Showing posts with label Cabaran. Show all posts
Showing posts with label Cabaran. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

Your current relationship, if single discuss how single life is.


MARRIED.


p/s: malas nak tulis banyak.


Thursday, April 28, 2011

Day 11 – A picture of your favorite memory

A picture of your favorite memory


Banyak sebenarnya. Tajuk suruh letak satu, tapi aku letak DUA. Salah satu dari banyak fav memory yang aku ada.

Matrik IPDA-UUM 1998/1999

Kenapa aku pilih gambar masa matrik. Banyak kenangan weiii!!!

- Masa aku matrik tengah popular MIRC. Masa tu tengah gila chatting la. Nak tau nickname aku bila chatting. L[a]DieS. Hahahaha. Sampaikan boleh keluar pagi-pagi buta sebab nak book tempat. Almaklum la. CC yang ada berapa kerat je kat IPDA. Nak kena berebut dengan cikgu-cikgu lagi. Budak-budak matrik lagi.

- Tinggal 1 rumah ngan kawan-kawan matrik. 1 rumah 10 orang. So korang tau la macam-macam perangai yang ada. Tapi yang aku paling suka, budak-budak rumah aku semua 1 kepala. So kalau nak buat kerja-kerja yang tak manfaat ni..memang 1 rumah buat.

- Masa ni kalau keluar pergi bandar naik bas/kereta. Selalunya bas la. Tapi ko bayangkan la, kalau beli barang dapur. 10 orang punya mulut, 2 troley pun tak cukup. Selalu kalau pergi beli orang mesti tau ni mesti budak-budak UUM or matrik sebab dok membeli-belah bahan makanan macam la nak kena catu/habis makan tu. Semua dia nak borong.

- Ponteng. Jangan tak tahu. Aku masa matrik pun ada gak ponteng. Ponteng kursus haji. Kiteorang kuar dr IPDA & check-in kat Hotel Sentosa. Pastu pergi blind date. Aku nak jumpe budak yang chat ngan aku. Nasib la dia tak lari jumpa aku. Kalau tak, maluuuuu!!!!.

Malam ape ntah..ni la baju unuk tarian Agogo. Tak kena kan. Ade aku kesah!!!

- Masa dah nak abis matrik, ada malam ape tah. Semua kena buat persembahan. Kelas aku buat tarian Agogo. Belasah je la labu. Aku bukan tau menari. Tapi disebabkan semua perempuan, so tak kisah la macam mana rupanya. Asal menari, sudahhhh!!.

- Beli T-shirt. Asal ada orang jual t-shirt matrik-uum, aku beli. Ntah kenapa aku mesti akan beli kalau orang jual kat aku. Last-last melambak t-shirt matrik-uum. Disebabkan dah banyak, aku buat t-shirt tu jadi baju jalan. Ape lagi, bangga la orang tau aku ni student matrik. Ntah hape-hape.

-Budak-budak matriks IPDA-UUM kena stay kat maktab dari pagi sampai petang. Tapi disebabkan sangap kan, kan kelas dah habis, tapi dipaksa gak dok kat maktab, maka kami beramai-ramai lari ke arah van kontot & suruh bawak balik rumah. Sampai pintu pagar nampak pengetua dengan rotan. Ape lagi, bebel la. Tahan je la telinga.

Tu je la. Sebenarnye banyak lagi. Kang kalau aku rajin aku cerita la dari sekolah sampai masuk UUM. Walaupun takde la best sangat & aku pun tak pasti korang nak baca ke tidak. Tapi takpe la, kut anak cucu aku nak baca satu hari nanti kan. Kang kalau cucu aku tanya, aku buleh jawab gini "cu pegi la baca kat blog nek". Kelassss mak nyah!!!!. Hahaha.



