Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

Kenyir Elephant Village

 Masa balik Terengganu hari tu memang takde plan nak pergi Kenyir. Tapi bila dengar Kenyir dah ada kedai bebas cukai, ko pun macam gatal kaki laa nak mencemar duli ke sana. Aku rasa, aku pernah sekali je jejak kaki ke Kenyir. Tu pun rasanya masa baru siap empangan tu. Dulu siap boleh tengok empangan Kenyir tu. Sekarang tak tahu laa. Bila dah sampai, tercangak-cangak laa cari mana kedai bebas cukainya. Sekali yang ado, 

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ko nampak khemah putih tu, itu laa kedai bebas cukai ala-ala khemah. Yang ada dalam tu cuma 4 kedai. Aku macam bior betul, penat kut aku datang sekali apo pun takde. Kedai yang ada kedai cekelat, pinggan mangkuk and kedai makan.

Disebabkan takde yang menarik, husband aku decided pergi Kenyir Elephant Village (KEV) ni. Kalau dari tasik kenyir ni dekat je. Yuran masuk pun tak mahal kalau tak silap aku maafkan mokcik sebab dah lupa, almaklum dah lama ,  Luar kawasan banyak patung gajah. Budak-budak dah excited nak tengok. Bila pergi kaunter sekali katenya dah terlepas 1 trip. Kalau nak join pukul 3 nanti pulak. Kalau ko ikut time dia tu, banyak ko boleh tengok misalnya gajah makan, mandi and show. Kalau nak masuk jugak boleh, tapi dapat tengok gitu je laaa.

Kalau dah cengitu, cancel laa masuk. But husband promise nak datang lagi bawak budak-budak ni. Maybe next year la kut. Aku plan nak tido atas bot sehari kat Kenyir tu and then baru pergi KEV tu. Tido dalam bot pun macam menarik sebab dia bawak round satu tasik. Nampaknya kena plan cuti baik-baik laaaaa.


Tengok gambo KEV je laa ek. Kalau aku dah masuk nanti, akan ku update lagi






Thursday, October 27, 2016

Restoran Bangi Dong

Ada sehari tu tekak aku ni macam nak makan makanan Korea. Kebetulan aku baru tau Bangi ada kedai korea baru, Restoran Bangi Dong. Alang-alang nak makan, ajak la adik aku sekali. Macam biasa laaa, kalau ibu dia ikut, anak-anak sure akan ikut jugak. So serombongan laaa pergi ke sana.

Sampai sana, baru tengok apa nak makan. Tujuan asal, aku nak makan kimchi stew. Tapi sampai ke sudah tak sampai. Rupa-rupanya dia tak ambik order. Lepas telek-telek apo nak makan, kiteorang decided nak makan mackeral panggang, nasik, stimbot and bbq. BBQ tu husband aku ambik sotong je. Dapat la 3 ketul sotong. Buat penat budak tu setup set BBQ, takat nak bako 3 ketul sotong.

Taugeh, kimchi and ikan bilis. Oklaa..tapi kimchi IOI Mall food court lagi sedap la aku rasa
Lambat jugak la sampai makanan..budak-budak dah kelaporan dah..kalau order set BBQ akan dapat salad tu
Tu sotong 3 ekor lakiku tengah dibakar
Sutun tengah di bako..
Yang lambat sekali sampai ialah stimbot tu..sampai je stimbot semua tak pandang kiri kanan..ngap sebab lapar sangat..
Mackeral panggang
Nasi ni tak silap aku RM4 sebekas..mahaiiii
Kimchi


Sesiapa yang ada Bangi, boleh la terjah ke Restoran Bangi Dong. Sediakan cash secukupnya sebab restoran ni terima cash sahaja. Price bagi aku agak mahal laaa. Tapi kalau sedap apa salahnya bayar lebih sikit kan. Address kat bawah:

Restoran Bangi Dong
B-01-G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia
03-8928 9440
Waktu operasi: 11:00 - 23:00


Monday, September 8, 2014

Happy Birthday Hubby

Selamat hari lahir hubby. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik and semoga kita sekeluarga happy selalu. Aminnnnnn. Setiap kali aku tanya nak apa, sure dia takkan cakap. Alasannya taknak susahkan isteri manja dia ni. Alhamdulillah. Jimattt duit den. So aku just tanya nak makan apo. Katenya nak makan makanan yang harganya RM400. Pengsan. Aku kate pegi Victoria Station sudah. Makanan pun sedap jugak.

Sebelum nak ke VS, adik aku ajak ukur tanah dekat KLIA2. Tawaf la kami dari pukul 3 sampai pukul 5. Besor jugak and ada kemungkinan akan sesat. Kalau orang buta tuli macam aku laaa. Ada yang main redah je.

Dah sudah tawaf sana, mari la kita mengisi perut. Sampai VS dah 6 lebih. Kena makan cepat-cepat la kang maghrib, payah pulak. Masa sampai tu ada la 2 3 table je yang ada orang. Yeahhhh. Tak ramai orang. Selalu kalau makan sini mesti tak sure nak order apo. Sebab macam nak makan semua. Tapi memikirkan kang kenyang melampau, kita order biasa-biasa sudah. Sebelum makan mari la kita bergambar dulu.
 
