Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Curi-Curi Cinta- Siti Rosmizah

Buku ni aku beli masa Pesta Buku Antarabangsa. Nak memulakan baca and nak menghabiskannye memang hazab. Bukan sebab cerita tak best, tapinye tebal benor. Lengoh tangan dok pikul buku ni. Aku ambik masa 2 hari untuk menghabiskan novel terbaru Siti Rosmizah.

Start je baca, aku dah hangin dengan watak Intan. Dengan berlagaknye, mata duitannye. Penat abang and emak dia bertungkus lumus cari duit hantar belajar oversea. Kisahnye dia berjumpa dengan Daniel di Airport semasa sampai ke Malaysia. So dia tanamkan dalam jiwa dia nak pikat si Jantan ni. So bermacam-macam cara la dia guna sampaikan masa mak dia demam pun dia gunakan si Daniel ni. Mak si Intan ni Buta. Abang dia Iskandar kerja Driver kat ofis Daniel ni. Daniel memang anti gile dengan minah ni. Tapi bila di perangkap (sebenarnye bukan intan perangkap walaupun dia ada niat) abang si Intan mintak la Daniel bertanggungjawab. Daniel takde choice, kawinlaa dia.

So lepas kahwin, dia nak ajar Intan, dia tinggalkan kereta and rumah mewah dia, so diangkutnye Intan ke rumah yang usang and pakai kereta buruk. Intan takde pilihan, terpaksa la dia ikut sahaja. Masa ni la macam-macam berlaku. Daniel cemburu dengan Badrul, Daniel dah tangkap cintan dengan Intan, Intan dah sedar diri.  Macam-macam la. Tapikan aku rasa bab yang tak boring sangat masa dorang kawin sampai habis novel ni. Awal-awal boring skit.

Kalau nak tau ending, climax macam mana, sila la baca, Tu pun aku bagitau hok depan-depan je. Kalau nak cerita semua, takyah beli novel la kan. Baca je ape yang aku tulis. Wakakakaka.

Novel ni lebih kurang sama je dengan 7 hari mencintaimu. Lebih kurang sama tapi tak serupa. Siti Rosmizah berjaya lagi buat air mata aku menitik-nitik tanpa henti. Benci tau. Macam mati laki dah aku baca buku ni. Macam jadi dekat aku je, punyala menjiwai watak betul. 

Untuk novel terbaru ni aku bagi 4 star..



 Sinopsis Novel
 
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!



Thursday, January 3, 2013

Alang Rebus Tak Empuk


Aku beli buku ni sebab tertarik dengan tajuk dia. Bila dah baca, bagi aku buku dia simple. Jalan cerita menarik. Tergelak-gelak la jugak aku baca. Watak ziyad yang suka perempuan cantik akhirnya jatuh cinta jugak pada perempuan biasa or sederhana. Aku suka sebab jalan cerita dia banyak berkisar pada realiti bukan fantasi semata-mata. Kalau nak tahu selanjutnya, sila la baca. Macam biasa aku tak pandai nak review buku. Tapi buku ni aku bagi 4 bintang.

Sinopsis:

Sepatutnya, sejak awal lagi aku sedar diri. Ziyad memang tak akan jatuh cinta pada perempuan 'sederhana' seperti aku  ni. Hanya aku yang terlebih perasan, berangan-angan sampai tak ingat dunia. Sepatutnya aku bilang dulu jerawat yang aku ada. Kemudian bahagikan dengan jumlah parut yang dah rupa macam apam bintik polka (polka dot) ni. Lepas tu darabkan pula dengan kulit aku yang tak ubah macam kulit manggis terlebih masak. Dah dapat jawapannya itu, barulah aku buat perbandingan dengan kriteria yang Ziyad nak. Sesuai ke tidak?

Sepatutnya, aku semak dulu terma dan erti sebenar perkataan 'kawan' dan 'kekasih' itu dalam Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Barulah aku tak tersalah tafsir maksudnya.
Degil. Degil. Degil.

Baik, Shifa. Marilah kita berfikir secara positif. Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Kalau tak ada Ziyad, mungkin ada orang lain yang lebih sesuai yang Allah janjikan untuk kau.
Dengar baik-baik Shifa.
Dengar.
Lupakan Ziyad. lupakan Ziyad.
Lupakan.

