Ada sehari tu tekak aku ni macam nak makan makanan Korea. Kebetulan aku baru tau Bangi ada kedai korea baru, Restoran Bangi Dong. Alang-alang nak makan, ajak la adik aku sekali. Macam biasa laaa, kalau ibu dia ikut, anak-anak sure akan ikut jugak. So serombongan laaa pergi ke sana.
Sampai sana, baru tengok apa nak makan. Tujuan asal, aku nak makan kimchi stew. Tapi sampai ke sudah tak sampai. Rupa-rupanya dia tak ambik order. Lepas telek-telek apo nak makan, kiteorang decided nak makan mackeral panggang, nasik, stimbot and bbq. BBQ tu husband aku ambik sotong je. Dapat la 3 ketul sotong. Buat penat budak tu setup set BBQ, takat nak bako 3 ketul sotong.
Taugeh, kimchi and ikan bilis. Oklaa..tapi kimchi IOI Mall food court lagi sedap la aku rasa |
Lambat jugak la sampai makanan..budak-budak dah kelaporan dah..kalau order set BBQ akan dapat salad tu |
Tu sotong 3 ekor lakiku tengah dibakar |
Sutun tengah di bako.. |
Yang lambat sekali sampai ialah stimbot tu..sampai je stimbot semua tak pandang kiri kanan..ngap sebab lapar sangat.. |
Mackeral panggang |
Nasi ni tak silap aku RM4 sebekas..mahaiiii |
Kimchi |
Sesiapa yang ada Bangi, boleh la terjah ke Restoran Bangi Dong. Sediakan cash secukupnya sebab restoran ni terima cash sahaja. Price bagi aku agak mahal laaa. Tapi kalau sedap apa salahnya bayar lebih sikit kan. Address kat bawah:
Restoran Bangi Dong
B-01-G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia
03-8928 9440
Waktu operasi: 11:00 - 23:00
No comments:
Post a Comment