Jalan-Jalan Buang Masa

Cerita zaman bila ni. Bulan lepas rasanye.
Punya la lama aku tak update. Malas betul nak update.
Okey. Aku rasa masa ni aku & laki aku bawak papik pigi Time Square.
Sebabnye kesian dekat dia. Dah berapa weekend dia kena dok rumah.
Laki aku sibuk kerja. So bila dia cuti we all pun zass ke sini.

Tujuannye satu. Kasi dia main dekat park sini.
So hari ni memang hari untuk dia. Kasi dia main sampai puas.
Sampai sini dalam kul 10. Balik pukul 3.
Lama tak. Hahahahah..


Park yang tak berapa best.
Mainan untuk budak-budak sikit sangat.
Untuk dewasa banyak la jugak.
Bila masuk sini agak boring jugak.
Asyik layan ketapi,bas terbang & lain-lain.

Dalam ketapi..sakit buntutku naik ketapi ni..



Layan gambo je la ek. Malas nak taip.
Perasan tak benjol kat kepala papik.
Budak ni terantuk meja.
Nasib tak beso mana benjolnye.

Ok. Abis dah.
Macam hampes entry aku.
Lantak. Asalkan ado.


Wednesday, April 27, 2011

Day 9 – A photo of the item you last purchased.


Mood membaca sudah datang..so weekend lepas pigi terjah Book Fair.
Rembat la seketul dua novel. Ikutkan nak beli buku apit.
Ramainye umat. Tak sanggup nak berlama-lama kat sana.
So ini je la yang sempat dibeli.


Tuesday, March 29, 2011

Day 8 – Your dream wedding.

Your Dream Wedding


Aku simple orangnye.
Ko taknak sanding pun takpe.
Sebab aku rimas orang dok pandang aku
.
Aku rimas nak make-up bagai.
Aku rimas kena pakai baju songket or lace
.
Bagi aku buat wajib je dah okey
.
Akad nikah.
Buat la kat mana pun
.
Masjid or rumah asalkan semuanye selesai & sah
.

Tapi biasa la orang tua
.
Nak anak dia kawin
.
Biar tak gah mana pun asalkan majlis tu lengkap
.
Ada Nikah, ada sanding, mkn beradap & potong kek
.
Baju songket lace takmau.

Nampak tradisional sikit
.
Tapi mak aku bab baju dia tak kisah.
Aku yang cerewet ntah hape-hape.

Serius masa aku kawin mak aku setel semua
.
Aku bizi kerjaaaa
.
Yang aku tau lagi 2-3 nak kawin baru balik
.
Dari barang hantaran sampai hias bilik.
Semua mak aku buat.
Aku cuma tukang kuar duit
.
Beli barang hantaran.

Aku balik semua dah siap

Tinggal makanan jer
.
Bab pilih baju aku paling tak suka.
Pegi banyak kedai.
Tapi biasa la aku
.
Macam-macam.
Semua tak kena
.
Last2 mak aku jalan sorang cari baju.
Mana dia berkenan baru dia kabo aku.
Dah tahu yang mana baru aku pegi cuba.

So kalau tanya aku "My dream Wedding"
.
Ringkas,Padat,Kemas.
Itu saja dari saya
.
Aku dah kawin
.
Malas nak pikir pasal entry ni.
Tu yang ngarut sikit
.

p/s: tak best entry takde gambo!!!!!.


Monday, March 28, 2011

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

A photo of an animal you’d love to keep as a pet

Aku memang tak suka binatang.
Baik kucing ke.
Kura-kura ke.
Aku geli okey.

Lagi satu aku malas nak jaga makan minum dorang.
Taik kencing dorang.
Kang kalau tak jaga mau rumah aku bau zoo.
So rumah aku memang takde binatang belaan.

Tapi kalau diminta letakkan satu gambar pet yang aku nak bela.
aku letak ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Saturday, March 19, 2011

Day 6 - A song to match your mood.