   Ibu and Sarah

Babah and Syafiq
 Cream of Wild Mushroom
 
Roti and Butter





   
Budak ni nak makan jagung and sup je
 
 VE Escargots

 Apa nama ntah, tak ingat. Sengkak perut makan. Nampak sikit tapi kenyanggg..

 T-Bone. Yang ni lagi beso dari yang atas tu. Nak menghabiskan pun seksa jugak.

Jagung 2 ketul untuk 2 budak kecik tu.

So far aku suka VS. Tak tau la tekak orang lain. Kiteorang sambut besday ke, anniversary ke sure mai sini. Tapi rasanya besday aku, aku nak request makan tempat lain laa. Sure ada banyak lagi tempat yang best kan. Sesapa ada idea boleh bagitau aku. Senang awal-awal aku bagitau kat hubby mana aku nak makan December nanti.

Balik dari VS singgah beli kek. Almaklum laa kanak-kanak ribena nak nyanyi lagu untuk babah. Nasib aku ada anak 2 orang. Kalau 10 mau 10 kali kena nyala lilin. Sorang-sorang nak tiup lilin.

Ok, habis dah cerita hari ni. Selamat bekerja di hari Isnin. Aku malassssss.

Friday, August 8, 2014

TUDM and Chocolate Muzium

Ini pun cerita bulan June. Mari kita belasah je. Weekend semua lemau. Tak tahu nak buat ape. Masing-masing dah boring duduk rumah. Mari la kita bawak budak-budak pergi Muzium. Nak bawak pergi Muzium Negara mek serammm. Sarah ni kadang-kadang boleh nampak macam-macam. So, kita bawak la pergi muzium Kapal Terbang and cokelat sudahh. Budak-budak kalau jalan ok je. Laju je masing-masing bersiap.

Ramainyee anak-anak ku. Untuk pengetahuan semua macam la orang nak tau anak aku ada dua je. Yang dua lagi anak buah aku.

Mula-mula pergi Muzium TUDM dulu. Aku bagi detail la skit ek. Masa mula-mula sampai dok tertanya-tanya betul ke. Macam tempat tinggalll je. Takdok orang jaga pun. Kawasan ok tapinya kalau di perbaiki maybe lebih cantik dan menarik. Aku cadangkan pergi la pagi-pagi. Tak panas and tak lecak ketiak ko. Tak pun bawak la payung.  Alamat dan waktu operasi seperti di bawah.

Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Jalan Lapangan Terbang Lama
50460 Kuala Lumpur
 
Waktu Operasi (Opening Hours) :
Isnin hingga Khamis   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu dan Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang

Bayaran Masuk (Admission) :
Percuma
 
 Bapak ulat and anak-anak ulat












Lepas pergi Muzium TUDM, pergi makan dulu dekat ayam kampung Cheras. Lepas tu teruskan perjalanan ke Chocolate Muzium di Kota Damansara. Muzium ni kecik je. 10 Minit ko round dah habis. Tapi kalau ko bernasib baik, dia akan ada tunjukkan cara buat cokelat semua. Ada la slot2 dia. Masa aku sampai dah terlepas. So round je la dalam tu. Bau cekelatnya, nyum nyum, macam nak makan jer. Dekat sini pun tak ambik banyak gambo. Detail address and waktu melawat kat bawah ye kawan-kawan.

Alamat:
No 2, Jalan Teknology 3/5
Selangor Science Park 1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya

Opening times:
Open daily 10.00am-5.00pm

 

Si bapak suruh budak-budak pegang telinga and t***k lembu. Katenya mengajar apa ada di badan lembu. Hehehe.

Thursday, August 7, 2014

Pesta Flora Putrajaya 2014

Cerita bulan June punya. Betapa lama terperam dalam draft. Pesta Flora Putrajaya 2014 bermula 14-22 June 2014. Mula-mula takda plan pun nak pergi. Plan asal nak pergi bawak budak-budak jalan-jalan and berlari-larian kat padang. Lepas dah berlari dua tiga round, husband decide nak pergi pesta flora ni. Gambar tak ambik banyak mana sebab camera memory full. Aku banyak ambik guna handphone. Malangnya, aku rasa aku dah delete gambo tu. Dengan konpidennye rasa dah transfer and save, rupanya tidak. Puas la cari tapi takdok. Ini je la yang ada untuk tatapan semua.

 Berehat-rehat kat padang. Bagus bawak makanan sekali. Piknik sini terus sebab suasananya aman damai je.

 Masing-masing sibuk nak ambik gambo.


Nak menyuruh posing pun payah. Sorang dah ready, sorang lagi belum.


Budak ni lagi laaa. Dari awal meragam je. Tak tahu apo yang dia nak. Lesingggg kang baru tauuu.

Piknik dengan roti and air sebotol. Jadi la dari takdok.

Bawah ni gambar dekat Pesta Flora. Separuh jalan dah tak boleh bergambar. Next year la pulak repeat pergi sini.