Showing posts with label Syafiq Emran. Show all posts
Showing posts with label Syafiq Emran. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

Denggi

Aku tak pernah terfikir nak kena demam denggi. Mula-mula sekali husband ku yang kena. Sakit-sakit badan and demam tinggi. Check darah, doktor cakap virus. Lepas beberapa hari pergi check darah, akhirnya memang confirm denggi. Husband pergi cari jus daun betik and suruh aku masak sup ketam. Buat pertama kalinya aku masak sup ketam. Siang si ketam pun husband yang buat sebab aku memang tak reti. Yang aku tau makan saja. Pletlet husband masa tu dah 90. Pergi klinik kesihatan, doktor cakap ok amd tak perlu warded. Bila aku tengok husband makin letih and lemah, aku suruh la pergi private hospital. Mula-mula pergi SDMC, full, lepas tu call la KPJ Kajang, Shah Alam, full jugak. Masa tu ko fikir ko ada duit tapi hospital takdak. Pergi balik hospital Serdang, dia suruh balik jugak. Last-last HR ofis husband yang arrange warded di Colombia Klang. Dok la situ dalam 4 hari.

Hari yang husband discharged, aku pulak yang seram sejuk. Dari ofis rasa lain macam tapi gagah jugak tunggu sampai 5.30 petang. Balik rumah aku check, sekali demam ko. Tinggi bukan main demam aku. Ayah aku pun apa lagi suruh zasss pergi Az-zahrah. Suruh check denggi terus. Dapat result darah positive denggi. Masa tu aku tak fikir apa, aku fikir kerja and anak-anak aku je. Bermula la episod ambik darah hari-hari. Aku demam jumaat, so sabtu aku pergi klinik kesihatan je pergi ambik darah. Dapat result dia suruh pulak pergi serdang sebab darah putih aku low sangat. Ahad pergi hospital serdang. Doktor dapat result darah dia cakap normal darah putih rendah. Suruh aku minum air banyak-banyak. Isnin aku berus gigi, bleeding sikit. Pergi ambik darah dekat klinik kesihatan lagi. Sekali dia suruh aku pergi serdang. Siap naik ambulan lagi. Husband suruh doktor tu buat refer letter ke private hospital je, tapi dia refuse and nak jugak aku pergi serdang walaupun kemungkinan besar tak warded ada. Aiyaoooooo. Penat hokeh. Dari pukul 12 tengahari sampai 12 tengah malam aku bertapa dekat emergency, Lepas doktor ambik darah beberapa kali and check semua, dia suruh balik and pergi ke klinik kesihatan untuk check darah lagi.

Masa tu aku rasa aku dah tak mampu nak hadap klinik kesihatan tu. Kerja dorang ok, tapinya lambat sangat. Dari aku cergas sampai jadi lembik semata-mata nak ambik darah. Aku cakap aku nak warded mana-mana hospital. Aku pergi Colombia, tu pun penuh. Ada 1 bilik 3 katil. Belasah je la asalkan aku tak menunggu nak tak darah. Check in la aku 4 hari 3 malam dekat sana. Hari ke 4 demam dah kebah. Abis demam, badan aku naik merah-merah and gatal. Ikutkan kate nurse tanda-tanda nak baik. Tapi gatal merenyam tak tahan ko. Sampai doktor bagi ubat tahan gatal pun tak jalan jugak.

Lepas aku kena denggi, Syafiq pulak kena. Syafiq mula-mula tak demam pun. Dia sakit kaki. Hari ke 2 demam. Aku terus pergi Azzahrah and mintak warded. Nasib dapat bilik semua walaupun kena booking sehari. Takpe laa asalkan ada bilik. Syafiq check-in 5 hari 4 malam. Ada satu masa dia tak boleh jalan sebab kaki sakit. Aku pulak boleh jaga malam je sebab kerja and tak boleh cuti. Terpaksa nenek dia tolong jaga, Terima kasih ma sebab jaga apit.

Aku berdoa jangan la ada yang kena demam denggi ni. Kesian sebab sakit badan and demam tinggi. Tak dapat aku bayang kalau Sarah kena. Sure merengek-rengek je. Abis dah cerita denggi and aku tak harap aku akan up lagi cerita denggi ni. Mintak-mintak abis takat sini je.