Lagu ni kut
Masa entry ni tulis
Hati tengah gersangberbunga-bunga rindu pada hubby
Lagu ni sesuai la kut

Rasanya banyak je lagu yang mengambarkan perasaan aku sekarang
Tapi disebabkan kemalasan tahap dewa
So aku bagi satu je la
Itu pun kira ok la kan
Dari xdak langsung

Westlife yang tak tahan tu
Macam la ko tu muda remaja
Sila la sedar diri sikit
Ko tu sudah KERTU Ohkehhhh!!!
Huhuhu..




Friday, March 18, 2011

Day 5 - What makes you different from everyone else?

What makes you different from everyone else?



Serius aku tak tau nak tulis apa
Apa yang buat aku Unik & lain dari orang lain
Kang kalau aku tulis korang kate aku puji diri sendiri
"sendiri duduk dalam bakul sendiri angkat"
Aku rasa aku serahkan tugasan ni kat kawan-kawan aku
Sila la listkan apa Unik nye Perempuan bernama ERNA ini

Chow bebeh!!!



Thursday, March 17, 2011

Day 4 - A habit that you wish you didn’t have

A habit that you wish you didn’t have

Disebabkan "A Habit"
So satu je la aku letak
Sebenarnya banyak gak la habit baik & tak baik ni
Tapi selalunya habit ni menda-menda yang tak baik kan

Ok..habit aku adalah
SUKA TANGGUH KERJA
Okey..yang ni memang tak boleh diubah ok
Kalau kat ofis..kalau rasa menda ni boleh buat esok..aku buat esok
Sebabnye aku malas nak buat
Malas nak pikir
Malas serba serbi la

Tapi bila tiba masa esoknya
Baru tau langit tinggi rendah
Masa tu la ada kerja urgent2 sangat
So kena siapkan yang tu dulu
So kerja yang ditangguhkan semalam apa jadi
Tangguh la ke lain waktunya
Hahahaha
Jangan ikut perangai aku yer
Aku memang malas punya orang
Tapi bila time rajin semua kerja licin aku buat
Sampai ngantuk-ngantuk aku dok ofis
Sebab kerja takdak

Okey adik-adik
Dengar pesanan makcik kakak
Jangan tangguh-tangguh kerja
\Kalau boleh habis kan
Sila la habis kan
Jangan makan gaji celik buta
Jangan dok goyang muntut je kat ofis yer
Okey itu saja pesanan ahkak!!!
Chowwww



Monday, February 28, 2011

Day 3 - A picture of you and your friends

A picture of you and your friends

Aku ngan Nani - Matriks UUM 1998/1999

Ape pasal aku ambik gambo tepi pintu ni
Ape pasal sorang pakai jubah sorang pakai Tshirt & Jeans

Sesungguhnye aku suda lupa

Rindu sama kamu Nani Fadhlina



2nd or Final year UUM
Dari kiri cepat jalan : Laila, Fiza, Norid, Sue & me Mesti korang tertanya nape pakai baju biru semuanye..sebabnye ada presentation hari tu..so depa decide nak pakai baju tema biru..depa saja je nak kena kan aku..aku x dak baju kurung warna BIRU..korang tau baju sapa aku pinjam hari tu..tu dia..baju SUE.. Ape pasal aku senget ek???


Saturday, February 26, 2011

Day 2: The meaning behind your Blog name

The meaning behind your Blog name

"My Memories" nama blog aku..dah blog aku..sudah semestinya semua yang ada dlm blog adalah hasil dari memori aku yang tak seberapa ni..

Aku cuma rasa My memories sesuai ngan aku sebab cerita dalam blog ni sebenarnya berkisarkan pada kehidupan aku & orang2 sekitarnye..kalau tak pasal aku pasal si Syafiq ngan Sarah..kalau tak pasal depa berdua pasal laki aku..kalau tak jugekk..pasal orang2 sekeliling aku ler..itu sebab aku letak My Memories..supaya aku ingat semua menda yang terjadi selama 3 tahun aku buat blog ni..almaklum la udeh tua..banyak menda udeh lupa..

