah Eizzaty sudah setahun.
5.12.2010 birthday budak kecik ni.
Ada sambut ke tak besday cik Puan ni.
Buat masa ni belum.
Tapi maybe nak buat jugak kecik2.
Panggil family sajo.
Cukup la.

Ape perkembangan budak kecik ni.
Sudah merangkak.
Jalan tak lagi.
Gigi ada 2 batang.
Berat 8.5 kilo.
Dr bilang beratnya cukup2 makan.
Adeh..nak bagi makan bubur dia taknak.
Nak makan nasik.
Macam gigi dah banyak.

Mulut mcm bertih jagung.
Cakapppp terberhenti.
Suka tiru ape yang orang buat.
Suka jerit.
Suka kacau abang Apit.
Nangis No. 1

Tu je la buat masa sekarang.

Sekarang kalau hala kamera.
Ko kira 1 2 3
Dia buat muka macam ni

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Mulut ternganga..hidung dikembangkan..baru cantikkkk...


Sarah Eizzaty
Happy Belated Birthday.
Ibu, Babah n Abg Apit doakan Sarah sihat selalu.
Panjang Umur.
Murah Rezeki.
Jadi anak yg solehah.
Anak yang cerdik.

Muahhhhhssss!!!!!