Temperature aku masa 1st day demam

Muka mintak keluar hospital. Bosannnnn

Tuesday, April 19, 2016

Syafiq dan appendix

Cerita ni jadi pada tahun 2015. Bulan November tak silap aku. Syafiq mengadu sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa. Aku and husband bawak klinik biasa and Doktor cakap cuma angin. Doktor pun cuma bagi ubat angin dekat Syafiq. Dah nak dekat sebotol ubat tu, sakit tak jugak hilang. Bukan saje tak hilang tapi makin bertambah. Kalau makan sakit. Kalau lompat sakit. Aku dah pelik and kitaorang pun decided bawak pergi jumpa Paed dekat Azzahrah.

Bila jumpe doktor, dia check, dia cakap maybe appendix. Terkejut jugak aku dengar. So aku mintak refer letter and terus bawak pergi KPJ Kajang. Dekat KPJ kajang lain cerita pulak. Pergi emergency, doctor check, dia cakap bukan pulak and dia pun sekolahkan aku laki bini. Siap cakap kalau appendix sure tak boleh jalan bagai. Aiyoo doktor, ini budak laa..kalau orang dewasa dia tau macam mana nak cakap sakit banyak mana. Kalau budak ko tanya sakit banyak ke sikit..jawab dia ntah. Pastu doktor ni suruh balik and datang jumpa pakar surgeon esoknya. Esoknya pukul 10 jumpa doktor, dia check and tekan perut sekali terus dia cakap appendix. Untuk pastikan betul atau tak dia akan buat CT Scan. Disebabkan guna insurance, proses lambat. Doktor suruh puasa terus takut kena operate petang tu jugak. 

Hubby decided balik dulu sebab tak sure insurance settle bila. Dalam 2 jam, hospital call suruh warded. So pergi balik and buat CT scan dulu. Bila doktor tengok result, doktor cakap appendix dah bengkak and kena operate sekarang jugak. Pukul 6 operate, 6.40 petang keluar. Seperti biasa, sebelum operate doktor akan explain dulu nak operate macam mana, ambik masa berapa lama, risiko-risiko dia. Aku cuak jugak, tapi aku yakin Allah akan selamatkan Syafiq and doktor pun doktor yang berpengalaman.



Gambar appendix aku cilok dalam pakcik google.


Line ni pasang masa dekat emergency, lepas tu doktor suruh balik, buka benda ni. Esoknya jumpe doktor surgeon, pasang balik. Kesian betul budak ni, 2 kali kena cucuk. 


Masa ni tunggu nurse bagi baju and tunggu masa nak kena tolak dalam OT. Aku tak bagitau pun dia, takut dia cuak n nangis. So member sedap-sedap main ipad and ingat dok saje-saje kat hospital.


Husband aku masuk and temankan syafiq sampai dia tido. Lepas tido kena keluar. Aku and husband tak makan dari pagi, lepas hantar terus pergi cafe. Mencekik dulu sebab lapar gila. Habis makan tengok dah siap. Syafiq siap nangis sebab katenya bukak mata tak nampak babah. Nampak nurse je. 


 Dah masuk dalam bilik. Mamai- and dia tido dari pukul 7 malam sampai pagi. Tak bangun-bangun.


Inilah la dia rupa appendix yang dah dibuang. Doktor cakap dalam ni penuh najis je and najis tu pun dah keras. Pelik-pelik.


Dah berparut dah perut budak ni. Lepas sedar, doktor suruh dia bangun and jalan-jalan. Mula-mula dia taknak jugak, maybe sakit kut. Lepas dah sekali jalan, dia macam gian nak jalan. Tak duduk diam, nak jalan and cakap nak balik. Tak silap aku duduk kat wad dalam 3 hari. seminggu lepas tu sihat dah budak ni. Luka cantik, kering and tak bernanah. Syukur alhamdullilah. Itu la cerita Syafiq and appendix.


Monday, April 14, 2014

Syafiq



Aku tak tau samada aku pernah tunjuk gambar ni or tak. Gambar ni tak silap awal tahun 2012. Dalam bulan 4 or bulan 5. Masa ni Syafiq sakit teruk.

Aku perasan kelenjar Syafiq bengkak sebelah. Bawak pergi Azzahrah and Dr suspek TB kelenjar. Lepas dua tiga hari aku perasan dua-dua belah leher Syafiq bengkak. Masa tu aku bawak dia pergi buat rawatan islam. Bila tengok macam tu, aku decide bawak pergi Azzahrah balik. Jumpe Dr. Nazim and dia terus refer ke SDMC.

