Selamat hari lahir hubby. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik and semoga kita sekeluarga happy selalu. Aminnnnnn. Setiap kali aku tanya nak apa, sure dia takkan cakap. Alasannya taknak susahkan isteri manja dia ni. Alhamdulillah. Jimattt duit den. So aku just tanya nak makan apo. Katenya nak makan makanan yang harganya RM400. Pengsan. Aku kate pegi Victoria Station sudah. Makanan pun sedap jugak.
Sebelum nak ke VS, adik aku ajak ukur tanah dekat KLIA2. Tawaf la kami dari pukul 3 sampai pukul 5. Besor jugak and ada kemungkinan akan sesat. Kalau orang buta tuli macam aku laaa. Ada yang main redah je.
Dah sudah tawaf sana, mari la kita mengisi perut. Sampai VS dah 6 lebih. Kena makan cepat-cepat la kang maghrib, payah pulak. Masa sampai tu ada la 2 3 table je yang ada orang. Yeahhhh. Tak ramai orang. Selalu kalau makan sini mesti tak sure nak order apo. Sebab macam nak makan semua. Tapi memikirkan kang kenyang melampau, kita order biasa-biasa sudah. Sebelum makan mari la kita bergambar dulu.
Ibu and Sarah
Babah and Syafiq
Cream of Wild Mushroom
Roti and Butter |
Budak ni nak makan jagung and sup je
VE Escargots
Apa nama ntah, tak ingat. Sengkak perut makan. Nampak sikit tapi kenyanggg..
T-Bone. Yang ni lagi beso dari yang atas tu. Nak menghabiskan pun seksa jugak.
Jagung 2 ketul untuk 2 budak kecik tu.
So far aku suka VS. Tak tau la tekak orang lain. Kiteorang sambut besday ke, anniversary ke sure mai sini. Tapi rasanya besday aku, aku nak request makan tempat lain laa. Sure ada banyak lagi tempat yang best kan. Sesapa ada idea boleh bagitau aku. Senang awal-awal aku bagitau kat hubby mana aku nak makan December nanti.
Balik dari VS singgah beli kek. Almaklum laa kanak-kanak ribena nak nyanyi lagu untuk babah. Nasib aku ada anak 2 orang. Kalau 10 mau 10 kali kena nyala lilin. Sorang-sorang nak tiup lilin.
Ok, habis dah cerita hari ni. Selamat bekerja di hari Isnin. Aku malassssss.
No comments:
Post a Comment