Mulai sekarang, dalam hidup seorang Nurul Shifa tidak akan ada lagi lelaki bernama Mohd Ziyad Hafni yang bertahkta.
Titik.

Tetapi, mampukah perkataan pada kertas itu diterjemahkan dalam hati secara mudah, Shifa?
Manalah tahu, kalau-kalau Ziyad tidak bermaksud begitu, Shifa?

Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. 

Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

Tuesday, November 20, 2012

Kalau Memang Harus Begitu-Acik Lana

 


Aku bagi buku ni 4 star. Masa mula-mula baca slow sikit. Rasanya lepas bab 2 or 3 dah ok. Ko akan jadi tak sabar nak tahu ending cerita ni macam mana. Masa aku baca aku rasa macam nak skip aje bab-bab lain, nak baca ending macam mana. Tapi sabarrrrrr. Bab-bab imaginasi bagi dekat aku. Aku dapat bayangkan Tuan Putra macam mana. Dengan hensemnye. Muka serius tapi comel. Dengan tinggi lampainya. Dengan romantiknya. Wahhh!!! sukanya dapat bos macam ni. Yang heroinnye aku bayangkan comel. Putih melepak. Muka blur and pakai tudung. Boleh tak aku bayangkan Adara tu pakai tudung sedangkan sebenarnya dalam buku tu dia tak pakai tudung pun. Korang tau aku bayangkan siapa heroin tu..haha..Ana Suzana..blogger yang suka masak sedap tu..nyum..nyum..Ana kan kecik molek je..berat pun 45kg kut. Yang heronya takde pulak di alam nyata..ada di alam khayalan aku ajer..

Aku ambik masa 2 hari habiskan baca buku ni. Macam biasalakan,  mula-mula benci, gaduh setiap hari and bila si Adara dah ubah penampilan dari selekeh, pakai baju lama bertukar jadi perempuan yang cantik baru la si Tuan Putra perasan yang cantik jugak budak comot ni. Dah suka tapi taknak bagitau dan yang si Adara tak perasan yang Tuan Putra tu dah tergila-gila suka dia. Bertunang dan berkahwin. Mula-mula bahagia. Lepas ada masalah gaduh-gaduh sampai nak bercerai. Hmm..ending cerita ni boleh tahan la and macam biasa happy ending.

Buku ni tak boleh buat aku nangis sebab takde part sedih yang dapat sentuh hati aku ni..chewaaaahhhhh!!!.

Ok..aku bagi sinopsis cerita ni. Kang kalau korang rajin pegi la beli and baca.

Sinopsis Kalau Memang Harus Begitu

Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….




Thursday, October 25, 2012

Melur Jelita

Lately ni blog aku ni banyak entry pasal novel plak kan. Bukan ape, takde idea nak tulis apa. So baik aku cerita pasal hobi membaca aku ni.

Latest addition-novel dari Melur Jelita. Aku tak pernah baca novel tulisan beliau. Aku jugak baru tahu tentang kewujudan Melur Jelita ni. Bila kawan-kawan FB dok gebang-gebang tentang novel terbaru Melur, aku pun mengeletis la kan. Apesal aku tak tahu pasal novel ni.

Aku pun ape lagikan, terjahla Popular. Bukan satu aku beli, tapi dua buku sekali gus. Puas hati den!!. Sinopsis buku ni aku malas letak . Buku ni aku bg 4 star dr 5. Hehehe. Aku lebih suka Siti Rosmizah. Buku Melur Jelita ko kena baca dari hati. Banyak pengajaran dari cerita yang dia buat terutama dalam buku I Love U Stupid. Cara cerita macam ko pernah berada di negara itu. Ko boleh rasa perasaan Iris. Sebab tu kena baca dari hati. Nak tahu lebih lanjut, pergi beli and baca.

Buku Melur Jelita
Koleksi novel yang ada dalam simpanan. Kalau penuh sangat aku nak jual la buku-buku ni. Agak-agak ada orang nak beli ke.

Koleksi sehingga sekarang


Thursday, October 18, 2012

50 Shades of Grey


Aku beli buku ni lepas raya hari tu. Itu pun terjebak lepas kawan aku cakap buku ni best. Disebabkan nak tau ape yang best sangat buku ni, aku beli yang 1st dulu. Buku ni ada sampai part 3. Dekat MPH ada jual 1 set, so kalau ko beli 1 set murah la sikit compare beli satu-satu.

