Showing posts with label Restaurant. Show all posts
Showing posts with label Restaurant. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Glory 78 Steamboat and Snack Corner-Cameron Highland

Dah berapa kali pergi CH, tapi tak pernah rasa nak makan steamboat. Tapi trip kali ni tekak ni terasa-rasa nak makan, so dari awal lagi aku dah request 1st night nak makan steamboat. Gigih la google mana yang sedap. Result dari google cakap Glory 78 Steamboat ni sedap and halal. Location dia sebelah kanan kalau ko dari tanah rata nak ke Brinchang. Restoran ni terletak bersebelahan dengan Hotel De' La Fern.

Aku sampai awal jugak la sebab banyak orang kate selalu penuh. Sampai-sampai tak ramai sangat orang. Kami pilih la meja kecik sikit and dekat dengan luar. Ada la dua tiga kali panggil pekerja untuk order, sorang pun tak layan. Bengang jugak. Hubby suruh pindah tempat dok depan and meja utk 10 orang. Waiter tu datang and cakap kami tak boleh duduk kat situ sebab tempat tu untuk 10 orang. Hubby ku pun bagi ayat pedas sedas dua. Senyap terus budak tu and ambik order.

For me, makanan dia sedap, tapi sebab pekerja yang tah hape-hape membuatkan mood makan kami kelaut sikit. Apa-apa pun, walaupun mood kelaut, makanan tetap habis. Dasar kuat makan kan. Sesapa rasa nak makan steamboat, pergi sini sebab sedapppp uuuu...Rasanya aku ambik untuk 2 orang makan. Satu kepala RM24. Banyak portion dia sesuai untuk 2 orang makan. Sos sedap. Sup aku ambik sup ayam, so so je laa. Bahan-bahan dia bagi pun fresh. Bila tengok gambo ni macam nak pergi makan lagi je.

 






Thursday, September 11, 2014

Sri Bangi Horizon Garden Restaurant

Blog aku ni blog untuk #terowbek aje. Dasar pemalas nak update. Ini pun cerita kurun ke berapa aku pun dah tak ingat. Ada jamuan sempena sorang staff transfer ke deparment lain. So bos suruh pilih dua tiga restoran untuk buat makan-makan. Beria la kiteorang semua dok buat list mana nak makan. Last sekali bos pilih hok ni jugak. Dasar kedekut penjimat punya bos. Alasannya dekat dengan ofis. Takde la alasan kiteorang mengular ke tempat lain.

Makanan dia boleh la untuk tekak aku. Kalau aku nak pergi sendiri idok la kut. Rasanya banyak lagi restauran Thai yang lagi sedap dari Horizon ni. Selalu kalau buat makan-makan sini, dorang siap-siap ambik yang set. Dalam set ni dah ada tomyam, ikan, sayur, ayam and buah. Just tambah lauk-lauk lain and air sahaja. layankan gambar je la ek.











Sesapa yang berhajat nak makan di sini, ku sertakan alamat. Sila la terjah kalau rasa nak makan.

No 13A & 15A
Jalan 8/35, Seri Bangi
Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor










Wednesday, September 3, 2014

Koh Samui Seafood

Ni cerita bulan puasa. Masa ni budak-budak semua tido rumah. Mak pak boleh la berdating makan sahur. Punya la pemalas nak masak. Restauran ni dah lama nak pergi, tapi tu lah..asal nak pergi ada hal lain. Kalau ikutkan banyak je restauran kat bangi ni aku tak pernah masuk lagi. Sampai ada yang dah tutup pun.

Pergi restaurant ni dalam pukul 12 malam rasanya. Orang ramai lagi and aku tengok masing-masing makan macam baru nak berbuka. Lauk banyak and nasik banyak. OMG. Bior betul diorang ni. Pukul 12 malam ko, bukan 8 malam. Disebabkan nak try test, kita makan goreng-goreng sudah. Laki ku makan nasik goreng kerabu kut, aku makan nasik goreng paprik. Ok la cuma berminyak skit nasik dia. Apa-apa pun licin jugak.

Sesapa nak makan boleh terjah ke seksyen 7, dari tepi jalan dah nampak dah. Selamat menjamu selera uolsss.







Thursday, April 3, 2014

Kerja Gila

Sebelum nak cerita pasal kerja gila, nak cerita pasal makan dulu. Satu hari hubby ajak pergi makan nasik lemak Neelofa. Dalam otak aku dah berkata-kata, bila pulak Neelofa jual nasik lomak. Rupanya si Neelofa ni share partner dekat restoran Village Park. Aku ingatkan aku dah awal, rupa-rupanya depa lagi awal. Pukul 8 lebih penuh orang luar dalam. Nak mencari tempat kosong pun susah. Nak ambik gambo pun susah sebab berlaga bontut. Sudahnya makan je laaa. Aku bedal nasik lemak and ayam goreng. Ayam goreng dia marvelesssss. Sedap. Aku tengok ayam dia kejap je abis. Baru letak, abisssss. 