Esok aku pergi SDMC, jumpe Dr. Chan. Dr Chan explain yang limpa and hati Syafiq bengkak. Masa tu aku dah fikir benda buruk. Dr Chan nak tengok result darah dulu and baru decide what treatment nak bagi Syafiq. Tak silap hari tu hari jumaat. So semua orang rushing ke makmal ambik darah. Meraung-raung Syafiq cakap sakit. Masa tu aku tengok mak aku dah meleleh air mata. Aku menangis dalam hati. Aku tak berupaya nak nangis pun masa tu.

Dah sudah ambik darah, pergi balik ke Dr Chan. Kebetulan result tak boleh dapat hari tu jugak. So dr suruh balik dulu and start dengan 3 antibiotik. 3 antibiotik tu kena makan sekali gus. Dr inform yang kalau result tak ok, dia akan call hari sabtu and isnin kena ambik air tulang belakang. Jumaat balik hospital Syafiq lemah and demam. Aku bagi makan minum tapi dia tak selera mana.

Sabtu, Dr Chan call inform yang result tak berapa baik. Darah putih low or high aku tak ingat. Tapi semua result tak berapa bagus. Dr suspek Lukiemia. Aku terdiam. Tak mampu berfikir. Aku memang dah bersedia terima berita tak baik. Dr suruh puasa start pukul 12 malam ahad. Isnin dia akan buat procedure ambik air tulang belakang. Start malam ahad badan Syafiq makin panas. Badan naik merah-merah. Aku saspek alergi dengan salah satu antibiotik. Malam tu dia nak minum macam-macam. Nak susu, nak sirap, nak air milo.
Semua aku tak boleh bagi sebab dia kena puasa. Menangis dalam hati aku tengok dia macam tu.

Esok pagi, aku, mama and hubby pergi hospital. Dalam kereta aku lap-lap lagi Syafiq sebab dia masih demam. Lepas register, Dr Chan suruh pergi ke Day Care Ward. Ko masuk situ ko boleh tengok orang muda, tua, baby, kanak-kanak semua dok tunggu turn buat chemo. Lagi aku stress dok situ. Aku pangku Syafiq sambik dia tengok kartun. Sambil tu aku bisikkan kat dia yang aku sayang dia, dia kena bertahan walau ape yang jadi and dia kena sihat semula. Sambik tu aku berzikir jugak ke telinga Syafiq, untuk ketenangan dia and aku. Aku rasa nurse pun  nampak muka aku down gila. Dia siap cakap " sabar puan". Yes aku bersabar ni.

Lepas Dr Chan habis meeting, sebelum buat procedure ambik air tulang belakang, dia nak check Syafiq lagi sekali. Dr Chan pandang aku and bagi tau yang limpa and hati syafiq dah kecil sedikit. Ada perkembangan positif and tak perlu ambik air tulang belakang. Masa aku dengar, aku rasa nak sujud syukur dekat situ jugak. Aku rasa macam batu yang ada dalam kepala aku dererai satu-satu. AKu terus pergi dekat mama. Mama tunggu dekat luar. Aku tau mama tak sanggup nak dengar berita tak baik and tengok cucu dia sakit. Aku dapat tengok mata mama. Berair and aku tau yang mama gembira dengan perkembangan Syafiq.

Disebabkan Syafiq elergi dengan salah satu antibiotik, Dr Chan decide stop salah satu dari 3 antibiotik. Aku tanya jugak macam mana kalau antibiotik lain yang buat Syafiq alergi. Dia cakap kena gamble. Kalau still merah, then kena tukar yang lain. So Isnin, hari sepatutnya ambik air tulang belakang tak jadi. Dr suruh balik and 3 or 4 hari datang balik.

Lepas 4 hari makan antibiotik, Syafiq makin segar and dah tak demam. Tapi kelenjar dia masih bengkak. Kami pergi jumpe Dr Chan and Dr inform yang hati and limpa syafiq makin mengecil ke normal saiz. Aku tanya jugak pasal kelenjar tu. Dia cakap bukan 1 kelenjar yang bengkak, tapi 8. Ambik masa untuk kelenjar itu kembali normal.

Selepas dari itu, ada lagi 3 or 4 kali appoinment dengan Dr Chan. Yang terakhir sekali, Result darah dah keluar and Dr dah tau bakteria apa yang serang Syafiq. Limpa and hati dah kembali normal. Syafiq dah makin sihat and kelenjar leher masih berbekas bengkak.