Best jugak la buku ni (note: anak dara jangan baca buku ni, mak dara bole, hehehe). Nak tau cerita pasal ape, baca sendiri. Aku takmau bagi tau kat sini. Hehehe. Aku baru nak beli yang ke 2. Zaman bila nak abis baca tu aku tak tau la. Mintak-mintak yang ke dua best jugak.

Tu ajerrr.




Thursday, October 4, 2012

Suamiku, Mr Perfect 10

Stok bacaan dah habis. Macam biasa la, tiap-tiap bulan mesti kena beli novel baru. Kalau tak beli, nanti aku kebosanan. Weekend kalau tak keluar aku akan memerap dalam bilik. Bukak aircond kuat-kuat sambil baca novel.

Selasa, aku baca buku ni. Dari pukul 8 malam sampaila 1 pagi. Aku kalau buku tu best sanggup habiskan walaupun kena bersengkang mata. Kalau buku tu tak best, alamatnye aku tertido sebab bosan.


Penulis buku ni Syamnuriezmil, Aku tak pernah baca buku yang dia tulis. Ini yang pertama. Aku pun tak sure ni buku ke berapa yang dia tulis kan. Macam biasa, aku malas nak cari info. According tu Page Kelab Peminat Novel, buku ni No 1 di Carta terlaris/Bestseller KINOKUNIYA. No 1 di MPH untuk 3 minggu berturut-turut dan No 3 di POPULAR.

Masa aku baca, mula-mula dah menarik. Jalan cerita simple. Cara mengolah pun simple. Bila dah start baca ko jadi tak sabar nak tunggu ending macam mana. Buku ni ada jugak part-part yang boring, tapi tak banyak la. Aku copy paste je la sinopsis dari Page Kelab Peminat Novel.

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama
seminggu, demi menyelamatkan A

leeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, PuanY
azmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?


Kalau korang nak tau ape yang Perfect 10 tu, sila la baca. tak rugi pun beli. Ni komen dari aku la kan. Selera orang lain-lain. Aku suka, ko pulak tak suka. So tepuk dada, tanya la selera anda. Selamat membaca.


Tuesday, June 26, 2012

Takdir Itu Milik Aku

Takdir itu milik aku.
Penat aku cari buku ni.
Tak tahu pulak POPULAR sahaja yang jual.
Ingatkan MPH pun ada.
So sebab dah berkali-kali pergi POPULAR tapi manjang je habis.
Aku buat keputusan telefon dulu POPULAR Taman Equine.
Sekali dia jawab "Akak kita ada banyak lagi..datangla sini"
Malam tu jugak zass ke sana.

Dah alang-alang pegi sana haruslah sambar buku-buku lain.
Ok sebenarnya aku taknak cerita pasal buku yang aku beli.
Aku nak cerita pasal buku SITI ROSMIZAH.
Aku ada semua buku yang ditulis beliau.
Bagi novel2 sebelum ni aku bagi 5 star la sebab best.
Mampu buat aku menangis.
Tapikan..tapikan novel TAKDIR ITU MILIK AKU ni macam kurang sikit.
Ntah la..nak ulas pun aku tak reti mana.
Almaklum la bukan pakar.
Tapi bagi aku jalan cerita lambat sangat.
Aku skip-skip jugak baca sebab lambat sangat.
Aku tak sabar nak tahu apa dah jadi.
Ni siap ada dialog dlm hati la..dalam otak la..
Kadang-kadang aku pun conpius.
Ada jugak aku baca review cerita tak logik la & macam-macam lagi.
Tapi yang bagusnye novel SITI ROSMIZAH masih mampu buat air mata aku tumpah.
Sama macam novel-novel beliau sebelum ni.
So untuk novel yang baru aku bagi 4 star.

So bawah ni ada Sinopsis Takdir Itu Milik Aku (Kredit blog: http://www.fakrulroslan.com/ )

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

So sapa yang tak baca lagi sila baca.
Mungkin bagi korang jalan cerita dia tak lambat.
Mungkin bagi korang jalan cerita best .
Masing-masing punya citarasa and pendapat kan.

OKBAI!!!