Sesiapa nak pergi tu sila laaa. Ikut tekak aku sedap la. Ikut tekak korang idok la aku tauuu. Sapa nak pergi aku letak alamat. Pandai-pandai la cari sendiri.

Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama,, 47400 Petaling Jaya, Selangor
03-7710 7860

Nasik lemak Neelofa yang famos amosss..kate orang..buka aku kateee...
Ok. Cerita kedua. Awal tahun hari tu ku buat kerja gila. Ku beli handbag tiga dalam masa sebulan. Pasni ku rebus bag-bag tu ku makan. Huwaaaaa. Duitku sudah abiss.

Bag pertama LV. Ada cerita bag ni. Husband nak belanja bag baru. Harus ku mintak yang paling mahaiii. Mintak maap la bang.. bukan selalu u belanja i bag. Ikutkan hubby tak suka LV sebab ala-ala makcik sikit. Tapi ku pujuk and cakap ada 1 bag LV tak macam makcik-makcik. So aku pilih bag di bawah.


 

Bag kedua ni aku beli sendiri. Bag basahan orang kate. Tak pernah-pernah dalam hidop aku beli bag mahal-mahal ni. Aku pilih bag ni sebab leather and tahan kuttt. Aku rasa laaa. Sesuka hati beli tapi tak tau ape-ape.Nama bag Longchamp Veau Foulonné. 



Bag ketiga MK. Gambo takdok. Nama bag Michael Kors Medium Bedford Tassle Convertible Shoulder bag. Aku beli bag ni sebab bleh sling and sangkut kat bahu. Kalau nak tau rupa bentuknya sila la google sendiri.

Kalau ikutkan banyak je lagi bag aku nak beli, tapi sabooooo. Jangan membazir. Pakai je apa ada. Bukan ko nak makan pun bag-bag tuuu.

Entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk. Cuma nak berkongsi rasa saja. Peaceeeee


Tuesday, November 19, 2013

Padi House @ Putrajaya

Last Saturday ada Little Ihtifal Genius Aulad di Putrajaya. Malam sebelum tu aku ada Annual Dinner. Balik rumah dah pukul 1 pagi. Pukul 2 lebih baru tido. Esok pagi-pagi dah terpacak dekat sini sebab nak tengok si Syafiq buat persembahan. Dia tak graduate lagi. Ada lagi setahun dia nak bertapa dekat GA ni.

Gambar Little Ihtifal tu dekat entry lain ek. Sekarang aku nak cerita pasak Padi House. Dah lepas habis event, semua kepenatan dan kelaporan, so kita decide makan dekat sini ajer. Aku first time masuk Padi House. Yang aku tau dia banyak branch. Salah satu dekat Putrajaya. Tempat ni aman damai nak makan. Very cozy gitu. Ko nak makan pun tenteram je. Disebabkan nak test, kita order sikit-sikit je dulu. Almaklumla, kalau tak sedap takdo la nak ralat sangat. Price pun tak mahal tak murah. Sederhana gitu. Lupa nak snap gambo harga makanan. 

Padi house ni aku bagi 4.5/5.0 star gitu. Makanan sedap. Air sedap. Kek sedap. Ayam goreng pun sodap. Tapi sayang, hari tu nak order pavlova and kek ape ntah lagi satu. Pavlova abis and lagi satu tu tak jual satu slice. Kena beli satu kek. Sebelum nak beli satu kek kena rasa dulu kan. Last-last order cheese kek sajo. Favorite si Syafiq ni. Gambo kek pun takdo. Semua macam phirana makan.

Ok. layan je la gambo yang ada. gambo tuan tanah takdo. Tuan tanah tengah proses mengemukkan kuruskan diri sendiri.
 
 
 
 
 
 
  
Location :

Padi House,  
Galeria PjH, Jalan P4W, 
Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100 Putrajaya.

Padi House
No. 29, Jalan Radin Bagus 3
Bandar Seri Petaling
57000 Kuala Lumpu

18 Jalan P Ramlee, 
50250 Kuala Lumpur, 
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

 

Monday, September 23, 2013

Picknik Comfort Food Cafe

Happy Birthday Mr. S. Birthday yang ke 34 tahun. This year tuan punya badan yang plan nak makan dekat mana. Wife cuma sediakan duit saje. Mula-mula nak pergi lunch aje sebab selalu kalau celebrate ape-ape mesti makan malam, tapi dah setengah hari dekat Matta Fair, so badan pun dah penat. Tukar plan, kita dinner saja.

 

First time aku jejak kaki ke Publika. Kedai picknik ni kalau dari luar dah nampak. Aku pergi malam, mengagau jugak la mencari kedai ni. Dah la tak pernah pergi kan. So parking saje dekat dalam Publika. Tak jauh mana pun.Meredah la mencari restoran ni.