Aku ni menjawab tajuk ke..ntah la labuuu..bantai saja la..asalkan adooo!!



Friday, February 25, 2011

Day 1 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself




1. Boros

Aku ni boros tahap gaban la..ko letak la berapa juta pun depan mata aku..gerenti licin duit tu aku kerjakan..aku memang tak boleh ada duit..kang gatai la tangan aku nak pegi beli ape2..disebabkan itu lah..aku pergi kerja dalam beg aku ado RM50 henggit sajo..kalau habis duit tu..pandai2 la nak hidup kan..kalau nampak aku tak p makan tengahari tu..paham2 je la..duit dah licin..

2. Shopping

Disebabkan ada sifat boros..maka perlu la ada pasangannye kan..kalau dah boros..mesti ada shopping..aku memang hantu shopping..kalau masa zaman tak kawin lagi..aku boleh round mall dari pagi sampai la mall tu nak tutup..kiranye selagi duit yang kat beg aku tak kering..aku tak balik la..

3. Pemarah/kepala angin

Aku memang cepat naik angin..selalu kena anak buah aku la..sampaikan dorang boleh cakap "mak ngah garang"..ko nampak tu..budak2 tak tipu kan..aku menda kecik2 kadang2 aku angin..menda besar2 apetah lagi kan..tapi percaya tak korang..aku ngan laki aku jarang gaduh..sebabnye aku malas nak melalui proses pujuk memujuk..so kalau tak puas hati aku ckp terus & menda tu habis gitu jer...

4. Takut Binatang

Ce kabo binatang ape aku tak takut..semua jenis binatang aku takut kecuali hak kecik2 la..yang paling aku geli ialah LIPAS..cik lipas ni ada sebatu jauh dari aku..aku dh melompat dok jauh..lagi2 yang boleh terbang..memang tak senang duduk la aku kalau ada lipas..aku akan senang hati bila tgk lipas2 ni menggelupur nak mati..masa ni baru aku boleh senang duduk..

5. Pendiam

Yer..aku memang pendiam..sangat pendiam sebenarnya..aku lebih suka dengar n menyampuk sekali sekala..hehehe..

6. Suka TV

Aku memang "hantu" TV..aku boleh ngadap TV 24 jam..hehehe..semua cerita aku belasah..tapi yang paling aku suka tengok cerita cina..yang paling busan sah2 la mak bapak aku kan..asal dorang balik rumah tgk aku terbongkang depan TV tgk cerita cina..pernah masa sekolah2 dulu..ayah aku tak bagi tgk TV..alah..biasa la suruh studi..kang tak studi bodoh plak kang..tapi disebabkan aku ni hantu TV..maka dengan kuasa veto kat tangan aku..aku tgk gak TV..pastu ayah aku balik kerja dia pun rasa la TV tu..panas ke idak..kalau panas ada la tu orang yang tgk TV..tp aku takdelah kena belasah sbb tgk tv..aku kena BEBEL la..nak cair taik telinga dengar ..heheh..

7. Lelaki Ensem

Sapa tak suka angkat tangan..ce kabo kat aku..ada yang tak suka lelaki ensem..wahh..aku ni memang suka skodeng tengok lelaki ensem..tapi takat tengok la..usha2 tak penah lagi..aku baik ape.."tengok boleh..pegang jangan sekali" hahahaha..

8. Berangan/Jiwang

Korang penah tak baca novel & korang imagine hero tu mcm mana..rupa dia, rambut dia, bibir dia..aku YES..memang aku imagine gitu..sampaikan satu tahap aku jadi lupa kat mana aku penah tengok laki itu..ropa2nye dlm novel..smp gitu skali aku berangan/menjiwai watak..off course la HERO tu ensem & badan ketak kan..aku jiwang karat gak kadang2..baca novel..leleh..baca lagi..leleh..macam kena kat aku je..sedangkan cerita ajer..