Aku dah lama nak menulis pasal ni, tapi takde kekuatan. Aku dah taknak lalui saat-saat macam ni. Aku kagum dengan parents yang ada anak sakit kritikal. Kagum dengan etabahan and kesabaran mereka dalam menghadapi saat getir dalam hidup mereka.

Ok la. Itu je nak cerita.




Monday, April 7, 2014

Syafiq

 Dulu kecik and botak. Sekarang dah besar. Dah 6 tahun and next year dah darjah satu. Beso dah budak ni. Banyak akal and banyak ragam.

 Syafiq masa kecik

Tengah buat homework

 Kalau nak ambik gambo ni pose fav dia



Tuesday, March 26, 2013

Keras Tangan Syafiq


Bulan dua hari tu ada perjumpaan student and teacher dekat Genius Aulad Bangi. So perkara pertama yang ada dekat kepala otak aku ni ialah:

1. Pergaulan-Syafiq according to teacher still pendiam tapi tak macam dulu. Dulu lagi pasif and diam sekarang ok sikit. Dah boleh main dengan kawan-kawan dia.
2. Tulis and baca-so far semua ok. Macam dekat bawah ni ada huruf dia boleh kenal and baca ada yang tak. Aku risau sebab numbers dia tak master lagi. Pengsan la nanti kalau dah kena belajar maths.

Teacher ada bagi scraps book. Aku rasa sebulan pertama sekolah budak-budak tak belajar mana. Cuma warm up dulu. Kasi warna-warna. Tulis-tulis. Tampal-tampal. Ok sila la tengok kerja syafiq dekat bawah ni.



 


 

 










Tuesday, March 5, 2013

Pendaftaran Darjah 1 sesi 2014/2015

Lega rasanya dah daftar sekolah Syafiq. Dari awal tahun dah menunggu, rupa-rupanya bulan 3 baru bukak. Tadi bila daftar jadi konfius, Sek Keb Bangi ke Sek Keb Bandar Baru Bangi. Adoiii sekolah sendiri pun lupa nama. Sek Keb Bandar Baru Bangi tu sekolah aku dari darjah 1 sampai la darjah 6. Sekolah menengah pulak kat belakang Sek Rendah. So kalau jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Memang dekat betul la dengan rumah. Proses register dah selesai. Sekarang tunggu nak sahkan sebab benda ni kena sahkan dalam masa 14 hari and kena bawak semua dokumen-dokumen seperti surat beranak, ic, sijil nikah and bil letrik or air. Dah sahkan, kita tunggu la ttahun depan pulak kut kena sahkan kali kedua dan adekah Syafiq dapat ke sekolah ibu dia. Fuhhh. Tak sabar nak tengok Syafiq pergi sekolah. Excited uollsss.

Sesape yang tak pohon lagi tu sila lah terjah ke link kat bawah ni.

http://apps.moe.gov.my/esppsel/


Tuesday, January 15, 2013

Gambo Little Ihtifal & Showcase GA



Gambar Little Intifal & Showcase Syafiq. Aku malas cerita sebab ni cerita basi. Cerita tahun lepas. Gambar dah ada dalam draft berkurun lama. So layan gambo je la ek.











Friday, January 4, 2013

Mattel Warehouse Sales

Kenapa ek Mattel sales dah tak sebest tahun-tahun sebelumnya. Rasanya tahun yang best tahun 2009 kut. Masa tu Syafiq baru 10 bulan. Aku rasa aku ada up entry pasal Mattel sales ni. Masa tu memang gila la.Orang semua macam hilang akal. Pintu baru bukak sikit, semua serbu and lari macam amazing race. Sampai entrance semua pakat ambik kotak.Kaut je ape yang ada. Sekelip mata takde apa yang tinggal.

Aku rasa masa tu kiteorang spend RM1k je kut untuk toys. Lepas dari tu mana ada beli toys lagi. Main la sampai rosak. Tapi macam yang semua orang tahu, Fisher price brand mana senang rosak. So sampai sekarang ada lagi toys tu dekat rumah.

Tahun-tahun selepas tu aku pergi jugak Mattel warehouse sale. Tapi hampanye. Semua barang tak best. Barang Fisher Price tak banyak, Barbie tak banyak. So memang takde beli apa sangat la. Kalau barang FP ni banyak, dah lama borong sebab tahu kualitinya kan.

So aku tempek la semula gambar Syafiq masa 10 bulan. Dapat hadiah dari santa claus aka babah and ibu. Lepas beli mainan ni kiteorang puasa sebulan. Hehehe.