For me restoran ni ok la. Foods ok, portion pun tak besar mana. Rasanya sesuai untuk seorang makan. Masa nak order aku and hubby takut gak portion besor, kang tak abih pulak. Bila dapat alih-alih dok cakap sesama sendiri cukup ke idok. Memandangkan masa tu aku tengah tak sihat, jadinye aku takda la nak makan mana kan. Just cuit-cuit gitu je la.
 
Menu

Air hubby order..nampak kat tepi-tepi gelas..itu ialah gula dan air ni masyammm sangat

Nachos..dap dap nye..

Sup yang syafiq cakap macam maggi..

Dessert

Lamb cutlet kut namanye..hidang ngan sayur..ce tgk bawah daging tu..cononet je..

Carbonara yang super sedappp..Syafiq makan banyak..aku makan saki baki je..

Pavlova yang manis sangat






Teka sapa ni. Masa mula-mula sampai aku tengok mamat ni. Hensem. Pantas masak kat dapur. Macam ku pernah tengok tapi di mana ya. Tanya la Mr S. Katenye peserta Master Chef session 1 kut. Disebabkan aku tak tengok master chef, so abaikan je la. Yang aku pentingkan makanan sedap and idok la mahai mana. Sesapa nak pergi silakan. Aku rasa hari minggu penuh kut, so better buat reservation.


Alamat:

Location: PickNik, UG1-05, Block A4, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. (facing main road/above Papa Rich)
Tel: 03-6411-6499

Abis doh cerite pasal makan. Nanti kita cerite pasal bibik plak.


Thursday, March 21, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe


Cerita lama jugak. Rasanya dalam 2 ke 3 minggu lepas. En. Hubby ajak makan dekat restoran ibu kepada seorang pelakon. Pelakon yang orang cakap ala-ala Angelina Jolie Malaysia. Nama dia pun dah macam sama bunyinye. Betul ke tak, idok le teman tau.

Sebelum tu kiteorang dah penah pergi, tapi tutup. So hari sabtu hari tu gigih la kesana. Alasannya nak merasa sedap ke tak. Banyak orang kate sedap. Restoran ni ala-ala dalam hutan. Dah namanya garden cafe kan, pokok pun merata-rata tempat.


Mula-mula ada rasa nak makan western. Lepas nampak masakan melayu rasa nak makan pulak kan. Jangan tamak haloba, kita cuba satu-satu dulu. So order la nasik 2 pinggan, masak lemak daging salai, sup tulang, kangkung belachan dan juga sambal belacan.


Nasib la tak mintak nasik separuh, sebabnya nasik dia sikit benor. Rasanya dia pakai magkuk sup kecik kut sukat nasik. Korang tengok bawah ni, macam-macam ado. Pilih je la. Suasana kat sini tenang je la kan. Sebabnya banyak pokok and rasa sejuk je la. Dalam sejuk-sejuk pun berpeluh jugak la sebab nama lunch hour, matahari tegak atas kepala kan.


Overall aku bagi 3 star je sebab gulai masak lemak dia tak pedas. Masa nak rasa aku ckp dalam hati mintak-mintakla pedas sebab bila makan baru ada kickkan. Sekali ceduk and rasa, alaihai. Boleh la bagi budak-budak makan. Dah nama tak pedas kan. Sup dia ok. Banyak jugak la. Hehehe. Yang lain-lain ok la. Lagi satu tak best air. Air dorang buat memang tak sedap. Maybe aku tak pandai pilih kut. Rasanya air buah pun takde dekat sini. Desert dia pun tak banyak choice. Yang ado tapai pulut or tapai pulit with aiskrim.


 Agak-agak sesapa nak pergi boleh tengok alamat.


Selingan gambar budak jakun. Nak bergambar dekat kolam.

Thursday, August 30, 2012

Sushi Time

 Puasa hari tu tekak rasa nak makan Japanese food.
Sebab malas nak redah KL or tempat lain, so aku google ape yang ada dekat Bangi.
Jumpa la Miyagi Restoran ni.
Dah lama nampak tapi macam was-was, takut tak halal.

Bila baca review semua kata halal and sedap,
Kita pun sergah la sini.
Sebelum pergi masak dulu untuk anak-anak & maid aku.
Aku pergi 2 org je..sambil makan boleh dating.



Ni aku punya..licin aku macam

Ni hubbyku punya..licin jugak




Kesimpulannya makanan memang sedap.
Suasana menarik.
Sambil makan sambil dengar lagu Jepun.
Layanan pantas.
Yang paling penting Halal.

Sapa nak pergi silakan.
Alamat & no telefon ada kat bawah.
Restoran ni dekat dengan Hospital An-nur.

Miyagi Restoran
No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
03-8927-4246


Gambar bawah ni masa buka pose umah mak aku.
Menu nasik arab buatan adik & suaminya.
Sedap sampai menjilat jari.
Masa ni bersesak2 kat dapur.

Jemput makan semua..