Friday, August 8, 2014

TUDM and Chocolate Muzium

Ini pun cerita bulan June. Mari kita belasah je. Weekend semua lemau. Tak tahu nak buat ape. Masing-masing dah boring duduk rumah. Mari la kita bawak budak-budak pergi Muzium. Nak bawak pergi Muzium Negara mek serammm. Sarah ni kadang-kadang boleh nampak macam-macam. So, kita bawak la pergi muzium Kapal Terbang and cokelat sudahh. Budak-budak kalau jalan ok je. Laju je masing-masing bersiap.

Ramainyee anak-anak ku. Untuk pengetahuan semua macam la orang nak tau anak aku ada dua je. Yang dua lagi anak buah aku.

Mula-mula pergi Muzium TUDM dulu. Aku bagi detail la skit ek. Masa mula-mula sampai dok tertanya-tanya betul ke. Macam tempat tinggalll je. Takdok orang jaga pun. Kawasan ok tapinya kalau di perbaiki maybe lebih cantik dan menarik. Aku cadangkan pergi la pagi-pagi. Tak panas and tak lecak ketiak ko. Tak pun bawak la payung.  Alamat dan waktu operasi seperti di bawah.

Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Jalan Lapangan Terbang Lama
50460 Kuala Lumpur
 
Waktu Operasi (Opening Hours) :
Isnin hingga Khamis   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu dan Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang

Bayaran Masuk (Admission) :
Percuma
 
 Bapak ulat and anak-anak ulat












Lepas pergi Muzium TUDM, pergi makan dulu dekat ayam kampung Cheras. Lepas tu teruskan perjalanan ke Chocolate Muzium di Kota Damansara. Muzium ni kecik je. 10 Minit ko round dah habis. Tapi kalau ko bernasib baik, dia akan ada tunjukkan cara buat cokelat semua. Ada la slot2 dia. Masa aku sampai dah terlepas. So round je la dalam tu. Bau cekelatnya, nyum nyum, macam nak makan jer. Dekat sini pun tak ambik banyak gambo. Detail address and waktu melawat kat bawah ye kawan-kawan.

Alamat:
No 2, Jalan Teknology 3/5
Selangor Science Park 1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya

Opening times:
Open daily 10.00am-5.00pm

 

Si bapak suruh budak-budak pegang telinga and t***k lembu. Katenya mengajar apa ada di badan lembu. Hehehe.

2 comments:

Cik Lily Putih said...

muzim TUDM ni dah lama nak pi tapi tak terpegi jugak

Anonymous said...

Pergi pagi-pagi..tak panas sangat..sedap sikit nak bergambo