9. Malas

Ya robbi..aku memang malas gosok baju..kalau la ada mesin gosok baju..aku rasa aku orang pertama yang beli..so sekarang tugas gosok menggosok di beri pada maid..kang dia dah balik..kena la aku pikul setereka balik..aku juga malas makeup..aku memang sempoi so bila nak makeup nak kena dok cermin lama2..tu yg aku malas..kuikuikui...

10. Baca

Aku sungguhhhh suka baca bahan2 yang free seperti di MP* ke..dok la dalam tu berejam pun takpa..jimat duit aku..takyah beli2 lagi kan..bahan yang suka di baca semestinya novel..keduanye majalah hiasan rumah ni..dan yang selebihnya majalah hiburan..bak kate adik ipar aku.."kak erna semua artis dia tau"..iye la tu..aku bab baca gosip memang aku suka..

11. Kasut

Kasut penting hape..aku memang suka beli kasut..dulu wei..dulu masa belum kawen..asal g mall ada yang angkut kasut bawak balik..tak dpt yg mahal..yang murah aku angkut..pas kawin insaf dah..dulu masa baru pindah..kasut laki aku satu baris je..aku hambek ko..4 aku konker..last2 kasut sama gak ko lunyaikan..kasut2 lain simpan buat tatapan umum..

12. Merah

Rasanye tak semua tau aku suka warna merah..tapi aku xde la taksub sangat ngan merah..ada gak warna lain aku suka..tapi yang paling utama sekali MERAH..pembelian terbaru yang berwarna merah..SELIPAR JEPUN CAP BATA warna MERAH..

13. Makan

Ni memang aku laki bini suka..asal dengar ada kedai sedap..zassss..kteorang pun sampai kat sana..rasanye bab2 makan ni semua orang suka & tak tolak kan..

14. Penakut

Bukan aku sorang ye..laki aku pun sama..kalau tengok cerita hantu..kalau tak tangan aku kat mata dia..tangan dia kat mata aku..tak pun memang kteorang tak tengok..aku rasa aku boleh lagi tengok cerita antu cina..tapi bab2 antu malaya ni..ngeri beb..ko bayangkan la cerita Jangan Pandang Belakang..aku tak penah tgk full..mesti separuh2..kalau kuar iklan TV cerita hantu..dan2 tu aku tuko channel lain..

15. Berat Badan

Aku taksub betul ngan berat badan aku..lepas bersalin kan si Sarah..masih ada part2 yang berlebihan..nak didermakan..xde orang nak..aku target aku dapat badan & berat sblm kawin..ada branii!!



Thursday, February 24, 2011

Cabaran

Aku rasa mesti semua perasan mcm ko glamer sangat aku dah jarang update blog..bukan xde cerita..tapi ketandusan idea & skill membuat ayat telah tumpul uolsss..aduiii..
selama blog tak berupdate ni..aku pi menempek kat blog orang..skodeng ape yang dorang buat hari-hari..hehehe..

Sekali ko.."ter" terjah ke blog si fatin ..ada plak "cabaran 30 hari menulis Entry"..maksudnya ada la topik ko nak update blog..xdo la ko nak gebang ntah hape2 dlm blog ko kan..so cabarannye..mampukah anda menulis blog selama 30 hari berturut2 mengikut topik/tajuk yang diberi..ewahhhh...

Aku mau sahut cabaran ini..ianya akan bermula esok.. Apekah topik/tajuk nye..jeng..jeng..jeng..


Day 1- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 2- The meaning behind your Blog name
Day 3- A picture of you and your friends
Day 4- A habit that you wish you didn’t have

Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


Adakah aku berjaya mengeluarkan entry setiap hari
Cakap besar sekarang tak main la
Kita tunggu dan lihat sajerrr
Kalau berjaya adakah hadiah untuk diri sendiri
Laling Ipad satu